Cara beli emas: Pembelian Biasa

Buat makluman pembaca, Public Gold menyediakan dua platform pembelian emas. Dua kaedah pembelian emas: (1) GAP (Gold Accumulation Program) dan (2) non-GAP (Pembelian Retail/Biasa). Untuk pembelian GAP, boleh rujuk di artikel: Cara Beli Emas: GAP.

Ikut 4 langkah ini:

Langkah #1- Login di web Public Gold. Jika belum ada akaun, sila register terlebih dahulu.
Langkah #2- Place Order
Langkah #3- Buat Pembayaran
Langkah #4- Ambil Emas

Langkah #1- Login di web Public Gold. Jika belum ada akaun, sila register terlebih dahulu.


            Buat mereka yang sudah ada PG code, boleh terus login. Username anda adalah PG Code anda dan password pula adalah no. IC anda. Jika anda masih belum mempunyai PG code, register terlebih dahulu. Ikut step ini:
Skrin 1: muka hadapan web Public Gold. Sila lawati laman web rasmi Public Gold di publicgold.com.my dan tekan Login.
Skrin 2: Klik butang "Register"
Skrin 3: Isi maklumat peribadi di ruangan yang disediakan. Letakkan maklumat dealer sebagai introducer anda. 
Introducer sangat penting, sebab dealer anda yang akan membantu anda dalam urusan dan follow up dengan pihak syarikat Public Gold bila-bila diperlukan. Jika anda mahu saya jadi introducer anda, masukkan PG code saya iaitu PG00067078 dan tekan "Check Introducer". Pastikan keluar nama: "Muhammad Sahli bin Arifin".
Peringatan penting, 'Introducer' tidak boleh diubah selepas sesi register akaun. Jadi, sila pastikan anda betul-betul kenal pasti dealer yang mampu membimbing anda dalam urusan jual beli emas dengan syarikat Public Gold nanti.

Langkah #2- Place Order
Skrin 4: Selepas proses register selesai, kembali ke laman utama web dan tekan 'login'. Isi maklumat di ruangan login. Masukkan nombor IC anda di ruangan 'Username' dan password seperti yang anda telah tetapkan di ruangan register sebentar tadi.
*username ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja, selepas pembelian pertama anda berjaya, Public Gold akan hantar PG code anda pada email yang anda letak pada ruangan register tadi.
Skrin 5: Klik "Order" dan "Place Order"
Skrin 6: Pilih branch paling dekat dengan anda untuk urusan pengambilan emas. Selepas pilih branch, barulah anda masukkan kuantiti pada emas atau item yang anda ingin beli dari Public Gold.
P/S: Jangan masukkan kuantiti dahulu Pilih branch dahulu, barulah masukkan kuantiti. service storage tu, abaikan sahaja.
Skrin 7: Klik "My Self" dan isi ruangan "Payment Option". pilih nak buat pembayaran ke akaun Public Gold yang mana, samada Maybank atau Public Bank. Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana akaun bank milik anda (contoh: Bank Islam), asalkan anda transfer atau bank in amaun tersebut ke dalam akaun Public Gold yang betul. Selepas itu, tekan "Next". Abaikan yang lain.
Skrin 8: Semak segala maklumat. Pastikan semua maklumat betul dan tepat. Jika berlaku kesilapan maklumat, urusan pembetulan agak merumitkan. Jadi, pastikan sebelum klik "Submit Order", semak semua maklumat dengan teliti. Jika ada sebarang kesilapan, dan mahu buat pembetulan, terus klik "Step 1" atau "Step 2" di bahagian atas sekali. Kalau semua dah ok, tekan "Submit Order".

Proses "Lock Harga" dan "Submit Order" sudah selesai.

Langkah #3- Buat Pembayaran

Langkah 3.1
Selepas anda "Submit Order", pihak Public Gold akan hantar "Proforma Invoive" secara on-the-spot ke inbox email anda. Jika tak ada, boleh cuba semak dekat spambox. Anda boleh buat pembayaran secara terus berdasarkan maklumat yang tertera di Proforma Invoice tersebut. Kalau terdapat sebarang kesilapan pada Proforma Invoice anda, maklumkan pada dealer anda untuk minta Public Gold buat pembetulan.
Contoh Proforma Invoice. Maklumat terpenting pada invoce tersebut adalah nombor order dan juga PG code untuk rujukan

Langkah 3.2
Buat pembayaran ke akaun Public Gold (samada Maybank atau Public Bank) selewat-lewatnya 4 hari. Simpan bank in slip/online transfer slip/bukti bayaran ORIGINAL baik-baik untuk diserahkan kepada staf Public Gold masa nak ambil emas dekat branch nanti. Public Gold tidak akan serahkan emas anda jika anda tidak datangkan bukti pembayaran ORIGINAL.

Saya tidak sarankan anda buat pembayaran menggunakan Deposit Cash Machine, kerana jika mesin tersebut secara tiba-tiba buat hal, seperti (1) tidak terima not wang kita atau (2) tidak keluarkan resit, maka anda tidak dapat mengemukakan sebarang bukti bahawa bayaran sudah pun dibuat.

Langkah 3.3
Selepas anda buat pembayaran, emailkan bukti pembayaran tersebut kepada payment@publicgold.com.my bersama dengan nombor order dan PG code anda untuk mereka sahkan pembayaran. Kalau bayaran tidak diterima dalam tempoh yang ditetapkan (10 hari), maka Public Gold akan batalkan order dan akan kenakan penalti sebanyak 5% ataupun nama anda akan di blacklist.

Langkah #4- Ambil Emas

Lepas bayar dan email slip bayaran tadi, terus telefon branch yang terdekat dengan anda, tanya mereka bila stok itu boleh diambil. Jika stok masih belum sedia, maklumkan pada staf tersebut untuk maklumkan pada anda apabila stok sudah sampai dari HQ Public Gold. Kalau boleh, minta nama staf yang anda berurusan tadi, untuk mudah nak follow-up nanti.

Emas tersebut, anda boleh ambil pada bila-bila masa sahaja dalam tempoh 2 bulan. Lepas tempoh 2 bulan, Public Gold akan kenakan upah simpanan sebanyak 1% setahun.

Bila-bila nak ambil emas nanti, jangan lupa bawa (1) resit atau slip ASAL pembayaran anda dan (2) salinan Proforma Invoice. Sebelum nak ambil, call dahulu branch yang anda mahu pergi supaya mereka boleh sediakan item anda awal-awal. Nanti pergi, tak perlu tunggu lama.

Anda boleh semak senarai nombor telefon setiap branch di web Public Gold di bahagian About Us > Where to Buy > Branches. Kalau ada apa-apa masalah, boleh contact dealer anda, Insya Allah mereka akan bantu.

Proses membeli, membayar dan mengambil emas sudah selesai. Itu sahaja langkah-langkah yang perlu diikut. Semoga kita semua kaya dan berjaya dalam pelaburan emas ini. Insya Allah.

P/S: Jika anda tidak mahu urusan lebih mudah, boleh contact mana-mana dealer Public Gold yang anda percaya, minta mereka lock kan harga atau order kan bagi pihak anda. Jika anda mahu saya uruskan, hanya perlu bagi details berikut: 1) Nama penuh 2) No. I.C. 3) No. Telefon 4) email 5) Item yang nak di beli 6) Tempat tinggal supaya saya boleh kenal pasti branch terdekat dengan kediaman anda. Selepas anda terima email dari Public Gold, terus buat bayaran ke akaun Public Gold, dan boleh ambil emas anda di branch yang berdekatan.

Sahli Arifin
08.12.2016 06:05PM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula