Beli & Simpan Emas: Jangan Ikut-Ikut
Saya selalu
tekankan kepada setiap newbie yang baru nak berjinak-jinak dalam
simpanan emas, ‘kautlah ilmu dan cari pembimbing atau dealer yang boleh
dijadikan panduan’. Sebab ramai yang beli emas ‘ikut-ikut’. Trend sekarang,
orang kumpul emas, dia pun kumpul juga. Bagus ke? Pada satu sudut, ianya bagus.
Lebih baik simpan emas daripada simpan benda lain. Sekurang-kurangnya kita ada
harta yang susah bocor dan bernilai tinggi.
Saya tidak
condemn mana-mana individu yang membeli emas ikut-ikutan, kerana ia satu sifat
yang baik kerana mereka lebih memilih wang mereka digunakan untuk membeli emas.
Lebih baik wang mereka itu ditukar kepada emas yang memang ada nilai, daripada
duit mereka dihabiskan untuk membeli barang lain yang nilainya tidak sehebat
nilai emas.
Emosi tidak stabil
Saya sarankan
saranan tersebut kerana saya kasihan melihat individu-individu terbabit. Sedih,
kesah, gelisah, tak tentu arah, beremosi, kadang-kadang stress dan marah.
Paling beremosi adalah pada waktu harga emas jatuh; lagi teruk jika waktu harga
emas jatuh tergolek-golek, merudum macam waterfall. Kalau waktu harga
emas naik pula, tak payah cerita la betapa gembiranya hati, tapi ada juga yang
bersedih hati.
Inilah
masalahnya. Apabila seseorang itu tidak tahu kenapa dan mengapa mereka
menyimpan emas, fungsi emas, keadaan emas, rentak pergerakan emas dalam pasaran
dunia, mereka akan gelisah setiap waktu. Harga naik susah hati, harga turun
lagi susah hati. Kenapa harga naik mereka susah hati sedangkan waktu itu
sepatutnya mereka gembira? Sebab kebanyakannya, mereka duk tunggu bila harga
nak turun; sebab nak beli time murah.
Duk asyik tunggu
harga turun, tup tup harga menaik, gelabah sekejap. Terus pergi bank in duit
nak beli emas. Hasrat hati nak beli harga murah, akhirnya terbeli harga mahal.
Habis satu cerita. Lepas beli, mestilah nak tengok harga naik, sebab nak jual
semula atau nak rasa ‘untung’. Tengok-tengok, harga jatuh, sedih sekali lagi.
Dua kali sedih.
Cara untuk elak dari
beremosi
Cara nak elak
dari terjebak dalam situasi emosi yang tidak terkawal macam yang berlaku tadi,
mudah sahaja. Seek knowledge. Cari ilmu, tambah ilmu dari semasa ke
semasa. Sebelum nak tukar wang kepada emas, kena ada ilmu, selepas tukar,
lagilah kena ada ilmu. Bak kata orang bijak pandai, ‘pelaburan yang terbaik di
atas dunia ini adalah pelaburan pada diri sendiri dengan belajar dan mencari
ilmu’.
Belajarlah dari
sesiapa pun, tidak kira umur, jantina, bangsa mahupun agama. Selagi kita akan
dapat ilmu daripada mereka, belajarlah daripada mereka. Jika anda sudah menukar
wang anda kepada emas, dan masih belum tahu tentang asas simpanan emas, saya
sarankan anda untuk keep in touch dengan dealer masing-masing. Belajar
dari mereka, ceduk ilmu dan pengalaman mereka. Gunakan peluang anda untuk
belajar dari mereka. Insya Allah, anda akan dapat bimbingan yang terbaik.
Sahli Arifin
10.02.2017 08:37PM
Bandar Saujana Putra
Selangor.
Selangor.
Comments
Post a Comment