Simpan Dahulu Labur Kemudian

Ramai yang bertanya tentang pelaburan, apa yang perlu dibuat dan tempat apa yang paling sesuai untuk pelaburan. Unit trust ke? Emas ke? Bon ke? Apa-apa ke? Soalan yang agak famous di tanya pada saya. Terkadang saya jawab persoalan tersebut dan kadang-kadang saya tak jawab, tapi saya bagi suggestion lain.

Memikirkan pelaburan adalah satu pemikiran yang baik dan perlu dihormati bahkan saya respect orang yang nak melabur kerana mereka memikirkan masa hadapan. Cuma ada perkara yang lebih saya pentingkan dan tekankan. Tidak lain dan tidak bukan adalah aspek penyimpanan wang.


Saya boleh katakan, hampir semua pakar kewangan di dunia ini menyarankan agar setiap orang adakan simpanan peribadi dan paling utama simpanan kecemasan. Ada yang mengistilahkan sebagai dana kecemasan, rizab peribadi, duit khas dan sebagainya. Apa pun namanya, maksudnya tetap satu iaitu simpanan.

Bahkan, guru kewangan saya En. Mohd Zulkifli Shafie pernah beri satu sarana yang jelas iaitu simpan dahulu, labur kemudian. Kenapa? Alasannya mudah, simpan adalah kita simpan wang kita di satu tempat yang selamat. Tapi labur, ada satu kepastian iaitu ‘untung tak pasti tapi rugi gerenti’. Lihatlah mana-mana jenis pelaburan sekalipun, kerugian itu adalah satu kepastian. Bila-bila masa boleh rugi sebab kita tak tahu bagaimana rentak ekonomi dan pasaran saham dunia samada ia boleh memberikan keuntungan atau tidak.

Tapi, jika ianya mampu memberi pulangan keuntungan, pasti suatu yang menyeronokkan. Cuma, begitulah sifirnya. Disebabkan itu, guru kewangan saya selalu pesan, jika nak melabur, pastikan pelaburan kita itu adalah dari wang lebihan dari dana kecemasan kita yang telah kita rizabkan paling minimum 3 bulan pendapatan. Supaya hati tenang, tak ada nak fikir bila nak kaut untung. Sebab pelaburan ini, kebanyakannya adalah bersifat ‘jangka panjang’. Bukannya sehari dua.

Nak melabur? Semak dahulu akaun kecemasan kita. Steady atau tidak. Kalau masih belum kukuh, lebih baik kukuhkan dana kecemasan tersebut dahulu. Simpan dahulu, barulah melabur. Barulah diri ni selalu happy dan ceria. Tak ada masa nak masamkan muka dan mengerutkan muka hanya kerana melihat graf saham dan pelaburan yang kita join.


Apa-apa pun, sebelum nak melabur, jumpa dulu dengan ahlinya supaya mereka boleh bagi tunjuk ajar dan garis panduan untuk melabur dan cara terbaik dalam mengaut keuntungan. Biarlah kita ada tempat dan tali untuk bertaut dan bergantung, supaya gerak langkah kita lebih terurus dan terarah dengan panduan mereka yang pakar dan profesional.

Sahli Arifin,
Bandar Saujana Putra,
14.12.2017 09:16AM 

Comments

Popular posts from this blog

Perak / Dirham : Berbaloikah untuk simpanan?

Perak : Simpanan & Pelaburan

Penting sangatkah ‘introducer’ ni?

Tempat terbaik untuk menjual emas

Tips Beli Emas : Mudah Jual Semula