Minimumkan wang dalam dompet

Ada kawan yang bertanya, macam mana saya boleh berjimat bahkan boleh menyimpan wang, sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang pinjaman mahupun tajaan sepanjang saya belajar di UIAM. Dana perbelanjaan saya direct dari JPA (Jabatan Poket Ayah). Sebulan, umi dan abah akan transfer duit ke akaun dengan amaun RM300-400.

Mungkin ada yang cakap, banyak dah tu RM300 sebulan. Kiranya belanja dalam RM10 sehari. Kaya dah tu kan? Yup, sangat kaya jika kita betul-betul ikut saluran dan jalan kewangan yang betul. Kalau salah jalan, pasti tak cukup. Kalau ikut kira-kira, sekali makan RM5, dua kali makan dah RM10. Dah habis bajet untuk sehari. Tak tolak belanja lain macam beli roti, air, fotostat kertas kerja, top up, dan lain-lain.

Kecilkan amaun di tangan

Apa yang saya buat adalah, kecilkan amaun di tangan. Selepas umi dan abah bank-in duit RM300, saya hanya akan keluarkan RM200 sahaja. RM100 saya biarkan dalam bank, jadikan dana kecemasan. Kalau terjadi apa-apa nanti, saya ada duit back-up. Sebab saya fikir, ada duit RM300 dekat tangan, pasti akan habis. RM200 pun pasti akan habis. Kalau ada RM100, lagilah cepat habis.

Walau banyak mana pun amaun yang ada di tangan, pasti akan habis. Sebab apa cepat habis? Sebab ada di tangan. duit betul-betul ada di depan mata dan ia membuatkan kita rasa kita ni berduit. Apabila berduit, macam-macam la nak beli, kalau boleh semua nak beli, sebab ada duit. Oleh sebab itu, saya ambil keputusan untuk kecilkan amaun di tangan.

Simpan dulu, baru belanja

Ini yang selalu saya terapkan dalam diri sendiri dan saya tekankan penerapannya. Simpan dulu walau sedikit, selebihnya baru belanja. Saya simpan awal-awal amaun untuk simpanan dan selebihnya saya guna untuk belanja. Saya selalu letakkan dalam kepala, saya ni bukannya berduit. Tengok la dalam dompet, tak banyak yang tinggal. Ini membuatkan saya lebih cermat dalam berbelanja.

Kalau ikutkan pesan umi dan abah, mereka tak berkira pun sebenarnya. Bahkan mereka selalu pesan, ‘kalau tak cukup duit, bagitahu la. Nanti umi dan abah bank-in’. Kalau ikutkan hati dan nafsu, nak je berbelanja sakan. Habis duit, minta dengan umi dan abah, apa masalah. Tapi, saya fikir, malu nak minta duit dari umi dan abah, mungkin sebab ‘pride’ seorang lelaki. (‘‘,)
Kredit foto: wealthyenglishteacher.com

Tips ringkas

Kalau minta saranan saya, mungkin saya bagi saranan ini:
- kecilkan amaun dalam dompet.
- elakkan ‘window shopping’.
- belanja bawah kemampuan.
- buat perancangan awal dalam kewangan peribadi. Tulis dengan jelas.

Sahli Arifin
14.12.2016 01:43PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula