Kejatuhan Ringgit & Emas
Kejatuhan ringgit bukan sesuatu yang bersifat one-off. Ia
bukan sekadar peningkatan kos barang import dan kos keluar negara. Ia akan
ada kesan berantai (chain effect).
Ringgit jatuh, maksudnya barang import akan mahal. Dalam tempoh 3 bulan, kos barang import naik at least 6%! Bila barang2 import mahal, maksudnya kos pengeluaran dalam negara pun akan naik mendadak sebab tentunya banyak produk dalam negara bergantung bahan mentah dari luar. Tak payah tengok jauh, nasi yang kita makan pun diimport dari luar negara! Itu belum kira dengan barang-barang lain.
Bila kos pengeluaran meningkat, pengeluar dan peniaga akan caj kepada kita (pengguna). Yang akan menanggung kos kenaikan sebenar ialah kita semua sebagai end user.
Kejatuhan ringgit akan beri kesan besar ekonomi negara. Orang luar boleh beli kekayan kita dengan harga murah. Dan negara kita perlukan masa untuk perbetulkan ekonomi kita.
Orang Simpan Emas Akan Kaya?
Orang simpan emas pun akan susah bila berlaku krisis ekonomi. Cuma dari aspek simpanan, orang simpan emas kekayaannya lebih bertahan. Menurut Robert Kiyosaki , krisis ekonomi ibarat ribut. Aset kertas (simpanan tunai, ASB, saham) akan terbang dulu di pukul ribut. Aset fizikal akan bertahan walaupun turut sama terjejas.
Memang betul, harga emas juga jatuh mendadak sekitar 27% tahun lepas, tapi berbeza dengan kejatuhan ringgit. Kejatuhan emas dibackup oleh aset fizikal yang benar-benar wujud. Dan ia tak akan jatuh lingkup. Tapi kejatuhan ringgit, ia boleh jatuh lingkup sebab ringgit pernah jatuh 50% setahun pada 1997. Dan hingga ke hari ni, kejatuhan bersifat kekal sekitar 40% berbanding 1997. Dengan pengurusan ekonomi negara yang teruk, saya tak nampak ringgit dapat naik ke harga asal seperti 1997.
Itulah sedikit komen saya yang bukan pakar ekonomi. Tapi dengan ilmu makro ekonomi (antara subject favourite saya) masa universiti dulu dan 10 tahun bekerja dalam lapangan kewangan, kita boleh faham sedikit sebanyak apa yang akan berlaku dari kejatuhan ringgit.
Isu kejatuhan ringgit saya selalu ingatkan berkali-kali bila bercakap tentang emas sejak beberapa tahun sebelum ni. Kalau takut beli emas sebab harga jatuh, kejatuhan ringgit sebenarnya lebih menakutkan!
Wallahu a'lam.
Dipetik dari: FB Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Kredit foto: moshed.com |

Comments
Post a Comment