Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?


Jika kita sebut pasal emas, ada satu lagi logam mulia yang dikaitkan bersama iaitu perak. Kalau matawang islam, disebut sebagai dirham. Kita sering kali sebut emas dan perak atau dinar dan dirham. Agak ralat jika saya tidak menyentuh pasal perak / dirham dalam blog ni kan?

Jika kita lihat di laman web jualan emas dan perak, kita dapati bahawa harga perak teramatlah murah sehingga di kategorikan sebagai under value. Manakan tidak, 1 gram perak hanya berharga sekitar RM7-10 sedangkan harga 1 gram emas sudah mencecah RM217.

Sesuaikah simpanan perak?

Sesetengah pelabur emas dan perak amat menyarankan supaya kita menyimpan perak sebab nilainya yang masih terlalu rendah. Akan tetapi risiko untuk pelaburan perak sedikit besar kerana pergerakannya terlalu agresif jika dibandingkan dengan pergerakan harga emas dunia.


Kenapa pelabur memberi saranan supaya menyimpan perak?
Ini kerana harganya murah dan paling utama adalah kerana keperluan logam perak dalam industri. Jika ditelusuri situasi sekarang ini, banyak pelombong sudah tidak melombong perak dan tidak ada yang ingin memproses logam perak kerana nilai harganya yang murah dan senang kata tak balik modal.

Oleh sebab itu, ramai tak mahu melibatkan diri dalam logam perak. Akan tetapi, permintaan pasaran teramat tinggi kerana proses pembuatan peranti teknologi semasa memerlukan logam perak. Utiliti atau peralatan hospital juga menggunakan logam perak.

Apabila permintaan semakin tinggi dan sumber semakin rendah, maka nilai logam perak akan melambung tinggi. Waktu ini, barulah kita rasa yang perak amat berharga dan tinggi nilainya. Sesiapa yang ada perak, waktu inilah nak merasa keuntungan menyimpan perak. Bila? Allah sahaja yang tahu.

Berbaloikah nak simpan perak?

Bagi saya secara peribadi, saya memang ada menyimpan perak atau dirham kerana matlamat simpanan saya adalah berbeza. Saya menyimpan bukan kerana pelaburan tetapi kerana simpanan jangka panjang yang mungkin saya akan gunakan pada masa akan datang.


Jika untuk pelaburan, saya serahkan kepada anda. Sekiranya anda ingin melabur dalam logam perak, silakan kerana potensinya agak besar. Cuma, kalau nak melabur dalam perak tu, jangan la pulak simpan 1gram sahaja. Melabur ni biar besar, kalau boleh simpan berkilo-kilo. Baru dapat rasa untung besar. Betul tak?

Kalau nak melabur dalam logam perak, sekarang waktunya sebab harganya yang terlalu murah. Tapi, sekali lagi saya nasihatkan, hati kena cekal sebab pergerakannya drastik dan kena banyak bersabar. Seperti yang saya dah sentuh dalam artikel sebelum ni pasal melabur: untung tak pasti, tapi RUGI PASTI.

Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
21.01.2020 04:51PM

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula