Erti Financial Freedom

Ramai yang bercita-cita untuk mendapat title ‘financial freedom’ dan ramai yang sedang menuju kearah bebas kewangan. Itu satu matlamat yang jelas dan sangat baik. Saya juga termasuk dalam golongan yang ingin mencapai tahap seorang yang bebas kewangan dan insya Allah, dalam perjalanan untuk merealisasikannya.
Kredit foto: byrnefinancialfreedom.com
Sebelum kita mengorak langkah yang jauh, satu benda yang perlu diperjelaskan; kita perlu membezakan antara dua istilah yang memang ada perbezaan dari sudut makna dan perlaksanaan. Financial Freedom itu berbeza dengan Debt Free. Kebanyakan orang salah faham maksud financial freedom yang sebenar. Ada yang beranggapan, apabila mereka bebas hutang, mereka sudah menjadi seorang yang bebas kewangan.

Bebas Hutang itu Debt Free

Mengikut pakar kewangan, apabila seseorang itu sudah bebas dari belenggu hutang secara penuh, maka secara rasminya beliau dikategorikan sebagai golongan debt free (bebas hutang). Apabila seseorang itu telah bebas hutang maka beliau sudah berjaya dalam mengharungi liku yang bakal membawanya ke arah bebas kewangan.
Kredit foto: calpersloan.com
Dalam erti kata lain, jika kita mahu dikategorikan sebagai insan yang bebas kewangan, kita kena bebas hutang terlebih dahulu. Mana mungkin seseorang itu digelar bebas kewangan sedangkan hutangnya masih bertimbun dan penuh mengelilingi pinggang. Maka, tidak dapat tidak, kita perlu bebas dari hutang terlebih dahulu.

Selepas hutang selesai, barulah kita masuk ke era perjalanan menuju bebas kewangan. Apa maksud bebas kewangan? Kata pakar kewangan, erti bebas kewangan adalah “pendapatan anda melebihi daripada perbelanjaan anda”.

Pendapatan Melebihi Perbelanjaan

Ramai yang beranggapan, pendapatan besar itu tanda yang kita sudah bebas kewangan. Tidak. Sama sekali tidak. Kalau pendapatan besar, puluhan ribu sekalipun, tapi jika hutang masih membelit diri, kita masih belum melepasi tahap pertama dalam perjalanan menuju bebas kewangan. Jika tahap pertama pun masih belum lepas, mana mungkin kita bakal melepasi tahap yang ke seterusnya.

Selepas kita bebas hutang, semak pendapatan dan perbelanjaan kita. Buat sedikit kira-kira. Jika perbelanjaan kita masih banyak dari pendapatan kita, berhati-hati kerana ia bakal membuatkan kita terpaksa kembali ke tahap pertama semula jika kita kembali membuat hutang. Tetapi, jika perbelanjaan kita seiring dengan pendapatan kita, maka kita sudah hampir dengan tahap bebas kewangan. Masih perlu berhati-hati kerana kita masih berada di atas garisan.
Kredit foto: makemoneyinlife.com
Jika pendapatan kita melebihi sedikit daripada perbelanjaan kita, bersyukurlah kerana kita sudah berada di bahagian financial freedom, tapi masih perlu berhati-hati dan juga perlu lebih komitmen agar jurang perbezaan itu lebih jelas dan besar.

Part yang paling seronok adalah apabila pendapatan kita melebihi daripada perbelanjaan kita dalam skala yang besar. Sebagai contoh, pendapatan bulanan kita adalah RM5,000 dan perbelanjaan bulanan kita hanyalah RM3,000. Maka kita ada duit lebihan sekitar RM2,000. Amaun yang agak besar bukan?

Lagi best jika perbezaannya teramat jelas, sebagai contoh, pendapatan kita setiap bulan sekitar RM20,000 dan perbelanjaan kita setiap bulan hanya sekitar RM5,000. Kita ada lebihan setiap bulan RM15,000. Ini barulah financial freedom yang benar-benar menjadi idaman setiap orang.

Untuk mencapai tahap financial freedom, tidak dapat tidak, kita perlu berusaha lebih dan komited dalam mengurus kewangan peribadi. Banyak benda yang perlu ditapis dan diperhalusi. Semoga kita semua dapat mencapai dan termasuk dalam golongan mereka yang bebas kewangan.

Dear Financial Freedom, Here We Come.

Sahli Arifin
01.02.2017 07:29PM
Saujana Putra,
Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula