5 sebab utama kenapa saya pilih Public Gold

Ada yang tanya saya, kenapa saya pilih Public Gold sedangkan di Malaysia ini begitu banyak syarikat yang menjual emas. Apakah ada sebab yang tertentu sehingga saya memilih syarikat Public Gold? Tentu sahaja ada. Saya tidak memilih sesuatu benda atau produk tanpa saya teliti terlebih dahulu produk tersebut. Di sini, secara ringkas saya nyatakan faktor kenapa saya memilih Public Gold:


#1- Harga per gram murah

Saya termasuk golongan mereka yang suka mencari barang yang murah tetapi berkualiti dan syarikat Public Gold menjual emas dengan harga yang murah. Saya perhatikan, kebanyakan syarikat menjual sekeping 1gram emas berketulenan 999.9 dengan harga sekitar RM200-230 sekeping. Tetapi syarikat Public Gold menjual dengan harga sekitar RM190-200 sahaja (mengikut harga semasa; kalau mahu lagi murah, beli guna kaedah GAP). Bahkan, semakin besar item emas yang kita mahu beli, semakin murah harga per gramnya.
Gambar 1gram emas Public Gold; Design Merdeka

#2- Spread rendah

Apa itu spread? Spread adalah perbezaan antara harga syarikat beli dengan harga jual*. Spread yang dikenakan oleh syarikat Public Gold amat nipis dan kecil. Serendah 5-8% sahaja (peratus spread berbeza mengikut saiz emas). Walhal syarikat lain spreadnya antara 12-20%! Besar tu. Jenuh la nak menunggu ‘balik modal’. Sifir mudah untuk masalah spread adalah: makin kecil spread emas, makin cepat untung (balik modal+untung).

*saya ada cerita secara detail mengenai spread emas, boleh rujuk SINI.
Senarai spread untuk item-item Public Gold.

#3- Emas yang mendapat pengiktirafan dari LBMA

LBMA adalah singkatan bagi London Bullion Market Association. Buat pengetahuan anda, bukan semua syarikat pengeluar emas di dunia ini mendapat pengiktirafan dari LBMA. Penelitian dan pemeriksaan yang ketat diperlukan sebelum pengiktirafan di beri. Syarikat Public Gold menjual emas LBMA dari pengeluar yang sah; dari Nadir Metal Refineri, Turki.
Logo LBMA

#4- Bebas GST

Saya kalau boleh tak nak kena caj GST kerana dengan campurnya GST, harga yang sepatutnya dibayar murah menjadi mahal. Berita baiknya, emas Public Gold yang mendapat pengiktirafan LBMA selamat dari terkena cukai tersebut. Bebas GST dan ia membuatkan harganya lebih murah. Dah la murah, berkualiti tinggi pula tu. Pakej terbaik ni.
credit foto: yachtsaleswest

#5- Stok tiada had

Menjadi satu kelebihan buat sesuatu syarikat emas jika stoknya tidak terhad. Apabila stok tidak terhad, pembeli boleh beli berapa banyak yang mereka mahu, bila-bila masa yang mereka mahu, tanpa had. Pembeli tidak akan risau dengan stok syarikat. Pembeli tidak perlu berkejar-kejar dan terburu-buru. Bila-bila masa, banyak mana, terserah pada pembeli. Nak beli 1kg emas sekali sehari pun boleh.

Antara produk-produk yang dijual di Public Gold

Inilah 5 faktor utama, kenapa saya memilih syarikat Public Gold, kerana ia datang dengan pakej yang lengkap. Sesuai buat semua orang. Nak mula simpan emas? Pilihlah syarikat yang terbaik untuk dapat hasil terbaik. Cadangan saya? Semestinya Public Gold.

Sahli Arifin
17.11.2016 10:49PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula