Semua Orang Boleh Beli Emas

Saya ingat pesan mentor emas saya, “bukan semua orang sesuai beli emas, ada yang tak sesuai untuk beli emas. Kita sebagai dealer kena educate prospek dengan pemahaman yang betul”.

Iya, saya sangat setuju dengan pesanan mentor saya sebab itulah hakikatnya. Tak semua orang sesuai untuk beli dan simpan emas. Ada yang lebih sesuai untuk menyimpan wang kertas atau melabur selain dari emas.

Tugas dealer ialah kenali prospek dan ketahui apa yang prospek mahukan daripada kita. Sebab, terkadang ada prospek yang hadir dan minta nasihat daripada kita untuk mendengar cadangan atau nak tambah ilmu berkenaan portfolio kewangan peribadi.

Meskipun begitu, saya masih berpegang pada kenyataan saya iaitu semua orang boleh beli emas. Walaupun pesan mentor saya “bukan semua orang sesuai untuk beli emas” tidak bermakna mereka tidak boleh beli emas.

Semua orang termasuk saya perlu faham terlebih dahulu konsep simpanan emas dan portfolio kewangan peribadi yang sihat dan baik. Kita kena semak dahulu kewangan kita dan perancangan dalam membina portfolio kewangan yang terbaik untuk diri kita.

Saya pernah kongsikan dalam tulisan sebelum ini, dalam proses membina kewangan peribadi yang baik, perkara pertama atau stage pertama yang perlu dibuat oleh kita adalah mewujudkan simpanan cair sekurang-kurangnya tiga bulan gaji. Sekiranya gaji kita sebulan RM2000.00, maka pastikan kita ada wang dalam simpanan kita sebanyak RM6,000.00

* simpanan cair ni maksudnya, simpanan yang boleh kita keluarkan atau guna bila-bila masa sahaja yang kita mahu contoh simpan wang dalam akaun bank.

Selepas berjaya pada tangga ini, ya, kita boleh bergerak dengan hati yang lapang pada tangga seterusnya.

Iya, bukan semua sesuai beli emas, tapi semua boleh beli emas.

 

Sahli Arifin

Residensi Zamrud

06.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula