Cukupkan Wang dan Dana Kecemasan
Perkara yang selalu
disebut oleh pakar kewangan adalah peri pentingnya kesediaan wang kecemasan
yang bernilai atau berjumlah 3 – 6 bulan pendapatan. Dalam erti kata lain, wang
kecemasan perlu ada oleh setiap orang dan amaun yang perlu ada dan tersedia
adalah sekitar 3 – 6 bulan pendapatan. Jika pendapatan seseorang itu sebanyak
RM2000 sebulan, maka dia perlu ada wang kecemasan paling minimum RM6000.
Kepentingan dana kecemasan
Ianya penting bagi setiap
orang agar hati boleh tetap tenang walaupun keadaan yang sulit tiba-tiba
menjengah masuk dalam perjalan kehidupan. Dalam bentuk kalimah yang lain, jika
seseorang itu mempunyai dana kecemasan minimum 3 bulan, dia masih mampu
selamat atau ‘survive’ dalam masa 3 bulan jika sumber pendapatannya terputus
secara tiba-tiba tanpa perlu kepada perubahan gaya hidup.
Dana kecemasan tentu
sahaja akan digunakan pada waktu kecemasan dan itulah yang perlu ditekankan oleh
setiap penyimpan dana kecemasan. Tidak boleh sama sekali untuk guna wang
tersebut melainkan pada waktu kecemasan sahaja. Kecemasan pula perlu
diklasifikasikan secara terang dan jelas oleh setiap penyimpan agar wang
tersebut benar-benar tersimpan rapi. Jangan pula disebabkan hanya mahu tukar
jenama telefon, diguna wang kecemasan, walhal telefon yang lama masih boleh
diguna.
Sulitkan proses
pengeluaran
Simpanan kecemasan sangat
perlu dan ianya perlu dijaga dengan baik sekali. Sulitkan proses pengeluaran
agar otak kita tidak terlintas tentang wang simpanan kecemasan. Setiap kali nak
buat pengeluaran, otak akan fikir, “ish, kalau nak keluarkan duit kecemasan,
kena beratur, ambil nombor, ambil cap jari lagi, susah”. Biar susah dan sukar,
asal amaun tersebut selamat dan terjaga. Antara tempat yang sesuai adalah
Tabung Haji kerana proses pengeluarannya agak sulit.
Simpan dalam bentuk Tunai
Lebih baik simpanan
kecemasan itu disimpan dalam bentuk wang tunai kerana ia lebih mudah untuk
dikeluarkan jika secara tiba-tiba kecemasan menyapa. Lebih mudah bagi kita
untuk menjaga emosi semasa. Jika seseorang itu menyimpan dalam bentuk yang
lain, seperti emas, mungkin emosinya tidak stabil kerana kemungkinan pada waktu
penukaran jenis (dari emas ke tunai), harga emas sedang jatuh, maka di rasakan
‘rugi’. Maka, lebih baik dana kecemasan di simpan dalam bentuk tunai, emas yang
sedia ada selamat, tidak terusik dan emosi juga terjaga.
Cukupkan dana kecemasan
dahulu
Kesediaan amaun amat
penting. Tidak boleh dipandang sebelah mata. Pesan guru kewangan saya, En. Mohd
Zulkifli Shafie: “cukupkan simpanan kecemasan 3 bulan pendapatan, lepas cukup
yang itu, barulah boleh nak labur duit yang selebihnya pada produk pelaburan
yang kita mahu”. Ini sangat penting, agar kita tidak terfikir untuk usik item
pelaburan kita itu nanti. Melabur khas untuk melabur, simpanan khas untuk
simpanan. Tidak di campur aduk.
Sediakan amaun secukupnya,
pastikan ia sudah tersedia. Jika gaji pokok kita RM2000, pastikan dana cukup
RM6000. Jika gaji RM3000, pastikan dana cukup RM9000. Lepas cukup dana
kecemasan, terserahlah pada kita, apa yang kita mahu buat dengan duit yang
selebihnya.
Sahli Arifin
21.11.2016 05:33PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak
UIAM, Gombak
Comments
Post a Comment