Emas: Beli Dahulu Baru Monitor Harga
Ramai di kalangan orang yang baru
nak berjinak dengan emas atau yang baru nak buat belian pertama, mereka suka
monitor harga. Suka melihat harga emas. Hari ini 190, esok naik sikit, lusa
kembali semula pada harga sebelumnya, tulat turun, esoknya turun lagi, lepas tu
naik lagi, turun lagi dan begitulah seterusnya. Beli? Belum lagi. Tengok harga
je dahulu.
Alasannya adalah, ‘nak tunggu harga
murah; murah je, terus beli’. Cuma, masalahnya, berapa harga yang dikatakan
murah tu?
Inilah juga perbuatan saya time saya
mula-mula nak beli emas hari tu. Tengok punya tengok, kononnya saya nak tunggu
harga murah. Tapi, saya pun tak tahu berapa murah yang saya perlu tunggu.
RM100? RM150?
Apa yang saya perhati, orang-orang yang duk tunggu sangat harga
rendah dan murah ni, last-last terbeli juga emas pada harga tinggi dan mahal.
Sebagai contoh, harga hari ini 190.
Esoknya turun jadi 189, lusa turun lagi jadi 187, kemudian turun lagi jadi 186.
Beli? Tidak. Dalam kepala ada satu benda, ‘tunggu dulu, harga boleh turun lagi
ni. Nampak duk asyik turun saja ni, turun lagi ni esok’. Tengok-tengok
keesokannya, harga melompat naik, terus naik dari 186 ke 188. Waktu ni, terus
gelabah. Terus beli. Dahulunya mengharap dapat beli dengan harga murah,
akhirnya terbeli pada harga tinggi.
Itu tak apa lagi, yang paling sedih
cerita selepasnya. Dah terbeli pada harga 188, tengok-tengok keesokannya harga
jatuh balik ke 186, kemudian jatuh lagi sampai 184. Terus bersedih, kesal sebab
dah terbeli pada harga ‘tinggi’.
Belian Pertama: Jangan Tengok Harga
Untuk belian pertama, kebanyakan
pakar emas selalu bagi saranan yang sama, ‘untuk belian pertama, jangan tengok
harga. Ada duit, terus tukar kepada emas kerana harga belian pertama itulah
yang akan menjadi penanda aras bagi harga emas kita selepas ini samada ianya
murah atau mahal’.
Kalau belian pertama kita 190 untuk
satu gram, kemudian kita tengok harga. Harga emas waktu itu 185. Murah atau
mahal? Tapi kalau belian pertama kita 170, kemudian harga waktu kita tengok di
laman web emas kita, satu gram harganya 185. Murah atau mahal? Jawab sendiri
ya.
Dalam membeli emas, kaedah yang
diguna pakai adalah, ‘beli dahulu baru monitor harga’. Kalau kita tak beli
walau satu gram, duk asyik tengok harga saja. Apa faedahnya? Harga naik sampai
200 sekalipun, tak boleh buat apa-apa. Sebab apa? Sebab emas tak ada. Lain la
kalau emas dah ada di tangan. harga jatuh ke, naik ke, emas masih di tangan.
untung bila-bila masa. Harga melonjak naik, lagi untung. Boleh jual. Boleh la jual
sebab emas ada di tangan. Orang yang tak beli emas, nak jual emas macam mana time
harga menaik, kalau emasnya tak ada di tangan. biar la naik sampai 300 ke, 500
ke, tak boleh ambil apa-apa faedah dari kenaikan tersebut. Hanya boleh tengok
saja. Tak gitu?
Emas ni, beli lah dahulu, paling
kecil 1gram. Paling tidak pun, 1dinar. Lepas beli, boleh la nak monitor harga,
naik ke turun. Harga emas naik? Harga emas turun? Apa perlu dibuat? Ha, jumpa
dealer anda. Tanya mereka. Nanti mereka akan guide anda, insya Allah. Mereka
akan bantu anda. Bak kata guru emas saya, 'waktu inilah kita nak pergunakan dealer kita, gunakan mereka sebagai medium untuk kita mengaut ilmu'.
Sahli Arifin
19.03.2017 08:33PM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment