Jaga-Jaga dengan Skim Emas

Bulan lepas, saya ada sembang dengan seorang kawan, dari Kelantan. Dia tanya pasal satu syarikat yang mana ejen syarikat tersebut berjumpa dengannya dan promo habis-habisan dekat dia tentang syarikat dan produk serta keuntungan yang bakal diperolehi. Dek kerana kawan saya ni tahu yang saya ni duduk dalam bidang emas, dia tanya saya tentang syarikat yang dicadangkan oleh ejen tersebut merangkap kawannya sendiri.

Saya tanya balik, apa yang dia cerita? Jawabnya: “labur dan tunggu. Minimum kita kena bagi pada syarikat 100USD, matang dalam masa 400 hari, kita akan diberi dividen 0.5-2% setiap hari, paling best kita boleh withdraw 70% cash dan 30% emas” secara ringkas. Saya hanya menganggukkan kepala. Tak mahu mencelah. Selesai kata dari beliau, saya bersuara. Saya bagi tips ringkas yang saya belajar dari mentor-mentor saya. Alhamdulillah, baru-baru ini, grup anti-scammer reveal tentang penipuan syarikat tersebut. Selamat kawan saya. Kata beliau yang saya ingat “nasib baik tanya engko dulu, kalau tidak. Lebur gitu je duit aku ni”.

Antara tips yang saya kongsikan pada beliau dan inilah tips yang saya pegang dan saya sebarkan kepada kawan-kawan dan sesiapa yang bertanya saya tentang ‘bagaimana nak selamat dan nak tahu yang syarikat itu adalah skim bertopengkan emas’ ialah:

#1. Semak BNM Alert List.

Sekarang ni zaman IT, google sahaja BNM Alert List, keluar jawapannya, semak di situ dahulu. BNM akan senaraikan syarikat-syarikat yang menyalahi undang-undang negara dalam hal kewangan yang mana syarikat tersebut samada tidak berdaftar secara sah atau menjalankan penipuan atau menjalankan kegiatan berunsur kewangan atau pelaburan yang menyalahi undang-undang negara. Jika nama syarikat tersenarai dalam senarai panjang tersebut, angkat tangan, cakap bai bai. Angkat kaki, lari. Di sini saya sertakan link tersebut, tekan sini.

#2. Semak latar belakang syarikat.

Jika nama syarikat itu tidak tersenarai dalam BNM list, jangan terus angguk, kata terima. Semak dulu latar belakang syarikat. Tengok, dah berapa lama syarikat tersebut beroperasi, apa produk yang dijual, feedback customer mereka, adakah di sana komentar dari customer yang kata beli emas tak dapat emas ke, atau senada dengannya. Kalau syarikat baru beroperasi tak sampai setahun, jaga-jaga.

#3. Emas tidak mampu bagi kata janji tentang dividen atau imbuhan bulanan.

Inilah fakta yang betul-betul perlu hadam oleh setiap orang. Emas tidak boleh sama sekali bagi imbuhan bulanan. Emas hanyalah emas yang berada di tangan kita sahaja. Bila kita akan untung? Waktu harga emas dunia menaik dan kita tidak merasa keuntungan jika harga emas jatuh. Bagaimana mungkin emas yang harganya ada turun dan naik mampu memberi pulangan yang pasti per bulan kepada syarikat sehingga mampu di agih-agih kepada ahlinya?

Saya nasihatkan diri saya dan kawan-kawan, kita semua diberi akal yang sihat dan kita mampu berfikir dengan wajar. Lihat dan perhati betul-betul apa yang di promo oleh ejen. Jika sesuatu yang kita sendiri kata ‘tak masuk akal’ jangan teruskan hasrat itu. Tinggalkan. Cuba ikuti dan amati 3 poin asas yang saya senaraikan di atas. Insya Allah, selamat.

Sahli Arifin
17.11.2016 07:35AM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula