Emas: Aset mampu milik
Memiliki aset
secara peribadi adalah hasrat dan cita-cita setiap orang. Aset akan memberi
nilai tambah dalam sektor kewangan peribadi masing-masing. Cuma, terdetik dalam
hati, bukankah aset itu satu benda yang mahal. Contohnya rumah. Bukankah untuk
memiliki sebuah rumah, paling kurang kosnya RM500,000.00?
Bukan mudah nak
miliki sebuah rumah milik diri sendiri. Lagi pula orang semisal saya, seorang
pelajar. Memiliki sebuah rumah sendiri menjadi hasrat di hati. Satu cita-cita
yang ingin di capai. Tapi, saya mana mampu nak miliki sebuah rumah, dengan
bajet yang kecil yang ada di tangan. kalau nak minta pinjaman dari bank, masih
belum layak. Kan?
Buat masa
sekarang, apa yang saya buat adalah saya beli dan simpan emas fizikal. Kenapa
emas fizikal? Kerana ianya mampu milik. Saya mampu beli emas fizikal seberat
1gram 1bulan dengan bermodalkan RM200 sebulan. Ini adalah cara saya untuk
membeli rumah, iaitu dengan menyimpan emas terlebih dahulu, setelah cukup amaun
yang diperlukan, tibalah masanya untuk menukar emas fizikal (aset kecil) kepada
aset yang lebih besar iaitu rumah atau hartanah.
Kenapa simpan emas bukan
wang kertas?
Saya pilih emas
kerana ia memegang nilai. Saya tahu, saya tidak akan beli rumah atau tanah
dalam masa atau tempoh terdekat. Mungkin dalam masa dua atau tiga tahun
kedepan, dan ia adalah jangka masa panjang. Apa yang saya belajar dari sejarah
wang kertas dan emas, wang kertas tidak mampu memegang nilai untuk masa
panjang. Nilainya akan merosot, tetapi emas tidak. Nilainya tetap terjaga.
Untuk orang
seperti saya yang tidak mampu membeli aset besar yang tidak mampu milik, apa
kata kita tabung aset kecil yang lebih mampu milik. Aset kecil akan menjadi
besar jika kita pandai dalam mengurus aset tersebut. Antaranya, tambah ilmu
tentang simpanan emas dan perbanyakkan simpanan. Makin banyak simpanan, makin
besar nilai aset kita. Semakin besar nilai aset kita, semakin cepat kita dapat
gapai aset besar yang menjadi impian kita itu.
Sahli Arifin
22.12.2016 07:33AM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment