Melabur : Berapa perlu dilaburkan?

"Saya ada RM1,000.00, boleh tak nak laburkan amaun tersebut? Cukup tak?" tanya rakan saya.

"Boleh. Sekarang ni dengan RM1,000.00 pun boleh nak laburkan. Bahkan RM200.00 pun dah boleh dah. Tak ada masalah berapa yang kita nak laburkan. Macam awak ada RM1,000.00 kan? Dah cukup dah, tapi kalau nak lagi bagus, labur la RM10,000.00" balas saya.

Ini jawapan biasa saya kalau ada rakan yang bertanya tentang pelaburan dan amaun yang ingin dilaburkan. Bunyi jahat kan? Iya la. Orang tu ada RM1,000.00 tapi saya sarankan dia untuk melabur RM10,000.00

Tapi itulah saranan saya. 
Pesan mentor saya, kalau nak melabur, letak dalam kepala amaun yang lebih besar sebab dalam sifir pelaburan, makin besar wang yang kita labur, makin banyak keuntungan yang boleh kita perolehi daripada hasil pelaburan tersebut.

Oh ya, ini tidak bermakna dia tidak boleh melabur RM1,000.00 seperti yang dia cakap tadi. Bahkan saya sangat mengalu-alukan mereka untuk melabur. Dalam perkara ini, kita kembali kembali pada asas pelaburan iaitu, lebih baik melabur sedikit daripada tidak melabur langsung.


Lebih Besar, Lebih Untung

Mentor kewangan saya selalu pesan, kalau nak melabur, dalam kepala kena ada mindset yang lebih besar dan terkehadapan. Perlu aim lebih besar, tapi tidaklah bermakna abaikan yang kecil. Mana mungkin datangnya yang besar sekiranya kecil tidak ada.
Dalam pelaburan sekarang ini, kita dah boleh melabur sikit-sikit. Boleh mulai dari amaun yang kecil dan tambah dari semasa ke semasa mengikut kemampuan kewangan peribadi. Kalau ada RM200.00, kita mulakan dengan langkah tersebut. Lepastu, simpan lagi dan lagi sampai nilai pelaburan kita bertambah sehingga mencecah ribuan ringgit. 


Kenapa perlu banyak?

Apabila makin besar amaun yang kita laburkan, maka makin besar keuntungan yang akan kita dapat. Saya bagi contoh mereka yang melabur dalam emas. Kalau pada tahun 2017 harga emas adalah RM180/gram dan saya hanya simpan satu gram sahaja tidak lebih dan tidak kurang.

Tahun ini 2020 harga emas adalah RM270/gram. Kalau saya nak jual emas saya yang satu gram tu, berapa yang saya dapat dari keuntungan pelaburan tersebut? Saya untung dalam RM90.00 sahaja. 

Cuba bayangkan jika saya ada 10gram. Bukankah keuntungan saya akan jadi RM900.00? Kalau saya simpan dalam 50gram, bukankah jumlahnya akan mencecah RM4,500.00?! Itu baru 50gram, kalau 100gram? Buka kalkulator, kita congak sama-sama ya.

Sebab itu guru kewangan sebut, banyakkan amaun pelaburan kita. Kalau betul-betul nak melabur, kita labur dalam jumlah amaun yang besar. Barulah kita dapat rasa keuntungan yang besar. Kalau sikit, sikitlah kita dapat. Kalau banyak, banyaklah kita dapat.

Sahli Arifin
Residensi Zamrud
08.12.2020

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula