Cara beli emas: GAP

Buat makluman pembaca, Public Gold menyediakan dua platform pembelian emas. Dua kaedah pembelian emas: (1) GAP (Gold Accumulation Program) dan (2) non-GAP (Pembelian Retail/Biasa). Untuk pembelian non-GAP, boleh rujuk di artikel: Cara Beli Emas: Pembelian Biasa.

Apa itu GAP? GAP adalah singkatan bagi Gold Accumulation Program atau dalam bahasa mudahnya, Program Kumpul Emas. Dalam akaun anda nanti, anda boleh kumpul berapa banyak gram emas yang anda mahu dan anda boleh keluarkan emas anda pada bila-bila masa sahaja. Boleh baca lebih lanjut di ruangan yang bertajuk: Simpan Emas Melalui Kaedah GAP.
Jika anda masih belum mempunyai akaun GAP, dan mahu membuka akaun GAP, boleh rujuk langkah pendaftaran di SINI.

Langkah pembelian yang saya tunjukkan disini adalah untuk proses penambahan gram sahaja atau pembelian seterusnya selepas pendaftaran (Next Purchase). Untuk pembelian pertama, jangan ikut langkah ini, tapi ikut langkah yang saya gariskan di SINI.

Ada dua cara untuk tambah belian GAP:

Cara #1: Melalui Kaedah FPX

Pergi ke laman web Public Gold: www.publicgold.com.my, refer harga GAP dan klik button "Buy Now". Untuk kaedah FPX, ada caj RM1 setiap transaksi. Selepas anda klik button tersebut, anda akan dibawa terus ke ruang pembelian dan pembayaran.
Harga GAP dirujuk di dalam ruangan ini. Untuk FPX, hanya perlu tekan button "Buy Now"

Cara #2: buat secara manual melalui web:

#1- Masukkan duit ke mana-mana akaun atas nama Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

   5571 3923 8048 (Maybank) (GAP)
   5071 3410 4563 (Maybank)
   3167 52 0833 (Public Bank)

#2- Login web > My GAP > Puchase > Normal Payment. Lepas tu masukkan maklumat belian & upload slip bayaran.

#3- Tunggu PG update GAP Statement dalam masa 2 hari bekerja.

Selesai.


Untuk ilustrasi cara pembelian dan penambahan gram, boleh download di SINI.

Sahli Arifin
08.12.2016 06:46PM
Mahallah Zubair,
UIAM, Gombak.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula