Posts

Showing posts from November, 2016

Lewat Mula Lebih Banyak Bebanan

Image
Bila bab menyimpan ni diberitahu untuk bermula lebih awal, ramai yang bertangguh sebab rasa ada banyak masa lagi. Saya nak kongsikan satu petikan dalam buku Joe Girard seorang penulis yang namanya tersenarai dalam Guinness Book Of World Records. Saya olah sikit ikut versi sendiri. “sekiranya saya berikan rakan-rakan sebutir pasir halus dan diletakkan dalam poket masing-masing tentu rakan-rakan tak terasa pun ada sesuatu di dalam poket” “sekiranya saya berikan rakan-rakan sebutir batu sebesar biji guli dan diletakan dalam poket, maka rakan-rakan ada rasakan sesuatu yang terbonjol dari poket” “sekarang saya berikan seketul bata yang beratnya 2 kg dan minta rakan-rakan pegang dan bawa batu ini kemana saja rakan-rakan pergi” tentu rasa terbeban dan berat dan besar kemungkinan tinggal saja tak bawa pun. Baik, gantikan cerita ini dengan wang ringgit yang perlu disimpan untuk kegunaan masa depan. Semakin awal anda bermula semakin kurang bebanan untuk menyimpan. Saya ambik...

Jangan hirau kata orang

Image
Orang boleh bercakap. Mereka boleh bercakap sebanyak mana yang mereka mahu dan selama mana mereka mahu. Kita tidak mampu walau sekali menutup mulut mereka kerana mulut mereka adalah hak mereka. Komen dan kritikan selalu menjengah dalam kehidupan seseorang, itulah lumrah. Kita yang menerima kritikan? Kredit foto: erickouns.com Jika kritikan itu mampu membina sahsiah dan harga diri kita, jangan lepaskan. Ambil. Walaupun ia sedikit pahit dan perit, tetapi ia akan memberi makna yang besar dalam hidup kita. Hal ini lebih sedap disebut sebagai kritikan yang membina, demi membina jati diri kita, orang sekeliling memberi kritikan, demi membangkitkan diri kita. Jika kritikan tu negatif dan mampu membunuh singa dalam tubuh badan kita, jangan dihirau. Abaikan sahaja. Ambil dan lempar jauh-jauh, sejauh yang mungkin. Kritikan begitu hanya mampu menjatuhkan kita dan mematikan kita jika kita mengambil masa dalam menghiraukannya. Letak tepi dan terus melangkah. Terus melangkah. ...

Simpanan Emas 1gram 1bulan

Image
Alternatif Pelaburan Emas 1gram Sebulan Pelaburan Patuh Syariah - For Beginners [Updated]   Ramai yang bertanya: Bagaimana cara jika nak menyimpan emas, sebagai salah satu cara tabungan dan pelaburan untuk mengelakkan inflasi, dengan sekadar 1gm sebulan, yang berasaskan Syariah?   Posting ini bukan ingin iklan, tapi sebagai alternatif kepada yang bertanya. Untuk mengelakkan daripada terjebak dalam risiko belian emas secara tidak patuh Syariah, atau pelaburan emas scam. Perlu jelas di sini, tidak ada pelaburan emas yang menjanjikan profit. Kerana harga emas naik turun bergantung kepada pasaran emas dan nilai mata wang.   Terdapat TIGA cara utama iaitu: 1. Beli fizikal emas secara spot.   Dicadangkan beli emas secara COD (cash on delivery) dengan penjual gold bar emas, seperti Public Gold, Poh Kong, dan lain-lain (banyak lagi jenis gold bar di pasaran) emas 1gm. Insitusi perbankan Islam yang menjual gold bar ialah Bank Muamalat tetapi dalam bentuk 5gm y...

Cukupkan Wang dan Dana Kecemasan

Image
Perkara yang selalu disebut oleh pakar kewangan adalah peri pentingnya kesediaan wang kecemasan yang bernilai atau berjumlah 3 – 6 bulan pendapatan. Dalam erti kata lain, wang kecemasan perlu ada oleh setiap orang dan amaun yang perlu ada dan tersedia adalah sekitar 3 – 6 bulan pendapatan. Jika pendapatan seseorang itu sebanyak RM2000 sebulan, maka dia perlu ada wang kecemasan paling minimum RM6000. Kredit foto: lnc.com Kepentingan dana kecemasan Ianya penting bagi setiap orang agar hati boleh tetap tenang walaupun keadaan yang sulit tiba-tiba menjengah masuk dalam perjalan kehidupan. Dalam bentuk kalimah yang lain, jika seseorang itu mempunyai dana kecemasan minimum 3 bulan, dia masih mampu selamat atau ‘survive’ dalam masa 3 bulan jika sumber pendapatannya terputus secara tiba-tiba tanpa perlu kepada perubahan gaya hidup. Dana kecemasan tentu sahaja akan digunakan pada waktu kecemasan dan itulah yang perlu ditekankan oleh setiap penyimpan dana kecemasan. Tidak boleh ...

Cari pembimbing bukan penjual

Image
Kredit Foto: Wealth Professional Ini antara nasihat mentor emas saya yang saya ingat dan saya sematkan dalam diri. Nasihat yang sama juga saya beri kepada kawan-kawan dan orang terdekat agar sama-sama dapat kebaikan darinya. Dalam simpanan emas, kita akan jumpa dua orang, penjual emas dan pembimbing dalam simpanan emas. Penjual emas begitu ramai bilangannya di luar sana. Setiap penjual akan menjual produk mereka. Tujuan mereka adalah jualan dan pasaran. Target mereka adalah pembeli, produk perlu dijual samada cepat atau lambat. Mereka akan memasarkan produk mereka dan mereka akan cerita tentang produk mereka dari A sampai Z sehingga pembeli mengambil keputusan untuk membeli dari mereka. Berbeza dengan pembimbing, mereka tidak fokus pada jualan tetapi bimbingan. Mereka ingin membimbimg orang yang berjumpa dengan mereka dengan bimbingan yang terbaik. Mereka mahu berkongsi rasa dan ilmu dengan orang-orang yang ingin mendapat bimbingan secara langsung dari mereka. Segala perso...

Apa itu spread emas?

Image
Seringkali disebut, antara kelebihan sesebuah syarikat dan produk emas yang dipasarkan ialah spread nya yang kecil, nipis dan rendah. Tapi, apa itu spread? Apa yang dimaksudkan dengan spread itu? Apa sebenarnya kaitan antara spread dengan jenis emas yang terbaik? Penting sangatkah spread yg kecil ni? Dalam bahasa mudah, spread ialah perbezaan antara harga jual dan beli produk emas oleh sesebuah syarikat . Seperti yang sedia maklum, setiap syarikat atau penjual emas, akan ada harga jual dan beli. Pasti disana ada perbezaan di antara harga jual dan beli. Jika harga syarikat jual RM183 untuk emas 1 gram, maka pasti ada perbezaan pada harga syarikat akan beli semula emas tersebut. Mungkin pada waktu itu, harga syarikat beli balik adalah sekitar RM169. Perbezaan yang berlaku lebih mudah di kira dalam bentuk peratus, supaya mudah untuk pengiraan spread. Oleh kerana semua syarikat dan penjual mempunyai harga jual dan beli, maka faktor ‘spread’ perlu di ambil kira dan dilihat secara ...

Barang kemas tidak sesuai

Image
           Buat pengetahun pembaca sekalian, barang kemas sebenarnya tidak berapa sesuai untuk dijadikan item pelaburan dan simpanan emas yang berbaloi. Ini disebabkan beberapa faktor, antaranya: #harganya mahal. #spread yang agak tebal dan tinggi, sekitar 15-30%. #caj yang pelbagai. #upah workmenship. #harga boleh dimanipulasi oleh penjual. #emas yang berketulenan rendah, paling tinggi pun 916 aka 22 karat. #ada caj GST.             Apabila faktor-faktor ini bersatu dalam satu pakej, ia membuatkan barang kemas menjadi item yang tidak sesuai untuk dijadikan pelaburan emas. Barang kemas adalah perhiasan             Barang kemas ialah aksesori, perhiasan dan barang kecantikan. Ia ditempa khas untuk dipakai dan diperagakan oleh si pemakai. Tempaan yang amat menarik, dengan bunga-bunga, lompong-lompong, ditempa dalam pelbaga...

Cara Buka Akaun GAP Public Gold (New Buyer)

Image
Bagi siapa yang mahu buka akaun GAP , mohon ikuti langkah-langkah ini dengan betul: #1 –  Masukkan Duit Ke Akaun Public Gold Masukkan/transfer duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau harga 1 gram hari ini (19.11.2016) RM183, maka masukkan duit genap-genap RM183. Jangan lebih dan jangan kurang supaya pembelian itu patuh syariah. Kalau nak beli 2 gram, masukkan terus RM366 (RM183 x 2 gram). Harga GAP disemak sekali sehari iaitu pada jam 12.00 tengah malam. Masukkan/transfer duit ke  5571 3923 8048 (Maybank)  atau  3167 52 0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”. #2 –  Hantar Maklumat Pembelian melalui WhatsApp Hantar maklumat ke  017-4866 916  (no h/phone PG bahagian GAP – Guna WhatsApp). Ikut format yang saya tunjuk ni: (NEW)  a. Nama penuh b. No ic c. No telefon d. Email e. Jumlah yang dibank in f. Tarikh bank in g. Masa bank in h...

5 sebab utama kenapa saya pilih Public Gold

Image
Ada yang tanya saya, kenapa saya pilih Public Gold sedangkan di Malaysia ini begitu banyak syarikat yang menjual emas. Apakah ada sebab yang tertentu sehingga saya memilih syarikat Public Gold? Tentu sahaja ada. Saya tidak memilih sesuatu benda atau produk tanpa saya teliti terlebih dahulu produk tersebut. Di sini, secara ringkas saya nyatakan faktor kenapa saya memilih Public Gold : #1- Harga per gram murah Saya termasuk golongan mereka yang suka mencari barang yang murah tetapi berkualiti dan syarikat Public Gold menjual emas dengan harga yang murah. Saya perhatikan, kebanyakan syarikat menjual sekeping 1gram emas berketulenan 999.9 dengan harga sekitar RM200-230 sekeping. Tetapi syarikat Public Gold menjual dengan harga sekitar RM190-200 sahaja (mengikut harga semasa; kalau mahu lagi murah, beli guna kaedah GAP ). Bahkan, semakin besar item emas yang kita mahu beli, semakin murah harga per gramnya. Gambar 1gram emas Public Gold; Design Merdeka #2- Spread rendah ...

Letak matlamat dalam simpanan emas

Image
       Sewaktu saya buat semakan atas matlamat masa hadapan saya, saya senarai panjangkan beberapa perkara. Apa yang ingin saya capai untuk masa hadapan. Apa yang saya mahu untuk masa hadapan. Antara tujuan yang saya letak di tempat yang paling atas adalah dapat menunaikan umrah bersama dengan umi dan abah tercinta. Jika dari sudut material, antara yang saya senaraikan ialah: mempunyai rumah, kereta, motor, peralatan dan perkakas rumah serta pejabat peribadi yang lengkap, berkahwin, dan banyak lagi.             Saya sedar bahawa benda-benda yang saya ingin capai itu semuanya bersifat masa depan dan untuk mendapatkan apa yang dihajati itu, tentu sahaja memerlukan dana dan wang yang cukup. Jika tidak, ianya hanya tinggal angan-angan yang berawang-awangan. Disebabkan itu, saya menyimpan wang dan saya tetapkan simpanan yang bersifat ‘simpan dan lupa’. Cuma, saya terfikir satu perkara. Ini semua untuk masa ha...