Apa itu spread emas?
Seringkali
disebut, antara kelebihan sesebuah syarikat dan produk emas yang dipasarkan
ialah spread nya yang kecil, nipis dan rendah. Tapi, apa itu spread? Apa yang
dimaksudkan dengan spread itu? Apa sebenarnya kaitan antara spread dengan jenis
emas yang terbaik? Penting sangatkah spread yg kecil ni?
Dalam bahasa
mudah, spread ialah perbezaan antara harga jual dan beli produk emas oleh
sesebuah syarikat. Seperti yang sedia maklum, setiap syarikat atau penjual emas,
akan ada harga jual dan beli. Pasti disana ada perbezaan di antara harga jual
dan beli. Jika harga syarikat jual RM183 untuk emas 1 gram, maka pasti ada
perbezaan pada harga syarikat akan beli semula emas tersebut. Mungkin pada
waktu itu, harga syarikat beli balik adalah sekitar RM169.
Perbezaan yang
berlaku lebih mudah di kira dalam bentuk peratus, supaya mudah untuk pengiraan
spread. Oleh kerana semua syarikat dan penjual mempunyai harga jual dan beli,
maka faktor ‘spread’ perlu di ambil kira dan dilihat secara serius oleh
penyimpan dan pelabur emas. Spread menjadi penentu berapa lama kita perlu
tunggu untuk ‘balik modal’ dan ‘kaut untung’. Sifir mudah untuk
spread adalah: “makin kecil spread, makin cepat untung”.
Cara kira spread
Cara kira spread
amat mudah. Hanya perlu main kalkulator, darab dan bahagi sahaja. Sifir yang
digunakan adalah: Harga Jual (tolak) Harga Belian, (bahagi) Harga Jualan,
(darab) 100; akan keluar peratus spread. Sebagai contoh:
Item: 10 gram emas
Harga Jualan: RM1829
Harga Belian: RM1683
1829
(tolak) 1683 : 146 (bahagi) 1829 : 0.0798 (darab) 100 : 7.98 = 8%
Item: 250 gram emas
Harga Jualan: RM44,640
Harga Belian: RM42,408
44640
(tolak) 42408 : 2232 (bahagi) 44640 : 0.05 (darab) 100 : 5.00 = 5%
P/S: Harga atau contoh yang diambil
adalah dari harga yang terdapat atau tersenarai pada web Public Gold, bertarikh
20.11.2016, jam 10.40 malam.
P/S: Spread bagi produk keluaran
Public Gold berbeza mengikut item. Makin besar item, makin rendah spread
emasnya.
Senarai Spread Emas Public Gold. Kadar Spread berbeza mengikut item. Makin besar item, makin kecil spreadnya |
Seperti mana yang
saya maklum tadi, sifir mudah untuk spread adalah: “makin kecil spread, makin
cepat untung”. Konsep yang diguna pakai untuk pemilihan produk emas yang
diperolehi dari guru-guru emas saya dan ini yang saya pegang: pilih emas
yang spread nya 10% ke bawah, makin kecil, makin bagus.
Jika anda temui syarikat yang menawarkan
spread lebih dari 10%, saya sarankan agar anda pilih syarikat atau produk yang
lain. Lambat ‘balik modal’ dan lambat ‘untung’. Saya pernah buat
kira-kira untuk sebuah syarikat untuk semakan, ternyata spread yang ditawarkan
adalah 12% bahkan ada yang letak sehingga 15%. “bila la agaknya dapat balik
modal”, gumam hati.
Sahli Arifin
20.11.2016 10:50PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment