Faham dan Sedar Mengenai Simpanan Emas

Waktu Gold Rush ni, ramai yang ambil kesempatan untuk membeli dan menyimpan emas sampai banyak kedai diserbu, bukan setakat itu sahaja, ada yang kedai terpaksa tambah stok yang banyak demi memenuhi kehendak pelanggan. 

Tambahan pula harga emas yang tengah jatuh sekarang ni, memang kena ambil peluang dan kesempatan yang datang di depan mata. Mana tidaknya, pada bulan April - Mei, harga emas pernah cecah sehingga RM285/gram, hari ini harganya hanya RM266/gram. Diskaun sebanyak RM19!

Memang bagus untuk membeli dan menyimpan emas, tapi ada benda yang paling penting sebelum kita nak membeli emas. Apa dia? Tanya pada diri, kenapa kita beli emas? Adakah sebab trend sekarang yang ramai membeli emas? atau sebab kita nak simpan bagi tujuan yang khas seperti simpan sebab nak kumpul modal nak beli rumah? simpanan kecemasan? atau hanya sekadar ikut-ikut?
Beli Emas Itu Bagus

Benar sekali. Beli emas itu bagus, tapi lagi bagus sekiranya kita tahu kenapa kita membeli emas. Bukan setakat tahu, tapi kita juga ada matlamat atau target tersendiri dalam menyimpan emas.

Bukan apa, sebab ada di luar sana yang membeli emas kerana ikut-ikut seterusnya terjerut. Kenapa? Sebab dia tidak ada faktor yang kukuh kenapa dia beli emas. akhirnya emasnya dijual dengan harga yang murah. Apabila syarikat beli harga murah, eh dia nak melenting; katanya, 'saya beli sebelum ni mahal tau, kenapa awak beli murah pula'.

Disebabkan ini, saya rasa tak selesa dan rasa tak puas sekiranya rakan saya atau pelanggan dibawah seliaan saya tak tahu tentang emas. Setiap kali mereka nak beli emas, saya akan ceritakan tentang asas simpanan emas supaya mereka tahu dan sedar apa yang mereka sedang laburkan. Menjadi tugas saya untuk berkongsi ilmu ini. Sebab itu saya lebih suka kongsi maklumat dan fakta tentang emas sama ada di Facebook atau di Blog ini.

Dengan harapan, adanya perkongsian ringan ini dapat memberi sedikit pemahaman kepada rakan pembaca mengenai kepentingan dan kelebihan menyimpan emas. Bukan itu sahaja, bahkan menyedari hakikat sebenar emas sebagai salah satu instrumen kewangan peribadi.

Kata mentor kewangan saya Encik Mohd Zulkifli Shafie, 'Emas bukanlah permulaan dan pengakhiran. Dan emas bukanlah segala-galanya. Tapi emas adalah alat kewangan yang sangat penting sebagai PERMULAAN ke arah mencapai financial freedom'.

Sahli Arifin
Residensi Zamrud
14.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula