Emas: Bagaimana saya bermula?
Sebelum ini, saya
memang tak ambil kisah sama sekali pasal simpanan emas. Kalau ada kawan-kawan
dekat fb post pasal emas, saya tengok gitu-gitu ja. Kadang-kadang tak tengok
pun, scroll begitu sahaja. Sekarang ni, apabila fikir balik, kenapalah tak beli
dan bermula dari dulu. Kan bagus. Berbeza dengan sekarang, setiap kali ada post
pasal emas di fb, saya akan baca post mereka tanpa jemu. Ilmu baru selalu
dapat, walaupun mungkin secara zahirnya maklumat yang sama diulang kembali
tetapi ada perbezaannya.
Bagaimana saya
yang dahulunya, yang tak nak ambil tahu pasal emas tetiba jadi minat bahkan
sekarang jadi dealer syarikat emas dan seorang penyimpan emas tegar? Tentunya dari
fb. Kawan2 asyik post pasal emas, last-last hati tergerak nak baca secara
serius dan terus terpikat dengan emas. Saya baca bagaimana emas mampu menjaga
nilai wang dan kekayaan kita. Tidak terhenti setakat itu, saya mulai search di
google kebaikan dan kelebihan menyimpan emas.
Pada
waktu itu, saya memang tak ambil tahu ilmu-ilmu asas dalam pemilihan produk
atau jenama terbaik dalam pemilihan emas. Saya hanya letak dalam kepala waktu
itu, asal duit jadi emas. Sehinggalah suatu hari, saya berbual dengan kakak
sulung saya yang menetap di Saujana Putra, waktu beliau datang melawat saya di
UIAM. Kami berbual tentang simpanan dan ilmu kewangan, dan beliau sebut pasal
emas. Bunyi perkataan ‘emas’, saya terus jadi minat. Minat nak tahu. Saya tanya
banyak benda dan kakak saya jawab tanpa jemu.
Malam
itu saya banyak dapat input dari beliau, dari jenis emasnya, bagaimana emas
dapat di gadai, jaga nilai, kaitan dengan akhir zaman dan juga kelemahan wang
kertas. Walaupun kakak saya tidak menceritakan satu-satu perkara itu secara
mendalam dan terperinci; paling kurang saya ada gambaran kasar tentang simpanan
emas dan kelebihannya.
Tak
lama selepas itu, saya pulang ke rumah, kampung halaman. Cuti semester dan di
situ lah bermulanya simpanan emas saya yang pertama. Emas pertama yang saya
beli adalah emas dari pengeluar yang sah, dari syarikat Harimau Mint. Emasnya cantik,
ditempa dengan corak wajah harimau. Ianya berbentuk syiling seberat 1gram dan
saya beli pada waktu itu dengan harga RM190 sekeping, dan saya beli 2 keping
waktu itu. Saya berminat kerana emas edisi itu adalah terhad, tidak di tempa
melainkan dalam kuantiti yang sedikit.
Selepas
belian itu, saya dapat pegang sendiri dan memiliki sendiri emas. Rasa gembira
tak terkata. Saya ambil gambar banyak-banyak emas waktu itu. Iya la, kali
pertama pegang emas, excited. Teruja sangat, asyik-asyik belek. Setelah sekian
lama, saya cuba search “emas murah di Malaysia”, terpapar jenama Public Gold. Saya
tak beli lagi, saya buka web yang dapat saya akses pada waktu itu dan saya baca
dengan cermat. Web paling menarik hati saya dan sampai sekarang saya ikuti web
tersebut adalah web guru emas saya, En Mohd Zulkifli Shafie. Dari web ini saya
hadam betul-betul segala konten yang ditulis oleh beliau. Boleh dikatakan,
hampir 80-90% post di web beliau saya sudah baca.
Contoh emas Public Gold edisi 0.5gram |
Dari web tulisan beliaulah saya kenali Public Gold secara dekat dan saya jatuh hati pada Public Gold; (di sini jugalah saya tahu apa itu GAP, web Public Gold dan semua yang berkaitan dengan Public Gold) dan paling utama saya jatuh hati pada akhlak dan peribadi guru emas saya yang sangat sporting, selalu menjawab persoalan yang saya aju personally melalui wasap. Saya bertemu dengan beliau di branch Public Gold, Ampang, waktu beliau menjadi speaker bagi seminar emas di sana, dan saya sempat berbual dengan beliau dan sempat ambil aura positif secara langsung dari beliau.
Pesan
beliau, awak jadi dealer emas, satu benda penting yang awak kena buat. Educate people.
Ajar masyarakat tentang simpanan emas yang betul. Jangan jadi salesman tapi
jadi seorang pembimbing. Bimbing keluarga kita, bimbing kawan-kawan kita agar
mereka dapat ilmu emas yang betul dan tidak membuatkan mereka terjebak dalam
skim emas yang makin berlambak di pasaran. Begitulah, bermulanya kisah saya
dengan logam kuning yang bernama emas.
Sahli Arifin
16.11.2016 14:49PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak
Comments
Post a Comment