Simpan Duit Dengan Emas 1.0

Buku kewangan dan nasihat pakar kewangan selalu pesan yang kita perlu menyimpan untuk masa hadapan. Bukan pakar kewangan ja yang pesan macam ni, mak dan ayah kita pun selalu pesan, kan?

"ni duit saku achik, belanja elok-elok. nanti ada lebih, masuk dalam tabung". Ni dialog biasa seorang ibu atau ayah yang nasihatkan anaknya untuk menabung. betul tak?

"nih, mak nak pesan. duit raya yang dapat tu, nanti bagi dekat mak ya. Nanti mak masukkan dalam tabung adik. Mak dah bukak akaun tabung haji untuk adik, nanti mak masukkan dalam tu" ni pulak dialog di pagi raya sebelum nak beraya di rumah sanak saudara.


Simpan Wang / Menabung

Kita semua selalu diingatkan untuk menyimpan dan menabung. Dari kecil sampai la kita besar pun, nasihat ini selalu kedengaran di pentas-pentas kewangan. Sebab apa mereka selalu nasihatkan benda ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah supaya kita kekal berwang dan boleh survive untuk masa depan atau ketika mendepani mehnah kehidupan. 
Kita semua tahu yang masa depan kita masih kelabu. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Sama ada cerah atau mendung. Maka, wang simpanan atau tabungan kita inilah akan sedikit sebanyak dapat membantu kita dalam urusan di masa hadapan kelak.

Bak kata mentor saya, apabila ada wang simpanan ni, kita boleh hidup tanpa bermuka-muka dan tanpa perlu menebalkan muka. Sebab kalau ada masalah yang memerlukan wang, kita dah ready. Kalau orang yang tiada simpanan, mereka perlu tebalkan muka, meminta bantuan. Kalau orang yang ada simpanan, boleh duk relax dan goyang kaki, tak perlu menagih simpati kerana persediaan telah dibuat secara rapi.


Berapa perlu simpan?

Setiap kali kalau kita bincang pasal simpanan ni. Tidak akan lari dari soalan, 'berapa yang perlu disimpan?', kan?

Berapa ya?
Sebanyak yang termampu. Pakar kewangan sebut, paling kurang 3 bulan gaji. Ini simpanan basic atau stage pertama dalam simpanan wang yang diberi nama simpanan kecemasan.

Kalau dah cukup 3 bulan gaji, beralih kepada stage simpanan kedua iaitu 6 bulan gaji, seterusnya 9 bulan, seterusnya 12 bulan gaji. Fuhh. nak sampai 12 bulan gaji tu, rasa mencabar kan? Mana tidaknya, kalau gaji sebulan RM2,500.00 bukan ke dah RM30,000.00 setahun?!

Terbeliak mata nampak nombor tu kalau tengok akaun bank. Gatal di tangan semakin kuat terasa, 'belanja la sikit', 'duit ko tu, guna je la', eh, tetiba ada bisikan halus.

Tak payah tunggu amaun dalam akaun RM30,000.00, kalau ada sebulan gaji RM2,500.00 pun dah kuat godaannya, apatah lagi kalau belas-belas ribu, puluh-puluh ribu. betul dak? Aduuu. Susah la macam ni. Bila nak cukup simpanan kecemasan 3 bulan gaji? 6 bulan gaji?

Tak susah pun kalau kita tahu caranya dan tahu kepentingannya. Macam mana? Kita sambung part 2 la ya. Ini pun dah panjang, kang sambung terus, lagi jauh ke bawah nak kena scroll. 

Sahli Arifin
Residensi Zamrud
09.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula