Jaga-Jaga dan Selidik Dahulu Vitamin Anda Sebelum Anda ‘Consume’
Sebelum ini saya ada sentuh agar
semak dahulu vitamin yang kita nak beli dan consume. Ini disebabkan
lambakan produk kesihatan dan vitamin yang dijual di luar sana tidak kira
syarikat mahupun pengeluar yang ada menggunakan sumber yang betul mahupun salah
dalam membuat vitamin untuk dikonsumsi oleh pengguna.
Menjadi kewajiban untuk kita
sebagai pengguna untuk meneliti dan mengambil tahu selok belok produk yang kita
mahu guna. Bukan hanya beli sembarangan tanpa usul periksa, lepas tu terus
guna. Tup tup sakit. Sihat yang didamba sakit pula yang menimpa.
Jadi, sebelum nak beli vitamin
dekat luar sana tu, semak dahulu. Tengok betul-betul vitamin apa dan isi
kandungan vitamin yang diguna. Jika kita dah yakin yang ianya selamat, barulah
beli dan amal. Berikut adalah beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum
kita nak beli dan consume vitamin:
1. Semak kelulusan dari
KKM
Poin ini sangat penting. Kalau
boleh saya nak letak perkataan WAJIB. Wajib semak dahulu vitamin kita samada ia
mendapat kelulusan dari KKM atau tidak. Pihak KKM bukan mudah nak bagi
kelulusan kerana ia melibatkan kesihatan seseorang, jadi prosedur untuk
mendapatkan kelulusan dari KKM agak rumit dan sukar. Ubat yang betul-betul
sihat dan baik sahaja yang akan diberi kelulusan tersebut. Kadang-kadang KKM
ambil masa sampai setahun untuk membuat ujikaji terhadap ubat yang ingin
mendapat kelulusan dari mereka. Kalau tak ada kelulusan dari KKM, saya rasa
mungkin perlu letak tepi kot ubat tersebut.
2. Semak latar belakang
syarikat pengeluar
Sebaiknya kita semak dahulu latar
belakang syarikat. Dek kerana begitu banyak syarikat yang mengeluarkan vitamin,
alangkah baiknya jika kita tahu syarikat apa yang keluarkan vitamin tersebut
dan kita semak, betul ke tidak syarikat tersebut dan kualiti yang dijadikan
garis panduan dalam membuat vitamin mereka. Kalau syarikat yang entah dari mana
datangnya, tiba-tiba muncul dan tak tahu tahap kualiti mereka, saya sarankan
untuk tidak membeli dari jenama tersebut. Kalau nama syarikat dan pengeluar
yang memang masyhur dan terbukti terbaik dalam menjaga kualiti produk mereka,
tak perlu nak semak lama-lama sebagai contoh Blackmores, Appeton dan lain-lain.
3. Isi kandungan
vitamin yang diguna
Poin ni pun kena ambil cakna juga.
Tengok dulu label isi kandungan vitamin yang di tampal di botol tersebut.
Tengok vitamin dan zat galian apa yang diletak dan diguna. Tengok juga adakah
dia menggunakan vitamin semulajadi ataupun vitamin sintetik. Nak tahu apa
bezanya dan shortform atau term nama vitamin yang betul dan salah, boleh google
atau tanya pakar terus. Kalau isi kandungannya dari bahan yang baik, boleh la
beli. Kalau tidak, tinggalkan. Kalau rasa tak tahu, refer dan letak keyakinan
pada poin kedua. Yakin dengan syarikat pengeluar, itu pun dah memadai sebab
syarikat yang baik dan telus tidak akan merosakkan reputasi baiknya dengan
membuat sedikit onar pada satu botol vitamin mereka kerana perbuatan tersebut
bakal meranapkan syarikat tersebut dengan sekali hentakan sahaja.
4. Tengok pandangan
atau testimoni pengguna sebelum ini
Poin ini hanya sampingan sahaja.
Boleh nak diabai, boleh nak ambil sebagai panduan. Sebab kadang-kadang
testimoni dan pandangan pengguna sebelum ini dapat membantu kita dalam membina
keyakinan dan juga memberi pilihan samada kita nak pilih produk yang mana. Mana
tidaknya, dekat luar tu berlambak vitamin, jadi dengan adanya pandangan dan
testimoni ni, boleh la kita buat pilihan, kot-kot ada yang sama kondisi dan
masalahnya dengan kita, boleh la kita ambil jenis vitamin dan supplemen yang
sama.
Kalau semua dah okay dan
keempat-empat poin di atas positif, maka boleh la kita beli ubat vitamin
tersebut dan amal. Apabila kita dah yakin, mudahlah kita nak makan dan telan
vitamin-vitamin yang kita beli tu. Kalau duk main was-was, tak kemana juga la.
Duk asyik pikir elok ke tidak, baik ke tidak, asli ke tidak, jenuh la. Jadi,
bina keyakinan terlebih dahulu dengan periksa keempat-empat poin diatas. Insya
Allah, kita lebih yakin untuk consume.
Kalau anda nak saranan saya tentang
brand apa yang terbaik mengikut pemerhatian dan kajian saya, boleh terus
mesej saya di talian 0132806625 atau email di alamat qalammukhlis@gmail.com atau komen di bawah entry ini. Kalau tak pun, boleh baca entry-entry saya
dalam ruangan kesihatan yang lain. Moga ada manfaat dan kebaikan disebaliknya,
insya Allah.
Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
11.11.2017 02:53PM
Comments
Post a Comment