Beli Emas Mesra Ar-Rahnu
Ramai orang yang
mampu beli emas. Terkadang, kita nampak emas sahaja, kita beli samada
disebabkan rekaannya atau designnya yang cantik atau murah. Terkadang, orang
beli kerana mereka hanya fikir, ‘ini kan emas, mesti la laku. Siapa tak mahu
emas, kan?’. Memang benar, emas adalah emas dan ia kekal bernilai sampai
bila-bila, tapi tak semua emas itu mesra ar-Rahnu.
Tak ramai yang
ambil peduli tentang hal ini. Mereka tidak pernah ambil kesah samada emas yang
mereka beli itu adalah emas yang mesra ar-Rahnu atau tidak. Pada mereka itu
tidak penting, yang penting mereka ada emas dan emas tetap berada di tangan
mereka. Adakah mindset begini baik dan bagus? Semestinya ya.
Memang mindset
macam itu bagus kerana dalam kepala mereka, tidak terdetik untuk menggadaikan
emas mereka, apatah lagi untuk menjualnya. Cuma. Ada cumanya. Masa hadapan kita
tidak tahu bagaimana keadaan dan situasinya. Kita di ajar yang emas mudah
dicairkan, mudah untuk dapat duit semula bila-bila masa yang kita ingini,
samada melalui cara gadaian atau jual.
Mungkin sahaja,
pada masa depan, pada satu-satu masa kita memerlukan wang sedangkan wang tunai
kita sudah habis atau tak mencukupi, maka cara yang diguna oleh penyimpan emas
adalah menggadaikan emas mereka atau menjualnya, untuk mendapatkan wang tunai.
Itulah kelebihan emas, ianya mudah dicairkan.
Kebanyakan orang
kita, tak suka menjual emas milik mereka kerana rasa sayang, rasa berat hati
untuk menjualnya. Maka, mereka mengambil keputusan untuk menggadaikannya kerana
gadaian hanyalah gadaian, emas kita masih ada dan kita boleh mendapatkan emas
kita kembali selepas kita membayar semula wang yang dipinjam dan kita boleh
tuntut semula emas kita dari pihak ar-Rahnu.
Tapi, kalau emas
yang kita ada itu jenis yang tidak mesra ar-Rahnu, kita akan hadapi kesulitan
untuk proses gadaian di mana-mana ar-Rahnu dan keadaan kita akan bertambah
sulit kerana kita terpaksa pergi ke setiap ar-Rahnu untuk menggadaikan emas
kita, jika semua pusat gadaian tidak mahu menerimanya, terpaksalah kita
menjualnya. Sebab itu, amat penting memilih emas yang jenis mesra ar-Rahnu.
Mudah diterima oleh
pihak ar-Rahnu
Maksud mesra
ar-Rahnu ini adalah, emas kita mudah diterima di pusat pajak gadai. Kalau kita
bawa emas kita dan cakap yang kita nak gadai emas kita, pihak ar-Rahnu dengan
senang hati menerimanya tanpa banyak soal. Saya nak kongsi satu cerita yang
saya baca dari post rakan dealer saya di FB. Di saat beliau berada di Pos
Ar-Rahnu (time dia nak tebus semula emasnya), ada seseorang yang membawa
emasnya untuk digadaikan tetapi tidak diterima oleh pihak Ar-Rahnu kerana
jenama emas yang dibawa. Kenapa?
Ini disebabkan
kes-kes yang berlaku di Malaysia, di mana emas-emas yang dibawa telah dicampur
dengan ‘barang’ lain. Jadi, untuk mengelakkan sebarang kerugian, kebanyakan
Ar-Rahnu melihat dan memilih jenama tertentu sahaja untuk diterima dan dipajak.
Selain dari jenama yang mereka iktiraf, mereka tidak akan terima. Kerana
kebiasaan kes emas tiruan dan campuran ini dari emas yang berjenama XXX (tidak
terkenal atau tak pernah dengar).
P/S: Kalau nak beli emas, belilah
emas yang syarikat pengeluarnya memang diakui kredibilitinya dan sudah lama
bertapak serta terkenal. Macam mana nak tahu? Mudah sahaja, cuba survey dekat
mana-mana Ar-Rahnu, mereka akan bagitahu.
Contoh: Kita nak beli emas Public
Gold, jangan beli lagi. Cuba survey tengok dekat ar-Rahnu dulu, mereka terima
atau tidak. Tanya staff dekat sana. “saya ada emas, dari syarikat PG. Terima
tak?”
*Emas Public Gold antara emas yang
diterima di kebanyakan ar-Rahnu. Ar-Rahnu yang menerima emas PG tanpa banyak
soal dan tanpa perlu dilakukan test ketulenan dengan cara membuka seal kekalnya
adalah Pos Ar-Rahnu. Antara emas lain yang diterima oleh Ar-Rahnu di Malaysia
secara meluas adalah PAMP Suisse, Emas Kijang dll.
Antara flyers yang menunjukkan bahawa emas keluaran Public Gold diterima meluas di beberapa syarikat gergasi di Malaysia:
Sahli Arifin
21.02.2017 09:53PM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment