Kenapa saya pilih dan simpan emas?
Pembeli dan
penyimpan emas pasti mempunyai tujuan yang tersendiri, mengapa mereka memilih
emas sebagai simpanan. Masing-masing mempunyai sebab kenapa dan mengapa mereka
membeli dan menyimpan emas. Begitu juga
saya. Saya juga mempunyai alasan yang tersendiri, mengapa saya membeli emas untuk
dijadikan item simpanan. Berikut antara faktor mengapa saya menyimpan emas:
#1- Menutup Kebocoran
Wang
Ini antara faktor
utama saya. Saya mahu menutup kebocoran wang saya yang mungkin saya akan belanjakannya
pada tempat yang tidak sepatutnya. Seringkali berlaku pada diri saya, tak dapat
tahan diri jika ada not wang kertas yang banyak, bertimbun, berlapis-lapis. Perasaan
dan kehendak untuk membelanjakannya itu begitu kuat. Kalau boleh, nak guna
semua sekali. Nak beli macam-macam.
Tapi, dengan saya
membeli emas, saya rasa wang saya lebih selamat. Selamat daripada digunakan. Nilai
wang saya tersimpan kemas dalam bentuk emas dan saya tidak akan menggunakannya
sesuka hati. Iya la, mana ada orang zaman sekarang ni buat jual beli guna emas.
Jadi, selepas saya tukar wang saya kepada bentuk emas, hati jadi tenang. Dah tak
perlu risau, nak belanja di luar kemampuan. Sebab saya ‘tak ada duit’. Kebocoran
sudah ditampal.
#2 – Forgotten Saving
Kaedah forgotten saving
sangat bermakna buat saya. Jika sebelum ini, simpan dalam bentuk wang kertas,
istilah ‘lupa’ amaun itu susah untuk diwujudkan dan dibentuk melainkan pada
satu tempat iaitu di Tabung Haji (sebab TH memerlukan masa dan urusan yang
sedikit rumit untuk proses pengeluaran wang). Kenapa susah? Sebab kita tahu
amaun kita ada berapa di dalam akaun bank dan kita ada kad bank yang dapat
memudahkan kita mengeluarkan wang kita pada bila-bila masa sahaja yang kita
mahu.
Dengan membeli
emas, saya dapat aplikasikan kaedah ini. Sebab? Lepas duit dah tukar emas, saya
dah tak fikir amaun dah, saya tak nampak duit dah waktu itu. Benda yang saya
hanya nampak adalah ketulan emas sahaja. Duit saya selamat dalam bentuk emas. Apabila
dah jadi macam tu, saya dah tak fikir lagi dah, nak belanja. Fikir nak simpan
sahaja. Maka, kaedah forgotten saving dapat saya apply dengan cara membeli
emas.
#3 – Jaga Nilai Harta
Dalam Jangka Panjang
Ini satu
kenyataan yang saya dapat rasakan sendiri. Ia membuatkan saya yakin yang emas mampu menjaga nilai harta kita untuk jangka masa yang panjang. Macam mana anda
nak rasa kebenaran kata saya? Tengoklah impak yang berlaku pada matawang kita
sewaktu US Election baru-baru ini. Bagaimana wang kita jatuh dan melemah. Pada waktu
itu, kita terasa betapa rendahnya nilai wang kita. Jika sebelum ini, jika kita
mahu menukar USD1, kita hanya perlu tukarkan dengan nilai RM4.20 sahaja tetapi
pada waktu itu, untuk mendapatkan USD1 kita terpaksa bagi RM4.50!
Untung bagi
penyimpan emas kerana mereka tidak risau dengan masalah inflasi dan kejatuhan
nilai matawang kertas kerana mereka ada emas yang bersifat pengimbang dan
penjaga nilai. Nilai harta mereka terjaga rapi dalam bentuk emas. Lihatlah graf
emas di waktu RM menyusut. Harga emas melonjak naik!
#4 – Kekayaan di Tangan
Sendiri
Ini lagi satu faktor
mengapa saya menyimpan emas. Faktor ini lebih saya yakini dan percaya selepas
apa yang berlaku di India baru-baru ini. Tatkala Perdana Menteri mereka membuat
kenyataan bahawa not 500 dan 1000 rupee tidak lagi diterima dan tidak lagi bernilai
selepas ini. Kejadian dan peristiwa itu telah membuka mata saya dengan jelas
sekali. Wang kertas yang dicetak dan diguna pakai sekarang ini bernilai dan
mempunyai nilai jika kerajaan memberi nilai keatasnya. Apabila kerajaan
menjamin nilai yang terletak pada wang kertas itu, maka ia mempunyai nilai.
Bila mana
kerajaan yang memerintah membuat kenyataan wang kertas ditamatkan nilainya,
kertas itu tidak lagi mempunyai apa-apa nilai. Sebab itu, jika kita lihat di
atas wang kertas kita, terdapat satu kenyataan: “wang ini sah diperlakukan
dengan nilai”. Nilai wang kertas kita ada tarikh luput yang mana jika tiba
tarikh luput tersebut, hilanglah nilai wang kita.
Berbeza dengan
emas, ia mempunyai nilai yang tersendiri dan ia berdiri dengan sendiri tanpa
perlu jaminan mana-mana kerajaan mahupun agensi. Jadi, sesiapa yang mempunyai
emas, kekayaan mereka adalah kekayaan yang tidak dapat di manipulasi oleh
mana-mana pihak. Kekayaan berada di tangan mereka sendiri.
Emas: Salah Satu Alat Kewangan
Pesan mentor
saya: emas hanyalah satu daripada banyak alat kewangan. Emas bukanlah EVERYTHING
tetapi ia adalah SOMETHING yang perlu kita pertimbangkan untuk dimasukkan dalam
portfolio kewangan kita sebagaimana pesan Tuan Azizi Ali (pakar kewangan): paling
kurang 10% daripada kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas.
Sahli Arifin
16.11.2016 08:02PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak
Comments
Post a Comment