Letak matlamat dalam simpanan emas

       Sewaktu saya buat semakan atas matlamat masa hadapan saya, saya senarai panjangkan beberapa perkara. Apa yang ingin saya capai untuk masa hadapan. Apa yang saya mahu untuk masa hadapan. Antara tujuan yang saya letak di tempat yang paling atas adalah dapat menunaikan umrah bersama dengan umi dan abah tercinta. Jika dari sudut material, antara yang saya senaraikan ialah: mempunyai rumah, kereta, motor, peralatan dan perkakas rumah serta pejabat peribadi yang lengkap, berkahwin, dan banyak lagi.

            Saya sedar bahawa benda-benda yang saya ingin capai itu semuanya bersifat masa depan dan untuk mendapatkan apa yang dihajati itu, tentu sahaja memerlukan dana dan wang yang cukup. Jika tidak, ianya hanya tinggal angan-angan yang berawang-awangan. Disebabkan itu, saya menyimpan wang dan saya tetapkan simpanan yang bersifat ‘simpan dan lupa’.

Cuma, saya terfikir satu perkara. Ini semua untuk masa hadapan, dan saya percaya (berdasarkan ilmu dan pengetahuan saya), wang kertas dan nilainya tidak akan sama di waktu saya simpan saat ini dengan nilainya yang akan saya guna sewaktu saya ingin membeli dan memenuhi hajat-hajat saya tadi. Bukti? Cuba kita imbau masa dahulu. Saya masih ingat, waktu zaman kecil dahulu, harga untuk 1kg gula pasir hanyalah RM1.80, tapi sekarang ni untuk berat gula pasir yang sama harganya RM2.70. Kalau dulu, seluar slack hitam saya (waktu sekolah menengah) hanya RM25 sehelai, tapi sekarang RM36.

Saya pilih untuk memilih emas sebagai instrumen dalam simpanan jangka panjang dan wang kertas sebagai dana untuk simpanan jangka pendek. Saya tahu, emas mampu memegang nilai harta kita walau berkurun kita menyimpannya. Bahkan, makin lama kita simpan, makin berharta jadinya jika ia dinisbahkan pada wang kertas. Bukti? Jika pada tahun 2010 harga 1gram emas hanya sekitar RM140, sekarang untuk 1gram emas harganya sudah mencecah RM200. Oleh kerana itu, saya memilih emas untuk simpanan jangka panjang.

Apabila saya sudah ada matlamat dan tujuan, kenapa saya menyimpan emas, simpanan saya akan lebih fokus dan terarah. Saya tahu, berapa lagi gram yang diperlukan, bila waktu yang sesuai untuk saya leburkan emas tersebut, berapa jumlah gram yang diperlukan untuk memenuhi hajat yang saya pendam tadi. Simpanan saya lebih fokus dan tidak celaru. Saya mampu untuk jawab soalan ‘kenapa saya simpan emas’.

10 Dinar Emas, Public Gold. Beratnya 42.5g; Berketulenan 999.9 
Sebagai contoh, untuk kahwin saya memerlukan 10 Dinar emas untuk dijadikan mas kahwin buat bakal isteri saya dan juga kenduri kahwin. Saya ada target khas untuk dicapai. Dalam kepala dah set, saya perlu ada 10 Dinar sebelum ke jinjang perkahwinan. Cukup 10 Dinar, boleh lah nak start rancang itu dan ini. Sebab itu, matlamat dan tujuan amat penting. Letakkan matlamat yang jelas, barulah kita lebih fokus.

Sahli Arifin
17.11.2016 05:03PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula