Jangan hirau kata orang

Orang boleh bercakap. Mereka boleh bercakap sebanyak mana yang mereka mahu dan selama mana mereka mahu. Kita tidak mampu walau sekali menutup mulut mereka kerana mulut mereka adalah hak mereka. Komen dan kritikan selalu menjengah dalam kehidupan seseorang, itulah lumrah. Kita yang menerima kritikan?
Kredit foto: erickouns.com

Jika kritikan itu mampu membina sahsiah dan harga diri kita, jangan lepaskan. Ambil. Walaupun ia sedikit pahit dan perit, tetapi ia akan memberi makna yang besar dalam hidup kita. Hal ini lebih sedap disebut sebagai kritikan yang membina, demi membina jati diri kita, orang sekeliling memberi kritikan, demi membangkitkan diri kita.

Jika kritikan tu negatif dan mampu membunuh singa dalam tubuh badan kita, jangan dihirau. Abaikan sahaja. Ambil dan lempar jauh-jauh, sejauh yang mungkin. Kritikan begitu hanya mampu menjatuhkan kita dan mematikan kita jika kita mengambil masa dalam menghiraukannya. Letak tepi dan terus melangkah.

Terus melangkah.

Jika kita yakin atas apa yang kita buat, dan ianya tidak bercanggah dengan agama dan undang-undang, jalan terus. Jangan toleh belakang. Jangan kerana kritikan itu membuatkan kita jatuh terjelopok di tepi jalan, persisiran jalan kehidupan kita dan meratap. Menangis tidak henti. Ratapan yang tidak bererti. Sedangkan orang yang mengkritik kita masih terus memberi kritik pada kita. Jangan jadi begini.


Jika mereka komen dan kritik kita, ambil yang mana perlu sahaja. Jika tidak ada langsung, terus melangkah. Jika ada, kutiplah mutiara itu walaupun pahit dan kelat. Lepas kutip, jangan berhenti. Tapi terus berjalan dan melangkah. Jadikan ia sebagai batu loncatan di perjalanan nanti.

Jangan ‘Bunuh Diri

Jika kita berhenti terus selepas kita dengar kritikan mereka, kita mati. Mati hati dan mati akal. Hidup jadi lemah dan tidak berdaya. Kita hilang fokus dan terabai. Sedangkan orang yang berkata-kata itu masih terus menghambur kata, dan kita? Jadi kerang busuk? Tidak. Jangan biarkan ini berlaku. Sama sekali tidak!
Kredit foto: destinywordoftheday.com
Tetapi, jika kita terus melangkah. Langkah kita akan lebih jauh, terkehadapan. Kita pintas kata hambur mereka, kita tidak layan persepsi buruk mereka. Langkah diatur kemas. Kerana ini jalan kita, bukan jalan mereka. Kita ada tujuan dan matlamat, jangan biarkan kata nista mereka menjadi tembok penghalang. Jika ada tembok tersebut, runtuhkan ia. Jika tidak mampu untuk meruntuhkannya, carilah jalan yang tidak punya tembok kerana jalan itu adalah jalan kita, kita yang pilih. Kita yang bina.

Keep strong and stay positive. Terus maju. Kejayaan menanti kita, bukan mereka. Kejayaan kita, milik kita.

Sahli Arifin
26.11.2016 02:19PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula