Kenapa Public Gold?

Sebelum saya mengenali syarikat Public Gold (PG), dan sebelum saya membeli emas keluaran PG, saya sudah membeli emas dari syarikat pengeluar yang lain. Satu fakta yang tidak dapat disangkal adalah: di Malaysia mempunyai banyak syarikat yang menjalankan aktivi jual beli emas dan di hadapan mata kita terhidang pelbagai jenama atau syarikat. Pilih sahaja.


Waktu mula-mula saya mulai berjinak dalam emas, saya beli emas syiling 2 gram daripada syarikat Harimau Mint. Sangat cantik. Tempaannya berukiran muka harimau, emas yang berketulenan 999.9 aka 24k. Harganya pun sederhana bagi saya waktu itu, tidak terlalu mahal dan tidak terlalu murah. 

Emas dari syarikat Harimau Mint Gold

Tapi, kenapa sekarang saya memilih PG?

Pertama sekali, kerana harga emas 1gram nya termurah di Malaysia. Sebelum saya beli emas PG, saya buat sedikit perbandingan di antara beberapa syarikat yang menjual emas fizikal dan saya dapati syarikat PG menawarkan satu pakej yang lengkap iaitu:



  1.         Harga per gram rendah.
  2.         Emas yang mendapat pengiktirafan dari LBMA (London Bullion Market Association).
  3.      Spread emas rendah, hanya sekitar 5-8% sahaja. Spread berbeza mengikut item,  makin besar item, makin kecil peratus spread.
  4.      Mempunyai cawangan/branch yang banyak. PG mempunyai 18 branch di seluruh   Malaysia. Setiap negeri mempunyai branch sendiri kecuali Perlis.
  5.      Jaminan beli semula emas walau bagaimana pun kondisi emas waktu dijual. Patah, calar, bengkok, potong, tetap akan dibeli semula oleh syarikat.
  6.        Bebas GST.
  7.        Harganya di semak setiap 20 minit mengikut pergerakan harga emas semasa.
  8.        Di terima di kebanyakan ar-Rahnu di seluruh Malaysia.
  9.        Boleh beli emas sebanyak mana yang diingini, 24/7 setiap hari.
  10.        Stok tidak terhad.

Gambar 1gram emas Public Gold, design Ayam bersempena tahun ayam mengikut kalendar Cina

Penting sebenarnya bagi pembeli emas untuk membeli emas dari syarikat yang menawarkan pakej yang lengkap. Jika tidak tersedia pakej sebegini, kita akan susah hati. Sebagai contoh, jika emasnya murah tetapi syarikat tidak menetapkan janji bahawa syarikat akan membeli emas kita kembali walau apa pun keadaan dan kondisi emas tersebut, tentu hati kita tidak senang duduk sebab kita tak tahu, dekat mana nak jual balik. Akhirnya kita terpaksa jual pada kedai emas dengan harga beli balik yang rendah.

Sebab itu, guru emas saya selalu pesan. Nak beli emas, biar ada ilmu. Dah beli emas, kena tambah lagi ilmu. Ilmu kena tambah setiap masa. Barulah kita happy. Hati tenang dengan apa yang kita buat sebab kita tahu kenapa kita buat benda itu. Kenapa beli emas dari Public Gold? Kerana... kita sudah tahu jawapannya.

Sahli Arifin
15.11.2016
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula