Mendepani Risiko Pelaburan

Ramai yang ingin melabur. Perasaan nak melabur semakin membuak-buak apabila melihat kejayaan mereka yang sudah melabur di dalam pelaburan masing-masing. Terlalu banyak tempat yang boleh dilabur seperti hartanah, saham, unit trust, emas, perak dan banyak lagi. 

Tetapi, sedar tak kita yang setiap pelaburan itu ada risikonya yang tersendiri? Bahkan risiko yang ada itu, sekiranya tidak ditangani dan diatasi dengan berhemah boleh menatijahkan kerugian yang besar pada nilai dan amaun pelaburan kita.

Justeru itu, tidak dapat tidak kita memang perlu berhati-hati dalam mendepani risiko pelaburan tersebut. Saya masih ingat dan pesanan mentor kewangan saya masih terngiang-ngiang di telinga saya, "melabur ini, ada fakta yang kita kena hadam betul-betul, untung tak pasti tapi rugi itu pasti".

Setiap kali saya teringat kata-kata beliau, saya semakin cermat dalam melabur bahkan saya perlu sediakan payung sebelum hujan. sebab kita tak tahu apa yang akan kita dapat selepas kita menghulurkan wang untuk dilaburkan. pasang surutnya kita tidak tahu.

Disebabkan itu, saya selalu nasihatkan diri saya dan kawan-kawan yang bertanya tentang pelaburan, pastikan ada dua perkara ini (paling kurang):
1. Simpanan Kecemasan
2. Takaful

Simpanan Kecemasan

Saya selalu tekankan kepada diri saya dan pembaca serta rakan yang bertanya, dana kecemasan ini benda pertama dan paling penting perlu diwujudkan sebelum buat apa-apa. Sebab dengan adanya dana kecemasan inilah kita boleh "selamat" jika ada perkara yang tidak diingini berlaku pada kewangan kita.

Penasihat kewangan sarankan sekurang-kurangnya dana kecemasan perlu ada bagi setiap individu adalah 3 bulan gaji dan dana ini perlulah bersifat cair atau dalam erti kata lain, wang tunai yang kita boleh keluarkan bila-bila masa yang kita mahu.
Kalau gaji kita RM2,000.00 sebulan, maka kita kena wujudkan dan simpan paling kurang RM6,000.00 dalam akaun bank kita. Part paling penting adalah, wang tersebut jangan disentuh atau dikeluarkan walaupun dah cukup minimumnya melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja. Kenapa? dah nama dia pun dana kecemasan, mestilah kegunaannya untuk kecemasan, kan?

Takaful

Ini adalah salah satu instrumen kewangan yang perlu kita tengok dengan mata yang luas. Kenapa ia tersenarai dalam perkara yang perlu ada sebelum nak melabur? Sebab ini dikira sebagai back-up plan sekiranya kita perlu dimasukkan ke dalam wad atau menerima sebarang rawatan di hospital.

Kenapa perlu? 
Kita semua sedia maklum yang kos perubatan di hospital makin meningkat. Macam mana kita nak tampung kos tersebut sedangkan wang kita sedang dalam proses pelaburan? Sekiranya kita ada dimasukkan di dalam wad, kita tak perlu risau tentang wang simpanan kecemasan dan pelaburan kita sebab kos tersebut telah ditanggung oleh pelan takaful yang kita carum setiap bulan.

Inilah kegunaan takaful yang kita kurang sedar. Bak kata kawan saya seorang ejen sepenuh masa takaful ikhlas, "kalau ada takaful, hati tenang. wang tak perlu keluarkan dah time tu sebab takaful dah cover kita". best kan? 

Nak melabur? Boleh. Silakan. 
Saya nasihat awal-awal, sediakan payung sebelum hujan. kalau hujan, kita tak basah. kalau tak hujan? kita tetap untung sebab itu adalah pelan keselamatan kita. bila-bila pun berguna.

Sahli Arifin
Residensi Zamrud
07.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula