Perbezaan Akaun GAP (Gold Accumulation Program) dan Akaun Bank
Sekarang ini semua orang boleh beli emas. Nak beli emas pun dah boleh dari rumah, tak perlu keluar rumah nak pergi kedai emas, dan sebagainya. Asalkan ada internet, telefon atau laptop atau PC, kita dah boleh beli emas. Tekan, tekan, tekan dah beli emas.
Kali ini saya nak kongsi satu kaedah yang boleh digunakan oleh para pelanggan yang nak beli emas di syarikat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold. Kaedah ini adalah cara yang paling saya suka dan saya rekemen kepada rakan-rakan di luar sana. Bukan sebab apa, mudah, cepat dan selamat.
Kaedah belian yang saya maksudkan adalah Gold Accumulation Program (GAP) atau bahasa mudah yang saya selalu guna (Program Kumpul Emas). GAP ini sama kaedahnya seperti akaun bank tapi perbezaannya adalah kalau akaun bank, kita simpan duit kertas, tapi akaun GAP ni kita simpan emas. Nampak tak bezanya? Senang cerita, kaedah dan caranya juga hampir sama dengan akaun bank bahkan akaun emas GAP ini lebih baik dan sangat praktikal.
Okay, saya cerita sikit beza atau kaedah yang GAP guna dari awal iaitu nak buka akaun sampailah nak withdraw emas. Kita buat bandingan sikit dengan akaun bank sebab saya cakap tadi, ianya ada iras-iras, kan? Jom kita.
Buka akaun
Akaun Bank : Kita kena pergi mana-mana cawangan bank dan isi borang, lepastu bawa sekali ic, dan tunggu untuk pegawai sediakan kad dan akaun.
Akaun GAP : boleh buka akaun dari rumah. hanya perlu isi form dan submit. selepas submit, anda akan terima emel PG Code (nombor PG / akaun) beserta password akaun Public Gold anda.
Simpanan Permulaan
Biasanya kalau nak buka akaun, kita kena masukkan amaun minimum. Contoh sesetengah bank letakkan syarat, kalau nak buka akaun bank kena buka dengan amaun RM20, ada yang RM50, ada yang RM100 bahkan ada yang RM1,000.
Akaun Bank : minimum untuk buka akaun : RM100
Akaun GAP : minimum untuk buka akaun : RM100 atau 1gram emas
Bila Boleh Guna Akaun?
Akaun Bank : Auto boleh guna selepas semua urusan di kaunter selesai dan anda sudah terima kad debit bank.
Akaun GAP : Boleh buat simpanan selepas 10-15 minit (jangkaan) dari masa anda terima emel dari Public Gold. Ambil masa sikit sebab sistem nak aktifkan akaun GAP. (rasa lama kan?, kalau nak ikutkan hampir sama dengan akaun bank sebab nak aktifkan akaun tu ambil masa, tu yang kita duduk dekat kaunter, tunggu sambil main fon sampailah dia panggil nak serahkan kad bank)
Berapa Boleh Simpan?
Akaun Bank : Berapa banyak yang kita nak simpan, boleh simpan.
Akaun GAP : Berapa banyak gram emas yang kita nak beli dan simpan, boleh beli dan Public Gold akan simpankan.
Caj simpanan
Akaun Bank : Caj akan dikenakan kepada anda setiap tahun sebagai caj tahunan. Berapa? Tertakluk kepada bank masing-masing.
Akaun GAP : tiada caj simpanan.
Kaedah Pengeluaran
Akaun Bank : ATM
Akaun GAP : Ambil emas di mana-mana cawangan Public Gold atau melalui kaedah Gold In Transit (GIT)
Caj Pengeluaran
Akaun Bank : tiada caj pengeluaran
Akaun GAP : kadar dikenakan berbeza mengikut item yang ingin dikeluarkan dari akaun GAP. Caj ini dipanggil Gold Premium.
Pengeluaran Item
Akaun Bank : Fixed by ATM. kita tak boleh pilih nak keluarkan RM1 berapa keping, RM5 berapa keping, atau apa-apa note kertas. Contoh, kita nak keluar RM100, kita nak RM50 dua keping. Tapi kalau ATM tu hanya ada note RM100, keluarlah RM100 sekeping.
Akaun GAP : Boleh pilih item apa yang nak keluarkan dari akaun GAP. Paling kecil adalah 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram, 1000gram atau 1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar, 10 dinar.
Baki Dalam Akaun
Baki diperlukan untuk Akaun kekal aktif.
Akaun Bank : berbeza mengikut Bank. Ada yang tetapkan perlu ada minimum RM20, RM50 atau RM100. Kalau nak keluarkan semua, pun boleh tapi akaun akan ditutup.
Akaun GAP : Minimum 1gram perlu ada dalam akaun. Nak keluarkan semua? Boleh. Akaun akan dikira tidak aktif. Kalau nak aktifkan semula, caj akan dikenakan pada bayaran seterusnya.
Nampak tak perbezaan dan persamaan modus operandi di antara Akaun Bank dan Akaun GAP? Lebih kurang je sebenarnya cuma bezanya di Akaun Bank kita simpan duit kertas tapi di Akaun GAP kita simpan emas.
Nak buka Akaun GAP atau dalam kata lainnya, nak mulai simpan emas? Sekarang dengan GAP, kita dah boleh beli, simpan dan miliki emas dengan kadar minimum RM100 sahaja. Berapa gram emas yang kita dapat kalau dengan RM100? Kalau hari ini (22.12.2020), dengan RM100, nilai wang tersebut akan ditukarkan kepada emas sebanyak 0.3717gram.
Berminat nak buka akaun GAP? Tekan SINI untuk baca kaedahnya. Mudah, cepat dan selamat. Jom sama-sama kita menabung emas.
Sekiranya rakan-rakan nak tahu lebih lanjut tentang perkara di atas, boleh hubungi saya di sini https://wa.link/jcu66m
Sahli Arifin
Kampung Repek
22.12.2020
Comments
Post a Comment