Alternatif: Simpan Emas untuk Dijadikan Mas Kahwin

Sekarang dah jadi trend, dinar emas dijadikan mas kahwin pada satu-satu majlis pernikahan orang kita. Ada yang jadikan 1 dinar emas sebagai mas kahwin, ada yang 5 dinar, 10 dinar dan berdinar-dinar lah, mudahnya. Tapi, berbaloikah dijadikan dinar sebagai mas kahwin?

Emas menjadi aset yang kekal dan bernilai

Ia bakal menjadi satu aset yang kekal dan menjadi satu tanda atau nilai sentimental bagi si isteri. Mana tidaknya, si suami menyimpan emas dan memberinya kepada si isteri dengan penuh rasa cinta. Sekeping dinar pula bukannya berharga RM80 sekeping, tapi RM800. Kalau diberi 10 Dinar, aset kekayaan isteri adalah RM8000.
Kredit foto: onegolddinar.com
Apabila mas kahwin dalam bentuk emas, kebiasaannya ia lebih tersimpan rapi dan nilainya terjaga serta tidak terusik. Kebiasaanya, ia akan di simpan dan tidak akan diguna melainkan pada waktu yang betul-betul terdesak yang memerlukan wang kecemasan. Pada waktu itu, barulah dinar tersebut dijual atau digadai. Jika tidak, kepingan-kepingan emas tersebut pasti tersimpan rapi.

Berbeza dengan wang kertas yang dijadikan mas kahwin. Mungkin akan nampak banyak dan gah kerana mas kahwinnya adalah RM8000 tunai. Tetapi, kebiasaannya wang tersebut tidak bertahan lama. Apabila mata dapat lihat kepingan kertas yang bertingkat-tingkat, mulai la tangan gatal nak beli itu dan ini. Lebih-lebih lagi pasangan yang baru berumah tangga, lagi banyak benda yang ingin dibeli, baik perabut rumah, mesin basuh, almari, rak pinggan dan mangkuk dan banyak lagi.

Jadi, apabila mas kahwin diberi dalam bentuk emas, ia tidak tersentuh mahupun terusik. Nilainya kekal dalam bentuk emas, bak kata orang, ‘sayang nak jual’. Tambahan lagi, apabila dalam bentuk emas, ia boleh jadi satu nilai sentimental buat pasangan mempelai. Jika emas itu masih tersimpan dalam jangka panjang (contohnya 5 tahun), time anniversary ke-5, si isteri kata, ‘abang, ni la dinar emas yang abang bagi dekat sayang pada hari perkahwinan kita, sayang masih simpan tau,. Bukankah itu satu nilai sentimen yang agak sweet buat si suami?

Strategi simpanan emas untuk mas kahwin

Strategi bagi saya, kena ikut bakal pengantin. Berapa keping dinar yang dimahukan dan berapa lama tempoh yang diperlukan sebelum ke jinjang perkahwinan. Saya bagi contoh si Khairil bakal menikah pada awal tahun 2018. Tempoh masa sebelum nikah adalah satu tahun, dan dia mahu jadikan 10 Dinar sebagai mas kahwin.
Emas 1 Dinar Public Gold, beratnya 4.25gram, berketulenan 999.9
Strategi yang terbaik dan tidak membebankan adalah, simpan 1 Dinar setiap bulan. Dalam masa 10 bulan sahaja, Khairil sudah memiliki 10 keping dinar emas. Apabila guna cara ini, Khairil tidak terasa terbeban kerana setiap bulan dia hanya perlu keluarkan RM800 sahaja, berbanding jika dia beli 10 Dinar sekaligus; RM8000. Mana yang lebih nampak ringan? RM800 sebulan atau RM8000 sekali bayar?

Bincang dengan bakal isteri

Sebelum mahu ke jinjang pelamin, silalah bertemu dengan bakal isteri dan dapatkan kepastian dari beliau dan persetujuan darinya dan juga ibu dan bapanya, apakah mereka setuju dengan penggunaan dinar sebagai mas kahwin. Jika mereka setuju, tak perlu fikir banyak sebab kita memang dah ada dinar emas dalam simpanan.

Tapi, jika mereka tidak bersetuju dan mereka lebih prefer wang tunai; ia tidak menjadi masalah bagi kita si penyimpan dinar kerana dinar adalah duit berlainan bentuk. Duit kita masih ada, bukannya hangus. Kita boleh jual atau gadaikan emas kita dan kita boleh dapatkan wang tunai secara serta merta. Untungkan? Yang paling untung, sepanjang kita menyimpan emas, wang dan nilai tersebut tersimpan kukuh dalam bentuk emas dan ia tidak ‘bocor’.

Cara terbaik untuk beli 1 Dinar emas

Terkadang, anak-anak muda yang masih di bangku universiti sudah menyedari hakikat ini, yang mereka perlu menyimpan untuk majlis perkahwinan mereka. Kos untuk majlis perkahwinan bukan seribu dua, tapi lebih dari itu, dan tidak dapat tidak mereka perlu menyimpan lebih awal agar tidak terasa bebanan pada saat hampirnya hari perkahwinan nanti.

Untuk kondisi sebegitu, saya cadangkan anda beli melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program) yang disediakan oleh pihak Public Gold kerana anda boleh membeli emas serendah 1 gram pada bila-bila masa sahaja dan anda boleh tambah gram emas anda sebanyak mana yang anda mahu dan yang paling best, pihak syarikat Public Gold akan simpankan emas anda tanpa sebarang caj simpanan.

Jika anda rasa nak pegang sendiri atau sudah cukup 10 Dinar mengikut target anda, maka anda boleh keluarkan emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Anda hanya perlu telefon mana-mana branch yang anda prefer untuk ambil emas anda dan tanyakan stok. Jika stok dah ready, terus ke pejabat dan bayar harga premium emas dan emas anda akan diserahkan oleh staf pejabat.

Mudah-mudahan ada manfaat dan ada kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya. Moga-moga ia dapat membantu kita semua dalam membuat perancangan untuk membina masjid yang tersergam indah.

Sahli Arifin
25.12.2016 06:28PM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula