Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula

Ramai yang beli dan menyimpan emas tak kira sama ada emas itu adalah emas perhiasan atau emas pelaburan. Rakan-rakan saya pun dah ramai yang membeli emas dan celik tentang kepentingan dan kelebihan menyimpan emas.

Waktu pertama kali nak beli emas atau tiba masa untuk membeli emas, apa yang biasa kita buat? Kebiasaannya kita akan tengok harga dahulu, kan? Waktu ini kita akan tengok satu-satu dan kadang-kadang kita bandingkan dahulu antara beberapa kedai semata-mata untuk tengok emas mana yang murah.

Apabila kita dah jumpa kedai atau syarikat yang jual emas dengan harga yang murah, apa lagi yang ditunggu, bedal la. beli dan simpan. ramai tak yang buat macam ni? mungkin ramai dan mungkin tidak, tapi inilah saya sebelum belajar lebih mendalam dalam ilmu emas.

Selepas saya belajar dan belajar tentang emas, barulah saya sedar. nak beli emas ni, jangan tengok harga sahaja, tengok juga aspek yang lain. paling penting adalah emas yang kita beli tu, boleh jual balik tak? poin ni ramai yang ambil endah tak endah sahaja.
Ramai sebenarnya yang wasap saya tanya pasal benda macam ni. apa soalan mereka? 'nak tanya, saya ada beli syiling emas XXXX, saya nak jual dekat mana eh?' kalau soalan macam ni okay lagi. saya pernah ditanya, 'sahli, aku dah bawa ke syarikat yang aku beli emas ni, dia tak nak terima sebab emas yang aku nak jual balik ni ada calar sikit'. 

Bukan itu sahaja, saya juga ada dengar cerita dari umi saya sendiri di mana kawannya yang beli emas beratus gram tapi waktu nak jual semula, kedai tersebut tolak dan tak mahu terima emasnya. dalam masa yang sama, ada pula syarikat yang tak terima kalau nak jual semula emas dalam kuantiti yang banyak. kadang-kadang dihadkan hanya beberapa gram untuk satu transaksi jualan semula.

Selain itu, ada juga cerita daripada kawan-kawan saya yang nak jual emas tapi kedai tersebut cerewet nak beli semula, padahal itu memang emas keluaran mereka. wajar ke kalau nak jual semula, kita letak syarat perlu ada resit pembelian sekali? cuba bayangkan kalau kawan ni dah beli emas 5 tahun yang lepas? entah ke mana la resitnya dah menyorok.

Jadi, cerita-cerita begini membuatkan ada pihak atau individu yang rasa trauma untuk membeli emas lagi-lagi emas pelaburan. rasa tak selamat dan tertipu membelenggu diri dan pemikiran.

Sebab itu, saya selalu pesan kepada rakan-rakan saya yang baru nak beli emas, kalau nak beli emas ni, jangan tengok harganya sahaja. kena tengok aspek yang lain juga. lagi-lagi dalam aspek belian semula emas yang dah dibeli.

Kalau betul-betul kita nak untung dalam simpanan dan pelaburan emas, banyak aspek yang perlu diambil kira. jangan hanya sekadar beli harga murah, kita dah rasa untung, walhal mungkin akan menempah kerugian kerana tersalah langkah.

Kenapa saya pilih dan masih setia dengan Public Gold? 
Tak lain dan tidak bukan adalah kerana jaminan belian semula emas mereka tanpa banyak soal. calar ke, patah ke, ada gores-gores ke, terbelah dua ke, syarikat Public Gold beri jaminan untuk membeli emas mereka semula dengan kadar yang telah ditetapkan di dalam laman web mereka.

Saya pun pernah menjual emas saya pada Public Gold, dan ternyata mereka membelinya dengan harga yang ditetapkan. 

Sekali lagi, saya nak tekankan di sini, sebelum nak beli emas, pastikan dahulu syarikat tersebut akan membeli semula emas anda. 

Sahli Arifin
Pasir Mas, Kelantan
20.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas