Bayar dan Lunaskan Hutang
Hutang wajib
dibayar oleh penghutang kepada pemiutang. Ia adalah hak pemberi hutang untuk
mendapatkan wangnya semula kerana itu adalah wangnya dan haknya. Maka, menjadi
satu kewajipan atas peminjam untuk membayar semula wang yang dipinjam.
Saya teringat
dalam kelas I’jaz al-Quran di bawah seliaan Dr. Radwan Jamal el-Atrash,
beliau pernah menasihati kami para pelajar tentang memberi serta mengembalikan
hak setiap orang yang mempunyai hak atas sesuatu perkara. Antara yang disebut
adalah hutang. Bahkan beliau menasihati kami dengan nada yang serius dan
terkadang beliau mengangkat suaranya; nasihatnya jelas, kembalikan hak pemiutang.
“Dia mempunyai hak atas wang kamu kerana kamu berhutang dengannya. Kamu telah
mengambil haknya dan tidak mahu mengembalikannya?!”
Bayarlah walau secara
ansuran
Bayarlah dan
lunaskanlah hutang yang kita pinjam dan berhutang dari setiap individu yang
kita pinjam wangnya. Sebagai contoh, jika kita pinjam dari kawan kita RM500,
maka bayarlah sekaligus, total dalam satu masa. Tetapi, jika kita tidak mampu,
bayarlah secara ansuran. Bulan ini RM250, bulan depan RM250. Jika masih
dirasakan tidak berkemampuan, bayarlah RM150 sebulan. Masih tidak mampu,
bayarlah walau RM50 sebulan.
Bayar hutang, walaupun secara ansuran. Sikit-sikit, lama-lama langsai. |
Kabarkan pada
kawan kita tentang kondisi kita dan hasrat kita untuk membayar hutang secara
ansuran. Kawan kita tentu senang hati dengar kata kita nak bayar hutang. Bayar
secara ansuran lebih baik daripada hanya getusan hati untuk membayar hutang
walhal tindakan dan gerak langkah tidak pernah disusun atur.
Sahli Arifin
22.02.2017 11:30AM
Kampung Repek,
Pasir Mas, Kelantan.
Comments
Post a Comment