Barang kemas tidak sesuai
Buat pengetahun pembaca sekalian,
barang kemas sebenarnya tidak berapa sesuai untuk dijadikan item pelaburan dan
simpanan emas yang berbaloi. Ini disebabkan beberapa faktor, antaranya:
#harganya mahal.
#spread yang agak tebal dan tinggi,
sekitar 15-30%.
#caj yang pelbagai.
#upah workmenship.
#harga boleh dimanipulasi oleh
penjual.
#emas yang berketulenan rendah,
paling tinggi pun 916 aka 22 karat.
#ada caj GST.
Apabila
faktor-faktor ini bersatu dalam satu pakej, ia membuatkan barang kemas menjadi
item yang tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan emas.
Barang kemas adalah
perhiasan
Barang
kemas ialah aksesori, perhiasan dan barang kecantikan. Ia ditempa khas untuk dipakai dan diperagakan oleh si pemakai. Tempaan yang amat menarik, dengan
bunga-bunga, lompong-lompong, ditempa dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Ini
membuatkan barang kemas agak mahal disebabkan caj tukang tempa.
Jika
tujuan belian barang kemas adalah untuk dipakai, maka tujuan itu tepat dan
betul. Tetapi, jika ia bertujuan untuk pelaburan, maka anda sudah tersalah
langkah. Apa yang perlu dilakukan? Jangan dibuang atau dijual begitu sahaja.
Bagi pada isteri atau kakak atau ibu yang pakai. Lagi bagus.
Item yang sesuai
Item
yang sesuai untuk pelaburan dan simpanan adalah gold bar atau syiling emas
(dinar). Dua item ini adalah item terbaik untuk dijadikan item pelaburan dan
simpanan.
Jadi,
sebelum nak beli emas, tengok dulu tujuan kita, kenapa nak beli emas. Adakah
sebab nak simpan, melabur atau nak bagi kekasih hati pakai. Jika sudah jelas,
barulah kita tahu, item mana yang sesuai untuk dibeli. Kalau nak simpan jangka
sederhana dan panjang, termasuk melabur, item yang sesuai adalah gold bar dan
syiling emas. Kalau untuk dipakai walaupun untuk sekali sekala, beli lah barang
kemas. Dua-dua emas yang mempunyai nilai yang tinggi, cuma sesuai dengan tidak
sahaja.
Sahli Arifin
21.11.2016 10:06PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment