Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Di dalam Public Gold, terdapat satu sistem iaitu sistem introducer; di mana setiap customer baru atau new buyer di Public Gold, mestilah mempunyai seorang individu yang diletak namanya di ruangan introducer semasa pendaftaran atau pada pembelian pertama di lakukan.

Persoalannya, penting sangat ke introducer ni? Kalau tak letak sesiapa di ruangan introducer ni tak boleh ke?

Jawapannya: BOLEH.
Sebenarnya, tidak menjadi satu masalah pun pada new buyer atau customer baru untuk buat sebarang belian atau pendaftaran akaun GAP tanpa meletakkan sesiapa pun sebagai introducer mereka. Transaksi tetap berlaku dan emas tetap boleh dibeli tanpa sebarang masalah atau kesulitan. Bahkan, harga tetap sama; tak ada beza walau satu sen pun harga emas yang ingin dibeli walaupun kita tak letak sebarang nama di kolum introducer.

Dah tu, kenapa ada ruangan introducer? Kenapa para dealer selalu sebut introducer itu penting? Dapat apa je?

Kalau nak cerita pasal dapat apa, sebenarnya setiap dealer yang introduce syarikat Public Gold kepada mana-mana customer dan mereka meletakkan nama dan PG code dealer tersebut pada ruangan introducer, maka dealer tersebut akan mendapat komisen atas setiap belian dari customer yang meletakkan nama mereka sebagai introducer mereka. Komisen yang diterima oleh para dealer berbeza mengikut status dealership masing-masing, hanya sekitar 1-2% sahaja.

Tapi, itu bukanlah permasalahannya. Para dealer yang aktif selalu sebut yang introducer ini sangat penting adalah kerana ianya amat, amat penting. Sebab, jika new buyer tersebut tidak mempunyai introducer, mereka ibarat bergantung tidak bertali. Mereka tidak ada pembimbing.

Introducer ini lebih kepada pembimbing. Dealer anda adalah pembimbing anda dalam urusan jual beli emas dengan Public Gold. Dengan adanya dealer, kita mudah membuat rujukan jika berlaku sebarang masalah dan kesulitan ketika berhubung dan berurusan dengan Public Gold.

Jual beli emas ini, bukan sekadar jual beli sahaja. bahkan dalam jual beli itu pun, kita terkadang memerlukan bimbingan. Macam mana cara nak buat belian, macam mana nak jual balik. Apa itu ‘lock harga’ dan macam mana nak buat. Kalau emas kita patah, nak buat macam mana. Jika belian kita tidak di update oleh sistem syarikat, nak buat macam mana. Semua hal ini kita boleh rujuk pada dealer kita masing-masing.

Terkadang, para dealer tidak kisah pun tentang komisen tersebut kerana bagi mereka, yang paling utama adalah membimbing dan menyampaikan maklumat yang betul seputar simpanan emas pada setiap customer dan new buyer yang bertanya pada mereka. Kebanyakan dealer yang saya kenal, mereka suka sangat kongsi maklumat tentang simpanan emas. Mereka mahu masyarakat celik emas. Tujuan utama mereka adalah MEMBIMBING.

Kenapa introducer ini sangat penting?

Ini disebabkan dalam bab simpanan dan pelaburan emas, kita akan ada banyak benda yang nak di tanya. Banyak benda yang terlintas dekat benak fikiran seputar simpanan emas. Dari sudut jual belinya, gadaian, syarikat ar rahnu yang sesuai, bila waktu nak jual dan beli, cara nak tempah peti besi dan sebagainya. Banyak benda yang kita nak tanya, sebab bab emas ni bukannya bab main-main; EMAS kot. Barang berharga dan bernilai tinggi. Tak gitu? (“,)

Kenal pasti siapa dealer kita

Sebelum nak letak mana-mana dealer untuk dijadikan introducer anda, saya nasihatkan agar anda KENAL PASTI dahulu dealer tersebut. Jangan pilih dealer yang tidak aktif kerana ia akan membantutkan sesi mentoring anda. Apabila dealer tak aktif, kita nak dapat feedback dari mereka pun susah, kadang-kadang tak di reply pun mesej kita.

Saya pernah terbaca luahan hati beberapa customer yang di abaikan oleh introducer mereka kerana mereka sudah tidak aktif. Saya kasihan mendengar luahan mereka sebab mereka masih ada yang belum tahu cara nak buat belian, tak tahu nak lock harga, tak tahu apa itu GAP, tak tahu apa itu EPP, tak tahu macam mana cara nak jual balik emas mereka; walhal mereka sudah lama berdaftar dengan Public Gold, dan dah ada PG code masing-masing dah.

Apabila ditanya, kenapa tak rujuk introducer masing-masing? Jawapan mereka sama, ‘diaorang tak balas pun’, ‘diaorang tak jawab pun soalan kami walaupun dah blue tick dekat chat wasap’, ada juga yang dibalas dengan jawapan, ‘maaf ya, saya dah lama tak berurusan dengan PG, saya dah tinggal lama dah’. Paling sedih jika dealer tu jawab, ‘awak cari dealer lain la ya, ramai dekat luar tu, pilih je’.

Jadi, saya nasihatkan, kenal pasti dahulu dealer yang kita nak letak nama mereka sebagai introducer kita. Biar mereka betul-betul aktif, suka membantu dan ramah. Sekarang ni mudah sahaja, tengok facebook mereka dan tengok post mereka. Dekat situ kita dah boleh nilai dealership mereka.

Kadang-kadang, tak semestinya kita perlu kenal rapat baru kita nak jadikan dia sebagai introducer kita. Banyak yang saya jumpa, mula-mula mereka tak kenal sangat pun introducer mereka; mereka hanya kenal di FB dan selepas sesi suai kenal, sekarang ni dah jadi kawan rapat dah. Cukup sekadar kita yakin yang dia boleh jadi rujukan kita di waktu hadapan nanti, terus ambil dia dan jadikan sebagai introducer kita.

Jangan berhenti setakat itu sahaja, kenal lebih dalam dengan dealer tersebut. Follow rapat-rapat sebab kalau dealer tadi dah rapat dengan kita, kalau kita ada masalah sikit pun, dan kita rujuk dia; mesti dia akan layan kita sebaik mungkin sebab dia dah kenal kita. Mungkin setiap masalah yang kita ajukan pada dia, dalam masa beberapa minit sahaja dia akan reply mesej kita, kalau lambat pun, dia akan maklum pada kita.

P/S: PENTING!!! Introducer TIDAK boleh ditukar selepas register. Jadi, kenal pasti betul-betul dealer yang kita nak letak nama dia sebagai introducer kita; yang boleh bantu dan bimbing kita dengan betul dan penuh tanggungjawab.

Kalau anda mahu letak saya sebagai introducer anda, boleh tulis PG code saya: PG00067078, Muhammad Sahli bin Arifin. Save nombor telefon saya ya, 0132806625; mudah nak berhubung nanti. (^_^)
Jika ada sebarang kemusykilan dan masalah serta memerlukan sebarang bantuan dalam proses dan urusan bersama Public Gold, boleh terus contact saya. Saya akan balas mesej anda secepat mungkin, jika mesej tidak berbalas dalam tempoh yang agak lama, ingatkan saya. Terima kasih.

Sahli Arifin
05.06.2017 02:59PM
Kompleks Islam Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula