Simpan Emas Melalui Kaedah GAP

Ramai sebenarnya yang mahu menyimpan emas. Ramai yang mesej saya, kata mereka, punya hasrat untuk menyimpan emas, tapi ada halangan iaitu takut untuk simpan sendiri dan bajet yang ada hanya sekitar RM180-RM200 sebulan. Inilah dua masalah yang menjadi punca atau ‘halangan’ buat mereka yang ingin menyimpan emas. Apakah ada jalan penyelesaiannya?

Alhamdulillah, selepas memerhati masalah yang seringkali timbul di kalangan kita, Public Gold telah melancarkan satu produk dan kaedah pembelian terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang untuk memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. GAP menyelesaikan dua masalah tadi. Jadi, selesai sudah masalah di mana nak simpan, dan juga masalah bajet kecil untuk bermula.
Akaun Emas Tetapi Emas Fizikal

Bak kata mentor emas saya, En. Mohd Zulkifli Shafie: "GAP tu saya nampak lebih kurang Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan serendah 1 gram. Cuma kelebihan GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Kalau KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dengan GAP, kita perlu tinggalkan baki minimum 1 gram (supaya akaun kekal aktif), tetapi KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram".

Kemudahan GAP Public Gold

Di sini, saya senaraikan beberapa poin utama tentang kemudahan dan kelebihan menggunakan kaedah GAP, khas buat penyimpan emas:

#1- Emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
#2- Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tanpa had masa.
#3- Boleh beli seberapa banyak gram emas yang kita mahu. Tiada had.
#4- Tiada yuran simpanan dikenakan.
#5- Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa sahaja.
#6- Tiada sebarang syarat wajib beli dalam jumlah tertentu pada waktu tertentu. Berapa banyak dan bila nak tambah, semuanya terserah pada kita.
#7- Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
#8- Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1 gram, akaun GAP kita dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold akan kenakan caj RM50.
#9- Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun.
#10- Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
*Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “gold premium” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kita akan bayar caj tersebut pada waktu pengeluaran emas sahaja. Selagimana kita tak buat sebarang pengeluaran, caj tidak dikenakan walau sesen.

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank (mengikut pandangan mentor emas saya), KFH paling bagus buat masa ni berbanding dengan bank-bank lain. Sebagai perbandingan dengan GAP pula, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:

#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)

#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)

#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (9%), 5 gram (9%), 10 gram (9%), 20 gram (8%), 50 gram (7.5%), 100 gram (7%), dan 250 gram (6%), 1000 gram (6%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)

#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka semula akaun, kena mulakan semula dengan pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50. (kekurangan KFH)

#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)

#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch akan dikenakan caj “gold premium” yang minimum. (kelebihan KFH)

#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal, sama macam Public Gold. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Public Gold jamin beli emas tu. Kalau sealnya dibuka, Public Gold beli dengan susut nilai  10%. (kekurangan KFH)

#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

# Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
# Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
# Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
# Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM180 – RM200 sebulan.
# Mungkin boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Cara Membeli Emas Dengan GAP

Bagi siapa nak beli mengikut kaedah GAP, ini langkahnya:

#1 – Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold

Masukkan/transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini (24.11.2016) RM181, maka masukkan duit genap-genap RM181. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM362 (RM182 x 2 gram).
Harga GAP tertera di ruangan ini, di laman web rasmi Public Gold
Harga GAP disemak sekali sehari iaitu pada jam 12.00 tengah malam.

Masukkan/transfer duit ke 5571 3923 8048 (Maybank) atau 3167 52 0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.

#2 – Wassap Maklumat Pembelian

Wassap maklumat ke 017-4866 916 (no h/phone PG bahagian GAP). Ikut format yang saya tunjuk ni:

(NEW)
a. Nama penuh
b. No ic
c. No telefon
d. Email
e. Jumlah yang dibank in
f. Tarikh bank in
g. Masa bank in
h. Introducer : PG00067078 Muhammad Sahli bin Arifin

Ikut contoh format ini. Attachkan sekali slip bayaran supaya Public Gold dapat sahkan pembayaran. Pembayaran guna online banking paling baik.

KALAU ANDA TAK PAKAI WHATSAPP, emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Kalau anda nak letak saya sebagai introducer anda, cc kan email tu kepada alamat email saya, qalammukhlis@gmail.com supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu di follow-up dengan Public Gold nanti.

Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Penting letak introducer supaya dealer boleh bantu permudahkan urusan (secara percuma) kalau-kalau ada apa-apa yang perlu follow-up dengan Public Gold.

Kalau nak letak nama saya sebagai introducer, kod saya PG00067078, Muhammad Sahli bin Arifin.

#3 – Semak GAP Statement

Tunggu PG emailkan “username” untuk login website. GAP Statement boleh disemak dalam masa 2 HARI BEKERJA di web www.publicgold.com.my. Kalau tak terima juga email tu lepas semak dalam SPAMBOX, bagitahu saya untuk saya follow up dengan PG.

Lepas belian, Public Gold akan berikan Username. Lepas dapat username, gunakan no. IC 12 digit sebagai Password.

#4 – Pengeluaran Emas Fizikal

Emas tu boleh disimpan dengan Public Gold sampai bila-bila masa tanpa sebarang caj (ianya percuma). Tapi boleh juga keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri.

Untuk keluarkan emas fizikal, datang sahaja ke mana-mana cawangan Public Gold, tunjuk I/C, dan bayar caj premium atas setiap keping emas tu. Boleh pilih sebarang item emas LBMA samada dalam bentuk GOLD BAR atau DINAR, asalkan cukup baki gram yang ada dalam akaun GAP tu. Tapi sebelum datang, pastikan call dahulu office Public Gold untuk mereka simpankan stok/item yang kita nak tu.
 
Produk Public Gold yang berbentuk gold bar
Produk Public Gold yang berbentuk syiling/Dinar Emas
Senarai Harga Gold Premium @ Caj Premium Public Gold. 
Antara item gold bar yang boleh dipilih bila nak buat pengeluaran nanti: gold bar 1 gram (pelbagai design), 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, dan 250 gram. Boleh juga keluarkan dalam bentuk dinar; 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, dan 10 dinar. 1 dinar beratnya 4.25 gram.

Itulah secara ringkas beli emas melalui GAP. Kalau ada sebarang persoalan lanjut, boleh contact saya di talian 0132806625 (wassap). InsyaAllah saya boleh guide.

Sumber rujukan: mohdzulkifli.com

Sahli Arifin,
UIAM Gombak,
15.11.2016 10.04pagi

Artikel telah dikemaskini pada 07.01.2017 03:04PM

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula