Kenali posisi anda sebagai pembeli emas

Perkara ini perlu diambil tahu oleh setiap pembeli emas. Setiap orang yang membeli emas wajib mengetahui posisi masing-masing, kerana jika seseorang itu sedar di posisi mana dia berada, simpanan atau pembelian emasnya akan lebih terarah dan bukan semata beli kerana ikut-ikutan semata. Dalam simpanan dan pembelian emas, ada 3 jenis atau kumpulan pembeli (3 sebab kenapa mereka membeli emas); berikut adalah 3 posisi penting:

#1. Penyimpan


Penyimpan biasanya dalam mindset mereka jelas satu perkara iaitu “simpan dan simpan”, kaedah “forgotten saving” diguna pakai oleh kumpulan ini. Pada mereka, kaedah yang tepat dan selari dengan kehendak mereka adalah “beli, simpan dan lupa”. Mereka hanya mahu menyimpan sahaja. Target utama mereka adalah pada gram emas. Penambahan gram dari semasa ke semasa, terkadang mereka tidak melihat harga, asal duit mereka jadi emas dan gram emas mereka bertambah, hati mereka senang.

Emosi penyimpan emas juga tidak terusik dengan turun naik harga emas dunia dan pasaran negara kerana tujuan utama mereka bukannya keuntungan dari naik turun harga emas. Mereka hanya mahu gram emas mereka bertambah. Jika gram emas mereka tidak bertambah, hati mereka tidak berapa tenang kerana simpanan mereka tidak bertambah. Kebiasaannya, penyimpan emas mewajibkan diri mereka untuk menyimpan dan membeli emas, paling kurang perlu simpan 1gram 1bulan.

#2. Pelabur

Kaedah yang biasa diguna oleh pelabur sangat jelas iaitu “buy low, sell high”, kerana tujuan mereka bukanlah pada pertambahan gram emas tetapi pada keuntungan dari pelaburan emas iaitu naik turun harga emas. Keuntungan yang mereka akan dapat dari harga emas dunia yang ada turun dan naiknya. Mereka tidak kisah tentang gram emas mereka bertambah atau tidak, mereka lebih cenderung pada keuntungan dari kenaikan harga emas dunia. Jika harga emas mencanak naik, mereka adalah orang yang paling gembira kerana mereka akan perolehi keuntungan yang besar.

Pelabur kebiasaannya tidak membeli item yang kecil seperti 1gram, 5gram, 1dinar atau semisal itu kerana keuntungannya tidak begitu besar dan tidak berapa nampak sebab kecil. Mereka akan target dan aim pada item yang lebih besar seperti 100gram emas. 100gram emas akan menunjukkan taringnya jika harga emas melompat tinggi, akan tetapi jika harga emas jatuh tergolek, pelabur mampu terduduk melihat harga emas pada waktu itu.

Emosi para pelabur sedikit berbeza dari penyimpan. Pelabur amat gembira jika harga emas dunia melompat tinggi sehingga mencecah siling, kegembiraan yang tidak terkira. Tetapi, jika harga emas terjelopok jatuh ke tanah, mereka berduka cita atas kejatuhan itu kerana mereka tidak dapat mengaut keuntungan pada saat itu.

#3. Penjual


Apabila sebut penjual, maka secara automatiknya kita tahu apa kerja dan tujuan utama mereka. Tidak lain dan tidak bukan adalah menjual. Kerja mereka adalah menjual emas. Mereka tidak kisah dengan harga turun naik kerana mereka menjual emas dan mereka mampu meletak harga atas emas yang dijual. Terkadang, penjual juga menggunakan kaedah “buy low, sell high” kerana keuntungan yang bakal mereka perolehi dari jualan tersebut sedikit tinggi.

Tujuan dan ‘goal’ mereka adalah keuntungan yang bakal diperolehi dari jualan yang dibuat. Mereka akan jual dan jual. Emas di tambah dari semasa ke semasa (untuk dijadikan stok), yang penting jual dan dapat keuntungan atas jualan emas mereka. Emosi penjual juga agak berbeza dari dua kumpulan di atas. Penjual biasanya gembira jika ada pembeli yang membeli emas dari mereka, tetapi mereka akan berduka jika tidak ada jualan pada satu-satu tempoh kerana mereka tidak dapat untung. Pembeli adalah aset mereka. Tidak ada pembeli? Bersedihlah jawabnya.

Kenali posisi anda

Oleh kerana kita salah seorang pembeli emas, wajib bagi kita untuk mengetahui di mana kita berada. Kita duduk di kumpulan yang mana. Penyimpan kah? Pelabur kah? Atau penjual? Tepuk dada, tanya apa jawapannya. Dengan jawapan tersebut, kita akan lebih terarah dan lebih fokus pada tujuan yang tersendiri. Setiap posisi ada keadah yang diguna, apabila kita menggunakan kaedah tersebut dengan baik, maka kita akan mendapat untung yang maksima. Semaksima posisi yang kita pilih.

Sahli Arifin
16.11.2016
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula