Tempat terbaik untuk menjual emas

Kita boleh beli emas dari banyak pihak dan syarikat dengan harga tertentu. Selepas mempunyai emas, tentu sahaja akan ada satu persoalan, "dekat mana nak jual emas ni semua?" Mungkin pada waktu kita memerlukan wang, kita pasti mahu menjual emas kita. Tapi, dimanakah tempat yang sesuai dan terbaik untuk menjual emas yang kita dah beli dan simpan selama ni?

Terkadang, kita tidak fikir pun di mana harus kita jual emas kita. Pada waktu belian kita, kita hanya fikir beli dan simpan, aspek jual semula kita tidak hiraukan. Sebab itu, saya ada jumpa beberapa orang yang mengeluh dengan emas, katanya dah beli lama dah, perap hampir setahun lebih, tapi waktu jual semula, tak balik modal, rugi adalah. Saya tanya semula, jual emas di mana? Jawabnya di kedai emas. Sekarang saya tahu kenapa.

Kedai emas tidak sesuai

Ramai orang beranggapan, kedai emas adalah tempat yang sesuai untuk menjual emas kerana mereka kedai emas. Takkanlah kedai emas tidak mahu menerima emas, kan? Mesti mereka terima. Jadi, emas yang mereka beli dijual di kedai emas, walhal jika anda jual di sana, anda sudah rugi banyak. Bayangkan, anda terpaksa menanggung kerugian sebanyak 20-40% dari harga emas semasa?!
Kredit foto: harianjogja.com
Kenapa begitu? Bukankah mereka kedai emas yang menjual dan menerima emas?

Iya, mereka memang menjual dan membeli emas, tetapi mereka boleh beri alasan bahawa emas anda bukanlah dari kedai mereka, dikenali sebagai ‘used gold’, emas yang sudah di pakai. Mereka akan tetap ambil emas anda tapi dengan kadar ‘spread’ yang agak tinggi. Jika anda mahu merasai spread yang mampu meluruhkan jantung anda, silalah menjual emas anda di kedai emas.

Tempat yang terbaik untuk menjual emas

Disini saya datangkan 3 tempat yang paling sesuai untuk anda menjual emas yang anda sudah beli.

#1- Syarikat pengeluar.
#2- Ejen atau Dealer syarikat.
#3- Pembeli emas.

#1- Syarikat pengeluar.
            Ini adalah tempat yang paling selamat untuk anda. Jual semula emas anda pada syarikat pengeluar emas tersebut atau tempat yang anda beli emas anda sebelum ini. Sebagai contoh, jika anda beli emas anda dari Public Gold, maka jual semula emas anda di Public Gold. Jika beli dari Power Gold, jual semula pada Power Gold. Jika beli dari Poh Kong, jual semula pada Poh Kong.
           
            Ini kerana, syarikat akan membeli semula emas keluaran mereka dengan harga dan kadar spread yang telah ditetapkan.
Krefit foto: Google Images
#2- Ejen atau Dealer syarikat.
            Tempat kedua yang sesuai untuk anda menjual emas anda adalah pada ejen atau dealer syarikat yang anda beli emas darinya. Sifir yang sama seperti di atas, jika anda beli emas dari Public Gold, jual semula pada ejen mereka. Ejen akan beli emas anda mengikut kadar spread yang telah ditetapkan oleh syarikat.

            Cara kedua ini lebih disenangi oleh penyimpan yang ingin menjual emas mereka kerana cara ini lebih cepat. Anda dapat terima wang hasil jualan emas anda secara on-the-spot. Jika jual pada syarikat, mungkin sahaja syarikat akan ambil tempoh masa seperti 2 hari waktu bekerja. Nak jual emas? Cari ejen terdekat dan jual pada mereka.

#3- Pembeli emas.
            Cara atau tempat yang ketiga ini adalah tempat yang paling untung jika kena dengan caranya. Jika anda menjumpai orang yang ingin membeli emas dari anda, anda mampu menjual emas anda dengan harga semasa. Berbeza dengan anda jual semula pada syarikat atau ejen. Mereka akan beli emas anda dengan harga yang ditolak dengan kadar spread. Tapi, jika anda menjual emas direct pada pembeli, anda boleh jual ikut harga semasa atau harga yang disepakati oleh pihak anda dan pihak pembeli.

            Cuma, masalahnya adalah pada pembeli. Adakah mereka serious buyer atau bagaimana. Kos penghantaran dan juga penerimaan emas. Adakah mereka berpuas hati dengan emas yang anda mahu jual. Misalnya, jika emas anda ada kesan kemek, kemungkinan pembeli tidak mahu membelinya kerana kondisi emas yang agak ‘kurang serinya’.

Pilih yang mana sesuai dengan anda

            Nak pilih tempat yang mana, saya serahkan pada anda. Cuma, bagi saya hanya 3 tempat ini sahaja yang terbaik dan sesuai untuk anda menjual emas anda kelak. Saranan saya, kalau tidak mahu dengar celoteh yang banyak, terus sahaja ke pejabat syarikat dan jual di sana kerana mereka akan tetap beli emas anda kerana emas itu adalah keluaran mereka.

Syarikat tidak mahu membeli emas mereka sendiri?

            Tapi, saya pernah dengar rungutan dari beberapa pihak. Ada syarikat pengeluar yang tidak mahu menerima emas keluaran mereka sendiri beralasankan emas tidak berada dalam keadaan elok, contohnya ada kesan calar, kemek, patah, tergores dan lain-lain. Bahkan ada syarikat pengeluar yang menetapkan syarat yang ketat. Misalnya, mereka tidak akan beli semula emas anda melainkan anda sertakan sekali resit belian emas tersebut. Bayangkan jika anda sudah terlupa di mana letaknya resit belian tersebut. Alamatnya, tak terjual la emas anda.

Pilih syarikat yang tak banyak songeh dan mudah

            Sebab itu, sebelum kita nak beli emas, kena semak dahulu piawaian syarikat terhadap aspek beli semula emas mereka. Ramai di kalangan kita yang tak pandang pun hal ini. Bagi mereka, asal dapat beli emas harga murah, okay. Murah tak semestinya terbaik, mahal pun sama, tak semestinya terbaik. Jadi, saya nasihatkan anda, sebelum nak beli mana-mana emas, semak dulu.

            Di Public Gold, syarikat sudah nyatakan dengan jelas bahawa mereka akan beli semula emas keluaran mereka WALAU APA PUN KONDISI emas tersebut. Patah? Calar? Bengkok? Tergores? Lekuk? Seal kekal dibuka? Apa sahaja kondisi emas anda, syarikat Public Gold memberi jaminan 100% yang mereka tetap akan membeli emas keluaran mereka semula.

Sahli Arifin
10.01.2017 08:37AM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula