Posts

Showing posts from December, 2016

Simpan Dahulu Baru Belanja

Image
Waktu mula-mula saya nak mula menyimpan wang sebagai simpanan jangka panjang, saya guna kaedah “belanja dulu, ada lebih baru simpan”, tapi saya dapat rasakan sendiri kaedah ini tidak kena dengan diri saya. Kenapa? Saya selalu tak ada lebihan wang untuk dijadikan simpanan. Ini membuatkan simpanan saya tidak bertambah bahkan makin kurang. Sedih rasanya sebab simpanan tidak bertambah, makin teruk jika tengok akhir bulan simpanan makin berkurang. Sebab gatal tangan pergi korek dekat ATM bank. Satu kesilapan besar bagi saya kerana menyentuh wang simpanan. Ibarat pecah amanah atas amanah kewangan dan simpanan peribadi. Simpan dahulu, Belanja kemudian Selepas saya baca artikel mentor saya, En. Mohd Zulkifli Shafie dan mendengar sendiri nasihat dari beliau, saya cuba apply kaedah dan sifir yang di sarankan oleh beliau: “ simpan dulu, baru belanja ”. Alhamdulillah, saya dapat rasakan perbezaannya. Inilah pesan guru dan mentor kewangan saya jika saya bertanya tentang bab simpan...

Alternatif: Simpan Emas untuk Kerjakan Umrah

Image
Setiap orang yang beragama Islam pasti ada impian dan cita-cita serta keinginan untuk mengerjakan umrah dan haji; atau menjejakkan kaki ke dua tanah suci iaitu Mekah dan Madinah. Mungkin dalam senarai panjang ‘list-to-do’ di selitkan cita-cita ini; mungkin ada yang menulis “ingin mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapa tercinta” atau “bersama dengan pasangan” atau “bersama satu keluarga”. Untuk mengerjakan umrah, tentu sahaja memerlukan dana dan peruntukan kewangan untuk membayar harga tiket penerbangan, hotel, caj tambang pergi jalan-jalan sekitar tanah haram dan sebagainya. Tapi, kita tak perlu nak susahkan diri untuk kira semua itu satu persatu sebab pihak agensi travel sudah buat pakej siap-siap untuk kita. Kita hanya perlu sediakan duit dan tempah seat. Selesai. Harga ‘average’ untuk kerjakan umrah dalam kondisi yang agak selesa (hotel dekat dengan masjid haram, makan minum dan pusing-pusing tempat sejarah), adalah dalam lingkungan RM8000.00; all in . Jadi, sebelum kita...

Alternatif: Simpan Emas untuk Dijadikan Mas Kahwin

Image
Sekarang dah jadi trend, dinar emas dijadikan mas kahwin pada satu-satu majlis pernikahan orang kita. Ada yang jadikan 1 dinar emas sebagai mas kahwin, ada yang 5 dinar, 10 dinar dan berdinar-dinar lah, mudahnya. Tapi, berbaloikah dijadikan dinar sebagai mas kahwin? Emas menjadi aset yang kekal dan bernilai Ia bakal menjadi satu aset yang kekal dan menjadi satu tanda atau nilai sentimental bagi si isteri. Mana tidaknya, si suami menyimpan emas dan memberinya kepada si isteri dengan penuh rasa cinta. Sekeping dinar pula bukannya berharga RM80 sekeping, tapi RM800. Kalau diberi 10 Dinar, aset kekayaan isteri adalah RM8000. Kredit foto: onegolddinar.com Apabila mas kahwin dalam bentuk emas, kebiasaannya ia lebih tersimpan rapi dan nilainya terjaga serta tidak terusik. Kebiasaanya, ia akan di simpan dan tidak akan diguna melainkan pada waktu yang betul-betul terdesak yang memerlukan wang kecemasan. Pada waktu itu, barulah dinar tersebut dijual atau digadai. Jika tidak, kep...

Emas: Aset mampu milik

Image
Memiliki aset secara peribadi adalah hasrat dan cita-cita setiap orang. Aset akan memberi nilai tambah dalam sektor kewangan peribadi masing-masing. Cuma, terdetik dalam hati, bukankah aset itu satu benda yang mahal. Contohnya rumah. Bukankah untuk memiliki sebuah rumah, paling kurang kosnya RM500,000.00? Bukan mudah nak miliki sebuah rumah milik diri sendiri. Lagi pula orang semisal saya, seorang pelajar. Memiliki sebuah rumah sendiri menjadi hasrat di hati. Satu cita-cita yang ingin di capai. Tapi, saya mana mampu nak miliki sebuah rumah, dengan bajet yang kecil yang ada di tangan. kalau nak minta pinjaman dari bank, masih belum layak. Kan? Kredit foto: perumahanbekasi.net Buat masa sekarang, apa yang saya buat adalah saya beli dan simpan emas fizikal. Kenapa emas fizikal? Kerana ianya mampu milik. Saya mampu beli emas fizikal seberat 1gram 1bulan dengan bermodalkan RM200 sebulan. Ini adalah cara saya untuk membeli rumah, iaitu dengan menyimpan emas terlebih dahulu, ...

Alternatif: Simpan Emas untuk Pendidikan Anak-Anak

Image
Semua orang yang sudah berumah tangga, mesti mereka akan fikir tentang anak-anak mereka. Jika yang sudah mempunyai anak, fikiran mereka pasti tertumpu pada anak mereka. Segala aspek dipandang serius, terutamanya tentang soal pendidikan mereka. Lebih-lebih lagi pendidikan mereka di usia remaja, di arena universiti kelak. Kebanyakan kawan saya yang bertanya tentang simpanan emas ini, mereka mempunyai alasan yang hampir sama kenapa dan mengapa mereka ingin menyimpan emas. Bukan untuk diri mereka tetapi untuk anak mereka. Untuk tanggungan dana dan kos pengajian mereka kelak. Kebanyakannya sedar bahawa, simpanan wang untuk jangka panjang agak tidak sesuai. Buktinya boleh kita rasa sendiri. RM50 dahulu zaman kita kecil, mana sama dengan nilai RM50 zaman sekarang. Mereka fikir, jika simpan dalam bentuk wang, mungkin nombor dan jumlah wang itu bertambah. Digit membesar dan panjang serta banyak bilangannya. Tapi, kuasa belinya bagaimana nanti. RM10,000 sekarang, adakah bakal sama de...

Nasihat

Setiap orang memerlukan nasihat dan peringatan, tidak kira siapa dan apa pangkatnya, berapa umurnya atau betapa tinggi darjatnya. Tetap memerlukan nasihat. Kenapa? Terkadang kita terleka dengan keindahan dunia dan kehidupan yang ditempuh, terkadang kita terlena dalam keasyikan mimpi kehidupan yang asyik, terkadang kita hampa dan berduka atas musibah dan halangan yang menimpa, terkadang kita jatuh sehingga memerlukan huluran tangan untuk membantu diri kembali berdiri. Inilah fungsi nasihat. Maka, tulisan-tulisan saya di bawah kolum nasihat, bukanlah bererti saya ingin menasihati anda para pembaca yang budiman semata, bahkan nasihat-nasihat yang saya nukilkan adalah untuk diri saya sendiri. Buat diri si penulis yang selalu memerlukan buah nasihat dan teguran. Agar ia mampu memberi inspirasi dan satu daya penolak agar diri ini terus mampu melangkah maju. Berikut adalah beberapa artikel dan nukilan yang saya sempat tulis, moga ia dapat memberi manfaat buat para pembaca sekalian. In...

Ambil emas Public Gold di Pos Ar-Rahnu

Image
Nampaknya syarikat Public Gold mulai melangkah lebih maju dan terkehadapan. Kemudahan untuk membeli dan mengambil emas dipermudahkan sehingga ke tahap ini: “Anda boleh mengambil emas anda di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia”. Jika sebelum ini, menjadi masalah bagi pembeli emas Public Gold untuk membuat proses pengambilan emas disebabkan alasan ‘pejabat PG jauh dari kediaman’, maka pihak Public Gold bekerjasama dengan Pos Ar-Rahnu dan Alhamdulillah, masalah tersebut selesai. Tiada lagi alasan ‘pejabat jauh’ kerana anda boleh ambil emas anda terus dari mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia. Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak Public Gold dan proses atau sistem ini bakal bermula pada hari ini iaitu 15.12.2016 sehingga ke tahun-tahun kedepan . Perbezaannya adalah pada caj premium emas sahaja. Caj premium untuk pengambilan emas di cawangan Pos Ar-Rahnu, boleh disemak di laman web Public Gold di bahagian place order . Cara pembelia...

Minimumkan wang dalam dompet

Image
Ada kawan yang bertanya, macam mana saya boleh berjimat bahkan boleh menyimpan wang, sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang pinjaman mahupun tajaan sepanjang saya belajar di UIAM. Dana perbelanjaan saya direct dari JPA (Jabatan Poket Ayah). Sebulan, umi dan abah akan transfer duit ke akaun dengan amaun RM300-400. Mungkin ada yang cakap, banyak dah tu RM300 sebulan. Kiranya belanja dalam RM10 sehari. Kaya dah tu kan? Yup, sangat kaya jika kita betul-betul ikut saluran dan jalan kewangan yang betul. Kalau salah jalan, pasti tak cukup. Kalau ikut kira-kira, sekali makan RM5, dua kali makan dah RM10. Dah habis bajet untuk sehari. Tak tolak belanja lain macam beli roti, air, fotostat kertas kerja, top up, dan lain-lain. Kecilkan amaun di tangan Apa yang saya buat adalah, kecilkan amaun di tangan. Selepas umi dan abah bank-in duit RM300, saya hanya akan keluarkan RM200 sahaja. RM100 saya biarkan dalam bank, jadikan dana kecemasan. Kalau terjadi apa-apa nanti, saya ada du...

Senarai artikel seputar “Kewangan”

Merancang kewangan adalah sesuatu yang agak seronok jika ia di dasari dengan ilmu dan pengetahuan yang betul. Pada langkah pertama saya merancang kewangan peribadi saya selepas saya belajar dari beberapa mentor dan juga selepas membaca buku kewangan membuatkan saya lebih terarah dan fokus dalam mengurus kewangan peribadi dan yang paling best, ianya menyeronokkan. Dalam bab kewangan juga kita akan berjumpa dengan jalan yang pelbagai. Pada waktu itu, kita akan memilih jalan yang kita mahu lalui. Jika kita mempunyai ilmu disebalik pilihan kita, hati kita akan tenang dan aman kerana kita tahu apa yang kita pilih dan kita sudah bersedia untuk menghadapi segala arus lintangan di hadapan nanti. Moga dengan beberapa artikel tulisan saya seputar kewangan ini dapat membantu dalam corak langkah yang bakal dibuat oleh diri kita nanti. Insya Allah.   Asas Kewangan #- Kita Adalah Pengurus Kewangan Peribadi Sendiri #-  Cukupkan Dana dan Wang Kecemasan #- Lewat Bermula Lebih ...

Senarai artikel seputar “Simpanan Emas”

Simpan emas itu baik dan bagus, tapi lebih baik dan bagus lagi jika kita menyimpan emas dengan ilmu dan pengetahuan. Bak kata Mentor Emas saya: En. Mohd Zulkifli Shafie: "Orang yang simpan emas tanpa ilmu ni, tak senang duduk. Tak tenang sebab mereka tidak tahu kenapa dan mengapa mereka menyimpan emas. Kalau harga emas naik dia susah hati, kalau harga jatuh lagi la dia susah hati. Berbeza dengan orang yang ada ilmu. Mereka tahu kenapa dan mengapa. Mereka ni senang hati dalam apa jua keadaan. Jadi, sebelum nak simpan emas, biar ada ilmu dahulu, paling kurang benda-benda asas". Atas nasihat beliau pada saya (sewaktu saya bertemu dengan beliau) agar berkongsi ilmu dalam simpanan emas, jadi saya ambil inisiatif untuk menulis beberapa artikel tentang simpanan emas dan ilmu-ilmu atau maklumat asas mengenai simpanan emas. Berikut adalah senarai artikel yang telah saya tulis. Moga ada kebaikan dan manfaat yang dapat di ambil darinya.   Asas Pelaburan @ Simpanan Emas #- Ken...