Cari pembimbing bukan penjual

Kredit Foto: Wealth Professional
Ini antara nasihat mentor emas saya yang saya ingat dan saya sematkan dalam diri. Nasihat yang sama juga saya beri kepada kawan-kawan dan orang terdekat agar sama-sama dapat kebaikan darinya. Dalam simpanan emas, kita akan jumpa dua orang, penjual emas dan pembimbing dalam simpanan emas.

Penjual emas begitu ramai bilangannya di luar sana. Setiap penjual akan menjual produk mereka. Tujuan mereka adalah jualan dan pasaran. Target mereka adalah pembeli, produk perlu dijual samada cepat atau lambat. Mereka akan memasarkan produk mereka dan mereka akan cerita tentang produk mereka dari A sampai Z sehingga pembeli mengambil keputusan untuk membeli dari mereka.

Berbeza dengan pembimbing, mereka tidak fokus pada jualan tetapi bimbingan. Mereka ingin membimbimg orang yang berjumpa dengan mereka dengan bimbingan yang terbaik. Mereka mahu berkongsi rasa dan ilmu dengan orang-orang yang ingin mendapat bimbingan secara langsung dari mereka. Segala persoalan cuba dijawab sebaik mungkin. Mereka dijadikan talian hayat jika terdapat sebarang kemusykilan di tengah-tengah arus perjalanan dalam arena emas.

Syarikat pilihan pembimbing

Tidak saya nafikan, pembimbing emas juga ada syarikat yang mereka pilih secara peribadi. Kebiasaannya, pembimbing tidak mempromosikan syarikat atau produk terlebih dahulu. Mereka tidak buka cerita pun tentang syarikat yang mereka pilih. Mereka berkongsi ilmu tentang emas secara umum terlebih dahulu agar penanya mempunyai ilmu asas tentang emas kerana bagi mereka, ilmu itu lebih penting dan bernilai.

Pembimbing biasanya akan sebut atau promo syarikat yang mereka pilih jika penanya mulai bertanya atau meminta cadangan syarikat. Maka, nama syarikat yang mereka pilih akan disebut secara jelas. Kenapa begini? Pembimbing mahu penanya mempunyai ilmu dan terus belajar kerana arena emas bukannya mudah dan senang. Banyak likunya dan karenahnya.

Penting adanya pembimbing
Kredit foto: smkn2klaten
Penting memilih dan mempunyai pembimbing dalam pentas arena simpanan atau pelaburan emas. Dalam laluan ini, pembeli emas akan berhadapan dengan banyak perkara. Dari sudut jual beli, pajak gadai, untung rugi, pasif aktif dan sebagainya. Semua ini memerlukan seorang pembimbing untuk memimbing kita ke jalan yang betul supaya kita tidak tergelecak jatuh di tengah jalan. Kita akan ada banyak soalan dalam hal ini. Jadi, memilihi pembimbing yang betul dan tepat sangat penting. Pilihlah orang yang suka berkongsi ilmu dan mudah berinteraksi.

Saya nasihatkan para pembaca, sebelum nak mula beli emas, cari ilmu, cari pembimbing yang boleh bimbing kita, yang boleh jawab persoalan kita, yang kita percaya dan bukannya penjual. Penjual hanya menjual, selepas jual? Tak tahu la macam mana, masih boleh di hubungi atau sudah lepas tangan? Pilihan di tangan kita.

Sahli Arifin
19.11.2016
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula