Emas: Penjaga Nilai
Tatkala saya
menghadiri seminar simpanan emas di Ampang, speaker pada hari itu adalah guru
emas saya En. Mohd Zulkifli Shafie. Beliau sebut, emas ini sifatnya lebih
kepada penjaga nilai. Nilai kekayaan kita terjaga dan selamat jika disimpan dalam
bentuk emas. Emas tidak mampu memberi kata janji, 'penyimpan akan mendapat
imbuhan tetap bulanan, dapat dividen dan sebagainya'. Emas juga tidak mampu
membuatkan penyimpannya cepat kaya. Kata beliau: “Emas tidak membuatkan kita kaya,
tapi emas membuatkan kita tidak miskin”.
Terkadang
saya terfikir, betul ke emas ni menjaga nilai? Saya tidak dapat rasakan fakta
itu sehinggalah saya sendiri merasainya selepas saya berjinak dan berkecimpung
dalam simpanan emas. Saya dapat rasakan sendiri bagaimana emas itu menjaga
nilai harta dan kekayaan kita. Bilakah itu? Tatkala MYR jatuh dan melemah pada
7-10 November 2016. Jika sebelum ini USD1=RM4.20 tapi pada hari itu
USD1=RM4.50!
Jika kita perhati
graf dan chart emas semasa pada hari itu, harga emas jatuh menjunam, cerun,
bleeding di pasaran US memandangkan nilai USD meningkat dan menguat. Jika ikut
harga sebelum ni ($1=RM4.20), harga untuk 1gram emas hari ini hanyalah serendah
175/g tetapi kenapa harga emas di Malaysia melonjak naik ke 191/g? Ini kerana
nilai RM menjatuh dan melemah ($1=RM4.50 - walaupun hanya beza 30¢, ia memberi
impak yg besar pada ekonomi). 1gram emas tetap sama, tapi yang tak samanya
adalah harga. Dek kerana harga RM melemah, emas 1gram dilihat mahal, walhal
1gram emas begitu murah sebenarnya.
Pakar ekonomi
malaysia membuat andaian, tahun 2020 harga 1gram emas bakal melonjak sehingga
ianya bakal berharga setinggi RM503/g. Apakah maksud kenyataan beliau? Bukannya
emas itu mahal tapi nilai RM kita yg terlalu lemah pada waktu itu sehingga utk
mendapatkan sekeping 1gram emas, kita terpaksa membayar RM503! Lihatlah bagaimana
emas menjaga nilai harta dan kekayaan kita. Walaupun harga RM menjatuh, harga
emas menaik. Emas menjadi pengimbang kekayaan kita.
Penyimpan emas
tidak gusar dan takut dengan kejatuhan matawang kertas kerana mereka mempunyai
emas yang dapat menjaga kekayaan mereka dan menjadi pengimbang atas kejatuhan
tersebut. Mulalah sekarang, menabung dalam emas. Sebagai insuran kewangan kita.
Sahli Arifin
15.11.2016
UIAM, Gombak.
Sahli Arifin
15.11.2016
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment