Posts

Showing posts from 2020

Perak : Simpanan & Pelaburan

Image
Biasanya orang duk cerita pasal emas, tapi tak ramai yang sentuh pasal satu lagi logam yang berharga yang biasa datang bersama dengan emas, iaitu perak. Mungkin kita di Malaysia agak kurang serasi atau familiar dengan perak sebab kita lebih senang bercerita tentang emas. Mungkin juga disebabkan faktor penggunaan perak di Malaysia yang kurang menyerlah atau jualan perak tidak mendapat sambutan daripada pembeli. Perak atau dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai silver adalah satu logam yang hampir sama dengan emas pada satu sudut iaitu memegang nilai wang. Kalau dalam dunia Islam, lebih dikenali sebagai dirham dan dirham digunakan sebagai salah satu matawang di dalam urusan seharian. Betul ke perak pun mampu menjaga nilai wang seperti emas? ha, ni kita cerita kat bawah satgi. Meskipun tidak ramai yang bercerita tentang perak, tapi tahukah anda bahawa perak adalah satu logam yang sesuai untuk disimpan dan dilaburkan? Tulisan kali ini saya akan sentuh serba sedikit kenapa perak (kelebihan ...

Matlamat Dalam Kewangan Peribadi

Image
Dalam membina dan merancang kewangan peribadi, satu perkara yang perlu diambil serius dan perhatian yang penuh iaitu matlamat. Apa yang kita mahu dalam kewangan peribadi kita? Matlamat yang paling besar yang ingin dicapai oleh semua orang adalah Bebas Kewangan . Waktu sesi perbincangan dan sesi bersama rakan-rakan, kebanyakannya tak ada pun yang kata mereka nak capai bebas kewangan. Kebiasaan matlamat mereka apabila saya tanya adalah, 'saya tak nak dibelenggu hutang dah, nak bebas daripada hutang', 'saya dah tak nak fikir pasal gaji dah, saya nak ada waktu yang saya dah tak perlu risau pasal duit sebab duit dah banyak', 'saya nak ada bisnes yang bagi pulangan yang lumayan' dan macam-macam lagi. Tapi, saya bagi rumusan bagi matlamat yang mereka kongsi tu adalah sebenarnya mereka mahukan status bebas kewangan. Bebas kewangan ini adalah satu tangga yang paling tinggi dalam kewangan peribadi. Boleh kata kemuncak dalam kewangan peribadi. Tapi, nak capai bebas kewanga...

Cara Buka Akaun GAP (Gold Accumulation Program) Terkini

Image
Anda berminat untuk buka Akaun GAP atau terma yang saya selalu guna pada rakan saya iaitu Akaun Emas? Bagus, tindakan anda sekarang adalah terbaik dan tepat pada masanya. Tahniah untuk anda. Kita tepuk tangan sikit. 👏👏👏 Macam mana nak buka? Jom kita start.  1. Klik pautan ini, kalau tak boleh klik, select (copy) dan paste di tab Google anda :  http://eform.publicgold.com.my/index.php/registration/reg/dealer/PG00067078/1 nanti akan keluar form seperti ini: 2. Isi form yang dipamerkan selepas anda tekan pautan di atas iaitu:     Nama     No. Kad Pengenalan     Emel     No. Telefon     Pilih Cawangan Public Gold yang anda prefer     Tekan Submit 3. Anda akan diberikan PG code selepas anda tekan submit. Emel mengenai maklumat terperinci akaun juga akan dihantar oleh sistem yang akan ada maklumat PG code dan Password. Sila semak emel anda. Part menarik: selepas anda sudah dapat emel PG code dan password, anda sudah bole...

Perbezaan Akaun GAP (Gold Accumulation Program) dan Akaun Bank

Image
Sekarang ini semua orang boleh beli emas. Nak beli emas pun dah boleh dari rumah, tak perlu keluar rumah nak pergi kedai emas, dan sebagainya. Asalkan ada internet, telefon atau laptop atau PC, kita dah boleh beli emas. Tekan, tekan, tekan  dah beli emas.  Kali ini saya nak kongsi satu kaedah yang boleh digunakan oleh para pelanggan yang nak beli emas di syarikat emas terbesar di Malaysia iaitu Public Gold. Kaedah ini adalah cara yang paling saya suka dan saya rekemen kepada rakan-rakan di luar sana. Bukan sebab apa, mudah, cepat dan selamat. Kaedah belian yang saya maksudkan adalah Gold Accumulation Program (GAP) atau bahasa mudah yang saya selalu guna (Program Kumpul Emas). GAP ini sama kaedahnya seperti akaun bank tapi perbezaannya adalah kalau akaun bank, kita simpan duit kertas, tapi akaun GAP ni kita simpan emas. Nampak tak bezanya? Senang cerita, kaedah dan caranya juga hampir sama dengan akaun bank bahkan akaun emas GAP ini lebih baik dan sangat praktikal. Okay, saya c...

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula

Image
Ramai yang beli dan menyimpan emas tak kira sama ada emas itu adalah emas perhiasan atau emas pelaburan. Rakan-rakan saya pun dah ramai yang membeli emas dan celik tentang kepentingan dan kelebihan menyimpan emas. Waktu pertama kali nak beli emas atau tiba masa untuk membeli emas, apa yang biasa kita buat? Kebiasaannya kita akan tengok harga dahulu, kan? Waktu ini kita akan tengok satu-satu dan kadang-kadang kita bandingkan dahulu antara beberapa kedai semata-mata untuk tengok emas mana yang murah. Apabila kita dah jumpa kedai atau syarikat yang jual emas dengan harga yang murah, apa lagi yang ditunggu, bedal la. beli dan simpan. ramai tak yang buat macam ni? mungkin ramai dan mungkin tidak, tapi inilah saya sebelum belajar lebih mendalam dalam ilmu emas. Selepas saya belajar dan belajar tentang emas, barulah saya sedar. nak beli emas ni, jangan tengok harga sahaja, tengok juga aspek yang lain. paling penting adalah emas yang kita beli tu, boleh jual balik tak? poin ni ramai yang ambil...

Faham dan Sedar Mengenai Simpanan Emas

Image
Waktu Gold Rush ni, ramai yang ambil kesempatan untuk membeli dan menyimpan emas sampai banyak kedai diserbu, bukan setakat itu sahaja, ada yang kedai terpaksa tambah stok yang banyak demi memenuhi kehendak pelanggan.  Tambahan pula harga emas yang tengah jatuh sekarang ni, memang kena ambil peluang dan kesempatan yang datang di depan mata. Mana tidaknya, pada bulan April - Mei, harga emas pernah cecah sehingga RM285/gram, hari ini harganya hanya RM266/gram. Diskaun sebanyak RM19! Memang bagus untuk membeli dan menyimpan emas, tapi ada benda yang paling penting sebelum kita nak membeli emas. Apa dia? Tanya pada diri, kenapa kita beli emas? Adakah sebab trend sekarang yang ramai membeli emas? atau sebab kita nak simpan bagi tujuan yang khas seperti simpan sebab nak kumpul modal nak beli rumah? simpanan kecemasan? atau hanya sekadar ikut-ikut? Beli Emas Itu Bagus Benar sekali. Beli emas itu bagus, tapi lagi bagus sekiranya kita tahu kenapa kita membeli emas. Bukan setakat tahu, tapi...

Alternatif: Simpan Duit Kecemasan Kepada Emas

Image
Kebanyakan masyarakat dah sedar tentang kepentingan menyimpan wang lagi-lagi untuk kecemasan. Kalau saya jumpa rakan-rakan saya, dan saya sentuh pasal dana kecemasan, mostly semua tahu kepentingan dan kebaikannya. Bahkan ada yang sebut, 'kita ni kena ada simpanan paling kurang 6 bulan gaji'. Saya iyakan saja. Betul la tu, walaupun saya secara peribadi sarankan paling minimum 3 bulan gaji. Tapi, kalau 6 bulan gaji lagi bagus. Cuma, satu je masalah yang biasa dihadapi, bahkan saya sendiri pun sama. Nak simpan 3 bulan gaji tu, bukannya mudah cik oi. Bayangkan kalau sebulan gaji RM2,000.00 tak ke jumlahnya RM6,000.00 kalau nak kena menyimpan untuk 3 bulan gaji? Susahnya bukan apa, sebab mata ni hah, nampak duit lebih dalam akaun bank ja, mula la dia. pikir itu, pikir ini, nak beli itu, nak beli ini. Mana taknya, tengok-tengok dalam akaun bank ada RM2,300.00 walhal duit gaji dah habis buat beli barang dapur, bayar kereta, rumah, itu dan ini. Tup-tup, tengok dalam satu lagi akaun ba...

Simpan Duit Dengan Emas 3.0 [Final]

Image
Baiklah, lepas 2 artikel kita dah cerita tentang simpanan dan kaedah alternatif dalam menyimpan wang, untuk posting kali ni kita akan fokus kepada tajuk dia iaitu menyimpan duit dengan emas. Kalau pada posting 2.0 saya, saya sentuh tentang simpanan berbentuk wang kertas yang boleh disimpan di dalam bank atau medium yang pelbagai, tapi untuk kali ni kita akan cerita macam mana simpan duit tapi dengan emas. Maksudnya, kita tak simpan wang kertas, kita tukar wang kertas tersebut menjadi emas. Maka, jadilah ia menyimpan wang / duit dengan emas. So, macam mana? Beli Emas Kalau nak simpan duit dalam bentuk emas, tentu-tentulah kaedahnya adalah dengan membeli emas dan menabung emas, bukan lagi duit kertas. Dalam erti kata lain, kalau ada duit kertas yang kita nak simpan, cepat-cepat tukarkan bentuknya daripada duit kertas tersebut kepada emas. lepas tu, simpan emas tersebut. Kenapa Emas? Seperti yang kita bincang dalam artikel sebelum ini, kita dinasihatkan dan disarankan untuk menyimpan pali...

Simpan Duit Dengan Emas 2.0

Image
Okay, sekarang saya dah tahu yang kita perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Tapi, faham-faham la kan, kalau nampak duit banyak dalam bank tu, tangan ni gatal dia lain macam. So, macam mana nak simpan duit supaya ia kekal amaun sampai cecah 3 bulan gaji? Simpanan Paksa & Lupa Ini adalah kaedah yang saya rasa sangat bagus untuk mencapai matlamat simpanan dana kecemasan 3 bulan gaji. Sebab rules dia sangat jelas, paksa simpan dan lupakan. Untuk hal ini, saya sarankan buka satu akaun khas untuk 'dilupakan'. Dalam masa yang sama, paksa diri untuk simpan dalam 10% daripada gaji yang kita dapat. Kalau gaji kita RM2,000.00 maka kita allocate siap-siap RM200.00 untuk dimasukkan ke dalam akaun khas kita tadi. Nak lagi best, set recurring transfer (pindahan wang berulang-ulang)   . Kaedah ini akan lebih memudahkan kita untuk buat simpanan tanpa perlu kita transfer manually setiap bulan. Bank akan auto transfer amaun yang kita nak transfer tu dekat akaun khas yang...

Simpan Duit Dengan Emas 1.0

Image
Buku kewangan dan nasihat pakar kewangan selalu pesan yang kita perlu menyimpan untuk masa hadapan. Bukan pakar kewangan ja yang pesan macam ni, mak dan ayah kita pun selalu pesan, kan? "ni duit saku achik, belanja elok-elok. nanti ada lebih, masuk dalam tabung". Ni dialog biasa seorang ibu atau ayah yang nasihatkan anaknya untuk menabung. betul tak? "nih, mak nak pesan. duit raya yang dapat tu, nanti bagi dekat mak ya. Nanti mak masukkan dalam tabung adik. Mak dah bukak akaun tabung haji untuk adik, nanti mak masukkan dalam tu" ni pulak dialog di pagi raya sebelum nak beraya di rumah sanak saudara. Simpan Wang / Menabung Kita semua selalu diingatkan untuk menyimpan dan menabung. Dari kecil sampai la kita besar pun, nasihat ini selalu kedengaran di pentas-pentas kewangan. Sebab apa mereka selalu nasihatkan benda ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah supaya kita kekal berwang dan boleh survive untuk masa depan atau ketika mendepani mehnah kehidupan.  Kita semua tah...