Menutup Kebocoran Wang dengan Emas

Antara faktor terbesar, kenapa saya menyimpan dalam emas adalah kerana saya ingin menutup kebocoran wang dan keborosan diri dalam berbelanja. Sebelum saya menyimpan emas, satu benda yang biasa saya buat waktu lapang. “window shopping”. Boleh pula zaman sekarang ni, barang-barang di jual atas talian, online je semua. Hatta, barang dapur pun boleh beli online.


Ada waktu lapang, saya buka web. Web jual baju, seluar, kasut, makanan, jam, handphone, alat eletronik dan macam-macam lagi. Mata duk perhati satu persatu item yang dijual. Beli? Belum lagi. Tengok ja dulu. Kadang-kadang tak ada niat pun nak beli. Tapi, apabila mata ni duk tengok barang-barang yang di jual, otak ni ligat bergerak, tetiba jadi kalkulator bertaraf lima bintang. Laju kiraannya. Kira apa? Kira harga atau amaun yang dijual dengan wang yang ada dekat wallet dan bank.

Apabila otak kata “match”. Tangan ni laju ja pergi tekan “buy now”. Hadoi! Tangkas dan pantas bertindak. Duit habis beli barang macam-macam. Apabila barang sampai, baru terdetik dalam fikiran, ok lagi yang sebelum ni. Kadang-kadang barang yang dibeli tak terusik lagi sampai sekarang, sebab rasa macam tak perlu pun beli benda tu. Tapi, dah beli, nak buat macam mana. Part yang selalu saya kalah adalah apabila saya nampak perkataan “PROMOSI BESAR BESARAN”. Lagi laju kalkulator otak ni berfikir. Time tu, tangan ni laju semacam ambil barang-barang masuk dalam troli.


Alhamdulillah, lepas saya start beli emas dan berjinak-jinak dalam simpanan emas, rasa duit makin selamat. Tersimpan rapi dalam bentuk emas. Apabila duit dah bertukar jadi emas, kepala dah tak fikir nak belanja tapi fikir nak simpan. “nak simpan macam mana ya”, “nak tambah lagi la”, “nak kena simpan elok-elok ni”. Hati makin seronok menyimpan daripada membeli barang yang ‘tidak berapa penting’. Setiap kali nampak barang-barang, saya akan fikir banyak kali, “nak beli tapi yang sebelum ni ok lagi”, tak jadi beli. Saya akan beli jika betul-betul saya perlu benda itu. Kalau tidak, saya akan simpan duit dan tidak sentuh.


Konklusinya, bagi saya: jika kita betul-betul nak simpan duit kita dalam jangka masa panjang atau kita memang nak simpan dan tak nak guna melainkan pada waktu dan tempat yang betul-betul tepat (seperti simpanan untuk beli kereta atau rumah atau perkahwinan), simpanlah dalam bentuk emas kerana emas lebih bersifat “simpan”.

Sahli Arifin
15112016
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak


Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula