Jangan Tangguh Bayar Hutang
Waktu berhutang,
masya Allah. Baiknya dia. Cakap dan laras bahasanya sopan sahaja. Janji manis
terus meniti keluar dari bibirnya. “saya janji, dalam 3 bulan lagi, saya bayar
balik. Percayalah dekat saya, takkanlah saya nak menipu. Kita kan kawan”
Itu dialog biasa
yang kita akan dengar jika kita sebagai pemberi hutang atau pemiutang.
Kadang-kadang kita akan rasa kasihan dengan si penghutang disebabkan ayat yang
diguna terlalu bombastik sehingga membuatkan kita rasa bersalah pula kalau tak
bagi pinjam. Siapa tak nak bantu kawan yang ‘terdesak’.
Emosi Pemiutang dan
Penghutang
Tapi, masalah
bagi kita sebagai pemiutang bukannya pada waktu beri pinjam tapi waktu nak
ambil pinjaman. Kalau boleh, kita tak mahu meminta-minta, paksa-memaksa. Ayat
“bila nak bayar hutang?” terasa begitu berat untuk diungkap. Kita pula yang
rasa malu dan segan. Pelik kan? Padahal itu duit kita dan kita meminta hak kita
semula. Haih. (mengeluh).
Penghutang? Rilek
ja. Kadang-kadang tengok, ‘diaorang ni tak ada rasa bersalah ke? Tak ada rasa
nak bayar balik ke hutang’, getus hati. Tengok gaya macam dah ada duit, boleh
beli itu dan ini, boleh belanja kawan-kawan yang lain, boleh makan dekat tempat
mewah lagi. Aduh. Sakit pula hati kalau tengok keadaan macam ini.
Hutang mampu memutuskan tali
kawan
Patutlah guru
kewangan saya sering sebut, hutang ini bahaya. Ibarat pisau, boleh memotong dan
memutuskan tali persaudaraan. Umi (panggilan untuk emak saya) pun pernah pesan,
kalau nak bagi pinjam duit, bagi amaun yang kecil yang tak mampu membuatkan
hati kita tak senang jika sudah sampai tempoh bayar hutang. Yang mana, amaun
itu boleh membuatkan kita sebut, ‘tak apalah, aku kira halal la’. Kalau nak
bagi amaun besar, umi pesan, jangan sesekali lupa TULIS. Biar dua-dua pihak
jelas tentang amaun dan kata janji, supaya sama-sama senang dan tidak merana.
Saya nasihatkan
pada para penghutang sekalian, janganlah duk tangguh-tangguh bayar hutang tu.
Ada duit, terus bayar, langsaikan hutang kita. Secepat yang mungkin, supaya
persaudaraan dan per’kawan’an kita terus baik dan terjalin. Kawan kita tak
ungkit, bukannya sebab dia lupa atau tak nak hutang dikembalikan, tetapi mereka
terlalu baik untuk meminta, risau kot-kot kita ni yang meminjam masih belum
mampu nak bayar.
Tapi, kalau mampu
beli barang mahal, belanja orang, makan dekat restoran mahal, tukar fon, lepas
tu upload dekat media sosial, masih tak nak bayar. Hati pemiutang mana tak
panas tengok.
Jangan tangguh
ya, untuk bayar hutang. Takut-takut nanti, kita pula yang ditangguhkan oleh
Allah. Tangguh daripada melepasi langit dunia. Ada sahaja duit, terus bayar.
Cepat-cepat langsai hutang.
Ada hutang? Cepat
langsaikan.
Sahli Arifin
07.12.2016 10:25AM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment