Elakkan berhutang
Umi selalu pesan,
“jangan berhutang sebab hutang itu dapat menjerat diri. Silap hari bulan,
menjerut leher dan memakan diri”. Zaman sekarang ni, semua hutang kan? Beli
rumah hutang, beli kereta hutang, beli motor hutang, beli telefon hutang, beli
kerusi untuk ruang tamu pun hutang. Bayaran ansuran per bulan semakin meluas
penerapannya.
Umi pesan, “selagi
mana mampu bayar cash on the spot, bayar cash. Jangan ajar diri berhutang.
Sekali kita ajar diri kita berhutang, diri kita akan senang dengan hutang, rasa
selesa berhutang”. Sebab apa? Sebab dengan hutang atau bayar ansuran, kita
tidak akan rasa terbeban sebab kita bayar ansur-ansur, sikit-sikit. Berbeza
dengan bayar tunai sekaligus. Bayar tunai secara on the spot dirasakan berat
sebab kita bayar dengan amaun yang besar.
Tabiat terpupuk
Apabila tabiat
berhutang dipupuk, ia bakal menjerat dan menjerut diri. Apabila ia telah
terpupuk dan terbina, semua benda akan beli secara ansuran. Beli kerusi
ansuran, beli almari ansuran, beli jam ansuran, beli rice cooker ansuran, kalau
boleh semua nak ansuran. Saya tidak nafikan, ada kebaikannya, tapi keburukannya
lebih besar. Kenapa?
Kita tidak akan
merasa kekayaan kita secara langsung dan terus. Iya la, sebelum kita sempat
merasa gaji yang bernilai ribuan ringgit, gaji sudah dipotong untuk membayar
installment. Jika bayaran ansuran itu bernilai RM500 dan gaji kita RM2000, kita
hanya mampu merasai kekayaan sebanyak RM1500 sahaja pada bulan tersebut.
Berbeza dengan
orang yang bayar cash. Dia dapat rasakan nilai RM2000 kerana ia tidak ditolak
oleh mana-mana bayaran ansuran. Dia beli, bayar terus. Mungkin waktu bayar tu,
kita akan rasa berat dan duit berkurang dengan cepat, tetapi, kebaikannya,
bulan hadapan kita masih akan merasa RM2000 kerana kita tidak ada komitmen
untuk bayaran ansuran.
Kalau mampu, bayar terus
Sebab itu, umi
saya pesan dengan nada yang jelas. Kalau boleh elakkan, elakkan belian ansuran.
Tapi, kalau tak mampu, beli lah guna ansuran, tak apa. Macam kereta misalnya
atau rumah. Kita nak beli cash, memang tak la jawabnya. Siapa mampu melainkan
orang berharta banyak. Kadang-kadang, orang berharta pun beli bayar ansuran
memandangkan sistem kerajaan yang meletakkan syarat untuk belian ansuran. Beli
cash boleh, tapi banyak la soalnya nanti, kan?
Lunaskan hutang dengan
segera
Umi saya ajar,
kalau bayar secara ansuran, contohnya kita kena bayar ansuran RM600 untuk
belian kereta kita. Jika kita ada duit lebih, bayar lebih. Biar cepat kita
langsai hutang. Saya bercakap dengan umi pasal bayaran kereta, umi jawab:
“kalau ada duit lebih, kita bayar lebih, malas nak ikat diri dengan hutang.
Biar lunas cepat-cepat sikit. Tak ada la nak fikir bayar hutang setiap masa”.
Umi ajar dan
selalu tekankan, jangan ikat diri dengan hutang. Kalau berhutang, lunas
cepat-cepat. Jangan tangguh-tangguh. kalau menangguh, nanti mati, kita pula
yang ditangguhkan. Sebab tak bayar hutang.
Sahli Arifin
06.12.2016 10:23AM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.
nasihat terbaik bro,dalam kebanyakan sistem berhutang di dunia ini berasaskan riba, dalam Islam melarang riba. Oleh itu elakkan berhutang secara riba. betulkan saya jika saya silap
ReplyDeleteBetul. Kebanyakannya, tapi ada ja yang selamat dari riba.
DeleteRiba atau tidak, sebaiknya elakkan berhutang. Hidup tenang sentiasa. Peace of mind. 😊