Aktifkan Diri Untuk Beraktiviti
Semasa saya mendengar taklimat dan ceramah seputar kesihatan dan penjagaan diri, ada beberapa perkara yang ditekankan oleh panel penceramah. Antara poin yang menarik perhatian saya adalah, ‘kekal aktif’. Ini adalah sifir dan nasihat yang sering kedengaran sekitar ceramah kesihatan. Begitulah juga saranan yang diberikan oleh panel penceramah di sesi taklimat kesihatan yang saya hadiri. Beliau menekankan agar setiap dari diri kita perlu kekal aktif dan aktifkan diri untuk beraktiviti, bukannya 'mati' di atas katil dan di dalam rumah, kaku tidak melakukan sebarang aktiviti. Seiring dengan zaman moden, sebenarnya di dalam rumah juga boleh dijadikan satu tempat dan medium untuk beraktiviti. Dalam rumah kita boleh jogging, berbasikal, berlari, melompat dan sebagainya. tengok saja peralatan senaman yang terjual di pasaran, semuanya boleh digunakan untuk beraktiviti di dalam rumah. Kalau saya secara peribadi, time saya malas nak jogging dekat luar, dekat taman kawasan...