Alternatif: Simpan Emas untuk Pendidikan Anak-Anak

Semua orang yang sudah berumah tangga, mesti mereka akan fikir tentang anak-anak mereka. Jika yang sudah mempunyai anak, fikiran mereka pasti tertumpu pada anak mereka. Segala aspek dipandang serius, terutamanya tentang soal pendidikan mereka. Lebih-lebih lagi pendidikan mereka di usia remaja, di arena universiti kelak.

Kebanyakan kawan saya yang bertanya tentang simpanan emas ini, mereka mempunyai alasan yang hampir sama kenapa dan mengapa mereka ingin menyimpan emas. Bukan untuk diri mereka tetapi untuk anak mereka. Untuk tanggungan dana dan kos pengajian mereka kelak. Kebanyakannya sedar bahawa, simpanan wang untuk jangka panjang agak tidak sesuai. Buktinya boleh kita rasa sendiri. RM50 dahulu zaman kita kecil, mana sama dengan nilai RM50 zaman sekarang.

Mereka fikir, jika simpan dalam bentuk wang, mungkin nombor dan jumlah wang itu bertambah. Digit membesar dan panjang serta banyak bilangannya. Tapi, kuasa belinya bagaimana nanti. RM10,000 sekarang, adakah bakal sama dengan nilai RM10,000 akan datang? Anak kita akan guna pada umur 20 tahun, adakah nilai RM10,000 tetap sama pada 20 tahun akan datang?

Mereka risaukan hal ini. Jadi, mereka mengambil inisiatif untuk menabung dalam bentuk emas, kerana mereka percaya yang emas dapat memegang nilai dan akan tetap bernilai walupun disimpan ratusan tahun. Bahkan, harga emas akan meningkat naik dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Simpan gram emas dari awal

Jika kita anggarkan, biaya untuk pengajian di universiti nanti sekitar RM35,000 – RM40,000. Maka kita buat kira-kira, berapakah nisbah atau gram emas yang diperlukan untuk mencapai nilai tersebut. Jika ikut harga semasa sekarang, kita anggarkan 1gram = RM185. 
RM40,000 ÷ RM185 : 216gram.

Duit tersebut akan diguna tatkala umur anak kita sekitar 19 tahun. Jika kita konsisten menyimpan 1gram 1bulan, dalam masa 18 tahun, kita akan dapat kumpul 216gram emas tersebut (12bulan x 18tahun). Insya Allah, pada waktu itu, kita dah tak perlu fikir nak korek duit dari bank atau buat pinjaman dan sebagainya; hanya perlu ke pejabat syarikat dan jual atau ke ar-Rahnu dan buat pajakan. Insya Allah, anak kita tak perlu bergantung pada sebarang bentuk pinjaman, kerana kita sudah sediakan dana pengajian untuk mereka awal-awal lagi.

Cara terbaik untuk simpan 1gram

Jika kita beli 1gram secara retail dari syarikat-syarikat emas di luar sana, saya yakin harganya adalah sekitar RM210-230 sekeping. Harga emas 1gram memang agak mahal kerana ianya kecil dan kos pembuatan atau minting agak tinggi. Jika tidak percaya, boleh la singgah mana-mana kedai dan tanya berapa harga emas 1gram. Tanya berapa harga emas 1gram; bukannya harga emas per gram.

Untuk cara simpanan 1gram 1bulan, saya sarankan anda menggunakan kaedah GAP yang disediakan oleh Public Gold kerana mengikut kajian dan penilitian saya, cara tersebut lebih mudah dan selamat serta sesuai buat masa sekarang. Tambahan lagi, harga 1gram emas GAP lebih murah, hanya sekitar RM180-RM190. Untuk ketahui lebih lanjut tentang GAP, boleh rujuk SINI.
GAP: Gold Accumulation Program atau bahasa mudahnya Program Kumpul Emas
Mudah-mudahan ada manfaat dan ada kebaikan yang dapat diperolehi daripadanya.

Sahli Arifin
17.12.2016 03:47PM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula