Alternatif: Simpan Emas untuk Kerjakan Umrah
Setiap orang yang
beragama Islam pasti ada impian dan cita-cita serta keinginan untuk mengerjakan
umrah dan haji; atau menjejakkan kaki ke dua tanah suci iaitu Mekah dan
Madinah. Mungkin dalam senarai panjang ‘list-to-do’ di selitkan
cita-cita ini; mungkin ada yang menulis “ingin mengerjakan umrah bersama kedua
ibu bapa tercinta” atau “bersama dengan pasangan” atau “bersama satu keluarga”.
Untuk mengerjakan
umrah, tentu sahaja memerlukan dana dan peruntukan kewangan untuk membayar
harga tiket penerbangan, hotel, caj tambang pergi jalan-jalan sekitar tanah
haram dan sebagainya. Tapi, kita tak perlu nak susahkan diri untuk kira semua
itu satu persatu sebab pihak agensi travel sudah buat pakej siap-siap untuk
kita. Kita hanya perlu sediakan duit dan tempah seat. Selesai.
Harga ‘average’
untuk kerjakan umrah dalam kondisi yang agak selesa (hotel dekat dengan masjid
haram, makan minum dan pusing-pusing tempat sejarah), adalah dalam lingkungan
RM8000.00; all in. Jadi, sebelum kita nak tempah seat untuk kita sendiri
atau untuk ibu dan ayah, paling kurang kena ada RM8000 untuk satu kepala.
Simpan dinar setiap
bulan
Jika seseorang
itu inginkan cara yang selamat (nilai wang yang tidak susut dan selamat dari
‘bocor’), maka saya rasa menyimpan dalam bentuk emas lebih sesuai. Kerana
apabila menyimpan dalam bentuk emas, wang kita sudah berubah bentuk dari wang
kertas kepada logam kuning (emas) dan kita dah tak nampak emas itu sebagai satu
alat untuk dijadikan transaksi jual beli tetapi sebagai alat untuk simpan. Kita
akan simpan betul-betul; dekat tempat yang selamat.
Jika dibuat
kira-kira, setiap seorang perlu ada RM8,000. Harga 1 Dinar emas pula dalam
lingkungan RM800 sekeping. Jadi, jika seseorang itu sudah ada 10 Dinar (1 Dinar
: RM800 x 10 = 10 Dinar : RM8000), maka dia sudah mampu untuk menempah satu seat
bagi mengerjakan umrah.
Jika setiap
bulan, saya konsisten menyimpan 1 Dinar; maka dalam masa 10 bulan saya sudah
ada 10 Dinar. Cukup 10 Dinar, saya boleh mula jual atau pajak emas saya dan
serahkan wang tersebut pada ejen syarikat pelancongan dengan hati yang penuh
gembira dan ceria.
Cara terbaik untuk beli
1 Dinar setiap bulan
Untuk membeli 1
Dinar setiap bulan, anda boleh beli secara langsung atau retail dengan pihak
syarikat di pejabat atau cawangan syarikat dan simpan sendiri di dalam rumah
masing-masing. Tapi, jika dirasakan menyimpan sendiri satu risiko dan
membuatkan anda tidak tidur lena, saya sarankan anda beli melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program) yang disediakan oleh pihak Public Gold kerana syarikat Public Gold akan
simpankan emas anda tanpa sebarang caj simpanan.
Selepas anda
membuat pembelian melalui kaedah GAP, anda tidak perlu risau lagi tentang
masalah ‘di mana nak simpan’ dan anda boleh tidur dengan lena dan nyenyak. Anda
boleh semak penyata simpanan anda dan membuat pembelian pada bila-bila masa
sahaja.
Jika anda rasa
nak pegang sendiri atau sudah cukup 10 Dinar mengikut target anda, maka anda
boleh keluarkan emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold seluruh Malaysia.
Anda hanya perlu telefon mana-mana brach yang anda prefer untuk ambil emas anda
dan tanyakan stok. Jika stok dah ready, terus ke pejabat dan bayar harga
premium emas dan emas anda akan diserahkan oleh staf pejabat.
Mudah-mudahan ada
manfaat dan ada kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya. Moga-moga ia dapat
membantu kita semua dalam membuat perancangan dalam menggapai impian untuk ke
tanah suci.
Sahli Arifin
14.12.2016 02:50PM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.
Comments
Post a Comment