Simpan Duit Dengan Emas 2.0
Okay, sekarang saya dah tahu yang kita perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Tapi, faham-faham la kan, kalau nampak duit banyak dalam bank tu, tangan ni gatal dia lain macam. So, macam mana nak simpan duit supaya ia kekal amaun sampai cecah 3 bulan gaji?
Simpanan Paksa & Lupa
Ini adalah kaedah yang saya rasa sangat bagus untuk mencapai matlamat simpanan dana kecemasan 3 bulan gaji. Sebab rules dia sangat jelas, paksa simpan dan lupakan.
Untuk hal ini, saya sarankan buka satu akaun khas untuk 'dilupakan'. Dalam masa yang sama, paksa diri untuk simpan dalam 10% daripada gaji yang kita dapat. Kalau gaji kita RM2,000.00 maka kita allocate siap-siap RM200.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun khas kita tadi.
Nak lagi best, set recurring transfer (pindahan wang berulang-ulang) . Kaedah ini akan lebih memudahkan kita untuk buat simpanan tanpa perlu kita transfer manually setiap bulan. Bank akan auto transfer amaun yang kita nak transfer tu dekat akaun khas yang kita buat tu berdasarkan tarikh yang kita tetap. (banyak pulak tu dia ('',)
Contoh, kita set 20hb setiap bulan selama 24 kali, dan amaun sebanyak RM200.00. Jadi, bank akan tolong transferkan RM200.00 setiap 20hb selama 24 kali. Kita tak perlu risau untuk 'lupa' transfer sebab bank akan transferkan setiap kali sampai 20hb sebanyak 24 kali bersamaan 2 tahun. So, selama 2 tahun ni, kita tak perlu nak transfer setiap bulan, sebab sistem bank akan buat kerja tu.
Part paling penting adalah lupakan akaun tersebut. Kita dah set dan biarkan sistem buat kerja. Jangan pula tangan gatal nak intai-intai, sebab kalau dah mulai intai, kita akan nampak amaun baki makin banyak. Dah nampak banyak tu, apa lagi. Kalau hati keras, okay. Kalau hati tak boleh tahan godaan, baik jangan tengok.
Simpan Melalui ASB Loan
Part ni sebenarnya ramai yang buat dan dah ramai yang sentuh. So, saya tak sentuh banyak la bahagian ini. Tapi, ni antara kaedah yang boleh dipertimbangkan untuk dibuat sebab dengan ASB Loan ni, kita terikat dengan loan.
Kalau dah terikat tu, kita akan lebih berjaga-jaga. Iya la kan, apabila dah terikat loan dengan bank, kena jaga bayaran dan pastikan bayaran dibuat setiap bulan, barulah CCRIS atau CTOS kita keluar cantik dan meyakinkan pihak bank untuk bagi loan yang lebih besar kelak seperti nak apply loan beli rumah atau sebagainya.
Simpan melalui ASB Loan ni, antara kelebihan dia wang yang disimpan berada di bawah jaminan kerajaan, dividen diberi setiap tahun, kadar dividen yang tinggi dan banyak lagi. Nak tahu detail, boleh rujuk tulisan orang yang memang cover pasal ASB, sebab diaorang lebih arif dan banyak info.
Susahkan diri untuk keluarkan duit
Kalau nak simpan duit yang banyak-banyak ribu ni, kita kena letak dekat satu akaun yang mana susah atau sulit prosedurnya untuk proses pengeluaran wang. Apabila sulit, kita akan fikir banyak kali kalau nak keluarkan duit. Iya la, sapa nak buat kerja yang renyah kan?
Kalau dulu, Tabung Haji antara yang terbaik sebab proses pengeluaran wang dia memang sulit dan lama. Mana taknya, nak keluarkan duit walaupun RM100.00, kita kena beratur, ambil nombor, isi borang, kena ada buku tabung haji, lepas tu ke kaunter, kena tandatangan, update maklumat diri last baru dapat duit. Kan renyah tu.
Waktu tu, mahu pikir 20 kali kalau nak keluarkan duit dari Tabung Haji. Tapi sekarang ni, dah ada kemudahan link akaun tabung haji dengan akaun bank terpilih. Cucuk je dekat atm bank, dah boleh keluarkan duit. Kan mudah tu.
Kalau nak simpan dekat tabung haji, satu sahaja nasihat saya. Jangan link akaun Tabung Haji dengan akaun bank anda. Biarkan sahaja akaun Tabung Haji anda di 'palau' oleh anda. Nak link kan boleh, just untuk transfer duit ke akaun tersebut sahaja, bukan untuk nak withdraw duit.
Antara kaedah lain juga adalah, kita buka akaun bank macam biasa, tapi kad atm kita bagi dekat mak ayah kita, kalau hati kering, boleh potong je kad tu. Jangan buat online banking. Yang penting kita tahu nombor akaun untuk proses pemindahan wang setiap bulan, tu je. Letak dalam kepala, 'akaun ni aku nak simpan je duit, tak nak buat apa-apa'.
"Roy, Roy, Hati Kau Keras", tiberr.
Simpan Duit Dengan Emas
Dah, bilanya nak cerita simpan duit dengan emas ni? Tajuk simpan duit dengan emas, tapi sentuh bab lain ni, apa cer?
Tahu, tapi saya nak bagi multiple choices kepada anda, supaya anda boleh buat pilihan dalam membina kewangan yang sihat. Macam mana nak simpan duit dengan emas? Kita bincang dekat part 3, boleh? Part 3 nanti, saya akan fokus kaedah nak simpan duit dengan menggunakan emas.
Terima kasih kerana dah baca sampai ke tahap ini. Anda memang seorang yang hebat! Mempunyai jiwa yang murni dan suci dalam membina kewangan peribadi yang kuat, hebat dan sihat!
Terima kasih kerana dah baca sampai ke tahap ini. Anda memang seorang yang hebat! Mempunyai jiwa yang murni dan suci dalam membina kewangan peribadi yang kuat, hebat dan sihat!
Sahli Arifin
Universiti Kebangsaan Malaysia
10.12.2020
hubungi saya https://wa.me/601171610520
Comments
Post a Comment