Simpan Duit Dengan Emas 3.0 [Final]
Baiklah, lepas 2 artikel kita dah cerita tentang simpanan dan kaedah alternatif dalam menyimpan wang, untuk posting kali ni kita akan fokus kepada tajuk dia iaitu menyimpan duit dengan emas.
Kalau pada posting 2.0 saya, saya sentuh tentang simpanan berbentuk wang kertas yang boleh disimpan di dalam bank atau medium yang pelbagai, tapi untuk kali ni kita akan cerita macam mana simpan duit tapi dengan emas. Maksudnya, kita tak simpan wang kertas, kita tukar wang kertas tersebut menjadi emas. Maka, jadilah ia menyimpan wang / duit dengan emas.
So, macam mana?
Beli Emas
Kalau nak simpan duit dalam bentuk emas, tentu-tentulah kaedahnya adalah dengan membeli emas dan menabung emas, bukan lagi duit kertas. Dalam erti kata lain, kalau ada duit kertas yang kita nak simpan, cepat-cepat tukarkan bentuknya daripada duit kertas tersebut kepada emas. lepas tu, simpan emas tersebut.
Kenapa Emas?
Seperti yang kita bincang dalam artikel sebelum ini, kita dinasihatkan dan disarankan untuk menyimpan paling kurang 3 bulan gaji pendapatan kita. Tapi, menjadi satu masalah atau rintangan dalam mencapai tujuan simpanan 3 bulan gaji tersebut adalah kerana nafsu melihat nombor dalam akaun bank yang membuatkan tangan kita gatal untuk membelanjakannya.
Ni cerita betul, dari pengalaman diri saya sendiri. Apabila saya nampak ada banyak duit dalam akaun bank, mula la kepala ni duk proses nak beli apa, kadang-kadang terus muncul nama-nama seperti shopee, lazada, zalora, padini, ioi city mall, mydin, tesco, brand outlet dan banyak lagi.
Sebab apa? sebab kita tahu yang kita ada duit. Apalagi kenikmatan berduit kalau bukan dengan membelanjakannya? betul tak? Jadi, saya banyak kali kecundang dalam mencapai target nak ada simpanan 3 bulan gaji. Disebabkan itu, saya mulai duk pikir, apa cara yang boleh halang nafsu untuk berbelanja ni?
Emas. Iya, emas.
Waktu saya mulai beli emas, saya letak dalam kepala, okay nak cuba menabung dengan emas. Time ni saya masih di universiti dan saya dapat wang saku daripada umi dan abah. Saya asingkan RM170 sebab waktu ni harga 1gram emas RM170. Then, saya beli emas. Alhamdulillah, syukur, RM170 ini masih ada lagi dengan saya tapi bukan dalam bentuk wang kertas, tapi emas. Bahkan, nilainya dah menaik. Kalau saya beli hari tu RM170, hari ini (12.12.2020) nilainya sudah mencapai RM266.
Nampak wang saya bertambah kan? Padahal duit yang saya tabung adalah RM170, tapi sekarang nilainya dah jadi RM266. Banyak jugak 'dividen' dia.
kenapa saya sebut dividen, sebab kalau kita simpan dalam ASB atau Tabung Haji, kita akan dapat dividen kan? So, saya guna istilah tersebut supaya lebih dekat di hati. Istilah lain adalah pulangan.
Kenapa emas? Sebab waktu kita simpan emas, kita dah tak nampak duit. Kita nampak benda lain, bar emas atau syiling emas. Time kita tengok emas kita, rasa nak belanja tu makin kecil sebab kita tak nampak duit dekat situ. Kuning-kuning, petak, atau bulat. Itu sahaja. Nak belanja? Mana ada kedai nak terima. Sebab kedai terima duit kertas.
Cuba try test sekali. Pergi outlet padini, ambil barang, pergi dekat cashier, bayar guna emas. Diaorang terima tak? Mesti ayat mereka macam ni lebih kurang, 'cik, kami tak terima emas ni. kami terima duit kertas. cik boleh gadaikan dahulu atau jual, nanti dapat duit kertas, cik datang sini semula ya, baru kami terima bayaran cik'.
Emas: Kalis Bocor
Lepas saya nampak kelebihan emas dalam menabung ni, saya mulai menabung emas. Beli, simpan. Beli, simpan. Beli, simpan. Ulang sifir ni sampai sekarang.
Saya berani cakap yang simpan emas ni dapat mengawal bahkan merawat masalah bocor dompet atau akaun bank. Berdasarkan pengalam kecil saya ini, saya boleh rumuskan yang dengan menyimpan emas, simpanan kita bertambah dan nilai wang kita terjaga.
Kalau anda ada masalah macam saya iaitu sukar atau payah nak menyimpan wang kertas, boleh cuba cara yang saya kongsi ni. Cuba simpan dengan emas pula, tengok macam mana. Kalau lah pula simpanan kita itu memang kita dah target untuk simpanan jangka panjang, simpan dalam bentuk emas ni, teramatlah bagus. Percaya? ke tak? cuba sendiri, dan rasakan kelebihannya dan kelainannya.
Sahli Arifin
Residensi Zamrud
12.12.2020
hubungi saya https://wa.me/601171610520
Comments
Post a Comment