Alternatif: Simpan Duit Kecemasan Kepada Emas
Kebanyakan masyarakat dah sedar tentang kepentingan menyimpan wang lagi-lagi untuk kecemasan. Kalau saya jumpa rakan-rakan saya, dan saya sentuh pasal dana kecemasan, mostly semua tahu kepentingan dan kebaikannya. Bahkan ada yang sebut, 'kita ni kena ada simpanan paling kurang 6 bulan gaji'. Saya iyakan saja. Betul la tu, walaupun saya secara peribadi sarankan paling minimum 3 bulan gaji. Tapi, kalau 6 bulan gaji lagi bagus.
Cuma, satu je masalah yang biasa dihadapi, bahkan saya sendiri pun sama. Nak simpan 3 bulan gaji tu, bukannya mudah cik oi. Bayangkan kalau sebulan gaji RM2,000.00 tak ke jumlahnya RM6,000.00 kalau nak kena menyimpan untuk 3 bulan gaji? Susahnya bukan apa, sebab mata ni hah, nampak duit lebih dalam akaun bank ja, mula la dia. pikir itu, pikir ini, nak beli itu, nak beli ini.
Mana taknya, tengok-tengok dalam akaun bank ada RM2,300.00 walhal duit gaji dah habis buat beli barang dapur, bayar kereta, rumah, itu dan ini. Tup-tup, tengok dalam satu lagi akaun bank, nohh, duk ada lagi RM2,300.00. apa lagi, ligan la otak duk pikir nak itu dan ini. Betul dak?
Membina sikap
Menyimpan bukan satu isu duit tak ada atau duit tak lekat atau mudah bocor. Tapi sebenarnya sikap kita terhadap duit. Kalau kita sudah ada mentaliti bahawa duit perlu diurus dengan baik dan tidak boros dalam membelanja, isu menyimpan tidak akan jadi masalah.
Saya dahulu nak menyimpan RM50.00 pun susah sebab mentaliti wang adalah untuk enjoy dan belanja sakan. Memang tidak dinafikan, keindahan dan nikmat berwang itu adalah pada membelanjakannya, tapi memahami konsep kewangan dan persediaan di masa sulit perlu diutamakan dan ditekankan.
Kita tak tahu cerah atau mendung masa hadapan kita. Kita perlu persiapkan diri kita untuk perkara tersebut. Supaya apabila datangnya saat tersebut, kita boleh hadapi dengan hati yang tenang.
Wang Ditukar Kepada Emas
Ini adalah satu cara yang saya buat selepas saya rasa simpan dalam bank tidak menyekat nafsu berbelanja saya. Kenapa emas? sebab emas ni duit juga sebenarnya, cuma lain bentuk sahaja. Bahkan simpan duit berbentuk emas ini lebih selamat nilainya.
Berjaya ke kaedah yang saya guna ini? Alhamdulillah, syukur. Saya rasa cara ini lebih berkesan untuk diri saya ini. Sebab apabila dah tukar duit jadi emas, saya dah tak nampak duit dah. Saya nampak emas, apabila nampak emas ni, dia datang satu perasaan lain tau, apa dia? rasa sayang, rasa nak tambah lagi, rasa seronok dan paling best, rasa kaya.
Padahal ada 1 gram emas je, tapi apabila sebut emas, dalam kepala terus nampak 'kaya'. Walhal harga 1gram emas baru RM266, dan saya rasa dalam dompet tuan-tuan ada lebih daripada amaun tersebut. Itulah kelainan menyimpan emas, magnet kekayaan itu ada padanya.
Ada masalah untuk menyimpan dana kecemasan sebanyak 3 bulan gaji? cuba cara menyimpan dengan emas. anda akan rasa kelainannya dan kebaikannya.
Sahli Arifin
Residensi Zamrud
13.12.2020
hubungi saya https://wa.me/601171610520
Comments
Post a Comment