Ambil emas Public Gold di Pos Ar-Rahnu
Nampaknya syarikat
Public Gold mulai melangkah lebih maju dan terkehadapan. Kemudahan untuk
membeli dan mengambil emas dipermudahkan sehingga ke tahap ini: “Anda boleh
mengambil emas anda di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia”.
Jika sebelum ini,
menjadi masalah bagi pembeli emas Public Gold untuk membuat proses pengambilan
emas disebabkan alasan ‘pejabat PG jauh dari kediaman’, maka pihak Public Gold
bekerjasama dengan Pos Ar-Rahnu dan Alhamdulillah, masalah tersebut selesai. Tiada
lagi alasan ‘pejabat jauh’ kerana anda boleh ambil emas anda terus dari
mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.
Kenyataan rasmi
telah dikeluarkan oleh pihak Public Gold dan proses atau sistem ini bakal
bermula pada hari ini iaitu 15.12.2016 sehingga ke tahun-tahun kedepan. Perbezaannya
adalah pada caj premium emas sahaja. Caj premium untuk pengambilan emas di
cawangan Pos Ar-Rahnu, boleh disemak di laman web Public Gold di bahagian place
order.
Cara pembelian dan
pengambilan
Cara masih sama
iaitu pada proses pembelian atau place order. Cuma bezanya adalah pada
pemilihan branch dan caj gold premium sahaja. Sewaktu anda mahu membuat
pembelian, anda perlu pilih branch terlebih dahulu, maka klik di bahagian “Outlet”
dan pilih cawangan Pos Ar-Rahnu yang menjadi pilihan anda (Outlet > Pos
Malaysia > pilih branch Pos Ar-Rahnu) dan step seterusnya adalah sama
seperti yang saya gariskan di artikel Cara Pembelian Emas: Pembelian Biasa.
Langkah pertama: pilih outlet (Pos Malaysia) terlebih dahulu |
Langkah kedua: pilih mana-mana cawangan berhampiran dengan anda |
Caj Gold Premium di tulis di kolum tersebut. Caj agak berbeza memandangkan proses pengambilan emas bukan di branch Public Gold, tetapi di cawangan Pos Ar-Rahnu, maka caj nya sedikit berbeza. |
Anda boleh semak senarai cawangan Pos Ar-Rahnu beserta nombor telefon pejabat setiap cawangan di SINI. Sebelum nak ambil emas dari cawangan Pos Ar-Rahnu, telefon terlebih dahulu cawangan tersebut dan nyatakan order anda; tanya samada stok sudah ready atau belum.
P/S: sistem ambil emas di Pos Ar-Rahnu
hanya VALID untuk pembelian emas yang menggunakan kaedah non-GAP SAHAJA. Jika pembelian
emas GAP, anda perlu ke branch Public Gold untuk collect emas anda.
P/S: jika ada sebarang persoalan dan
kemusykilan, boleh terus mesej dan tanya pada dealer atau introducer anda
tentang hal ini, Insya Allah, mereka akan guide. Jika mahu berhubung dengan
saya, boleh wasap saya di https://wa.me/601171610520
Sahli Arifin
15.12.2016 05:54PM
Mahallah Zubair
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment